Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Darell Leiking hanya diberikan amaran oleh
pimpinan PKR berikutan tuduhan menghina Institusi Beraja pada hari
pertama Aidilfitri lalu.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ditemui media
berkata amaran itu diberikan kepada Darell dua minggu lalu dan tiada
tindakan lanjut diambil terhadap beliau.
"Pihak parti kita telah mengambil tindakan dua minggu yang lalu kita
telah berikan peringatan supaya perkara-perkara ini perlu dibincangkan
di peringkat dalaman parti untuk mendapatkan penjelasan dan tidak
membuat tuduhan secara terbuka," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun, menyerahkan siasatan isu berkenaan kepada pihak polis.
"Perkara ini sedang disiasat oleh polis, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat," jelas Azmin.
Pada 7 Julai lalu, Darell didapati telah memuat naik status di akaun
Facebook beliau rata-rata mempertikai khutbah dikeluarkan JAIS sempena
Aidilfitri 6 Julai 2016.
Khutbah itu pada dasarnya menyentuh usaha mempertingkatkan serta
memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang
Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.
Darell kemudian membuat kenyataan 'kelihatan Selangor ditadbir oleh
ekstremis Islam' (it is beginning to look like the extremists are
running the State of Selangor).
Sehubungan dengan itu, ADUN Sungai Panjang Budiman Zohdi mengemukakan
usul tergempar mengenai tindakan penghinaan Darell ini kelmarin, namun
usul berkenaan ditolak Speaker DUN Hannah Yeoh.
Budiman sebelum itu turut meminta penjelasan daripada Azmin, namun menurutnya beliau memilih untuk 'bersikap hipokrit.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan