HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Ogos 2016

Belum tentu BR1M dinaikkan

 
 
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani
 
 
Masih belum ada keputusan sama ada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan dalam Bajet 2017 akan datang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, perkara tersebut masih belum dibincangkan dan sebarang keputusan haruslah melihat semula kepada kedudukan kewangan kerajaan.

"Kita perlu ingat bahawa kerajaan telah kehilangan pendapatan hasil minyak sebanyak RM30 bilion ditambah lagi dengan pendapatan-pendapatan lain.

"Sebarang peruntukan semasa Bajet 2017 perlu melihat kembali kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya defisiti fiskal negara tidak terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Endowment Geran Yayasan Oticon di sini hari ini.

Pada 2016 terdapat 7.1 juta pemohon telah diluluskan kerajaan untuk menerima BR1M sebanyak RM1,050 kepada 162,000 penerima.

Manakala sejumlah 3.4 juta penerima pula menerima bantuan isi rumah sebanyak RM1,000 dan 380,000 isi rumah lagi menerima bantuan sebanyak RM800.

Sejumlah 3.2 juta individu pula menerima bantuan sebanyak RM400.

Tambah Johari, pemberian BR1M telah banyak membantu isi rumah mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi selain turut menjana ekonomi melalui perbelanjaan pengguna. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: