Selain
Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi
Anina Saadudin turut hadir di rumah Mahathir semalam.
Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini keada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Dalam pada itu, turut hadir bersama Muhyiddin semalam ialah selain dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.
Turut serta dalam perbincangan itu ialah presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan pelajar, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan