MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegaskan
bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi,
yang membuat keputusan secara bersama.
"Saya bukan 'one man show', Saya bukan diktator," katanya ketika
merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Melaka hari
ini.
Bagi menjelaskan perkara itu, Najib berkata walaupun mendapat tekanan
dari individu tertentu supaya membina jambatan bengkok, beliau membawa
perkara itu kepada Majlis Tertinggi Umno, di mana ia secara kolektif
membuat keputusan menolak projek jambatan itu.
Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ia jelas merujuk kepada
Tun Dr Mahathir Mohamad dan projek jambatan bengkok yang sepatutnya
menghubungkan Malaysia dengan Singapura.
Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata ada yang
mengatakan beliau bodoh kerana telah mengubah perlembagaan untuk memberi
peluang kepada 160,000 anggota Umno memilih presiden mereka, namun itu
perlu dilakukan untuk mengukuh perjuangan parti untuk negara.
"Saya hendak jadi seorang presiden yang dipilih ahli, sebelum ini nak
lawan kena ada 56 pencalonan. Nak dapat satu pun susah... 56 mustahil.
Kalau saya kekal perlembagaan, senang-senang saya jadi PM lebih 22
tahun," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan