HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Ogos 2016

Krisis Terengganu: Kenyataan Tuan Ibrahim tidak akan 'kekal', kata Anuar

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS bersedia mengambil alih Terengganu daripada Umno Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai pendirian yang tidak 'kekal'.
 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata penegasan Tuan Ibrahim itu mungkin akan berubah selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'membuka mulut'.
 
"Selalunya kenyataannya (Tuan Ibrahim) itu tidak kekal kemudiannya di susuli dengan kenyataan Presiden (PAS) yang lebih tinggi daripadanya atau kadang-kadang Setiausaha Agung yang dibawahnya.
 
"Jadi bila kita komen apa-apa berdasarkan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa PAS sudah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Terengganu saya takut nanti ada pula kenyataan lain daripapada pemipin tertinggi dan menyifatkan kenyataan Tuan Ibrahim kenyataan peribadi bukan kenyataan parti," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Terdahulu, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan PAS mengambilalih kerajaan negeri Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
 
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ahmad Said mengugut mahu mengusulkan usul sedemikian.
 
Menurut Tuan Ibrahim, PAS akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar.
 
PAS sebelum ini mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
 
Hadi ketika itu menegaskan PAS sama sekali tidak terlibat dalam krisis pentadbiran Terengganu dan menyerahkan kepada Umno untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi parti itu.
 
Katanya, PAS memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan isu tersebut hingga tamat penggal tempoh mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Hadi juga menolak sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan BN malah mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Tiada ulasan: