Kepimpinan UMNO akan memastikan parti itu kekal mantap dan terus mengutamakan kepentingan rakyat.
Ini kerana UMNO bukan parti omong-omong kosong dan tulang belakang Barisan Nasional, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Ada puak-puak yang mengembar-gemburkan kononnya ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju marilah masuk parti tersebut, macam jual sate. Kalau di Indonesia macam jual ketoprak,"mari-mari makan ketoprak', saya pun tidak faham.
"Kalau kita buat perbandingan antara Datuk Seri Najib Razak, beliau menunaikan janji-janji yang dibuat. Najib janji buat infrastruktur, pembangunan seperti Lebuh Raya Borneo, kereta api laju, rumah rakyat, semua dibuat," katanya pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di sini hari ini.
Tambah Tengku Adnan, tindakan keluar parti oleh presiden dan pemimpin-pemimpin UMNO bukan baharu berlaku sekarang.
"Datuk Onn Jaafar keluar UMNO pada tahun 1959 tubuh pembangkang lawan kita (UMNO), kalah jugak, Tengku Razaleigh tubuh Semangat 46 kalah jugak. Anwar Ibrahim 1998 pun kalah. Ini satu lagi akan berlaku lagi, Ini sejarah dalam UMNO. Kita akan menatang UMNO ini seperti minyak yang penuh," jelasnya yang dikenali sebagai Ku Nan.
Menurutnya, UMNO akan turun padang secara besar-besaran untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang kekeliruan dan fitnah berterusan yang dilemparkan terhadap parti tersebut.
Sehubungan itu, beliau merayu kepada masyarakat agar tidak menerima bulat-bulat fitnah dan kekeliruan yang dibuat dengan tujuan untuk mengucar-kacirkan keadaan dan untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada.
"Kalau tidak faham bertanya, jangan dengar fitnah yang dilemparkan. Sekarang ini macam-macam cabaran fitnah yang dihadapi oleh parti dan kita tersinggung dengan apa yang berlaku. Jika kepimpinan sedia ada jatuh, seluruh sistem akan runtuh. Keadaan itu mesti difahami," ujarnya..
Tengku Adnan berkata, mesyuarat UMNO bahagian akan berlangsung perlu memberi tumpuan bagi persiapan Pilihan Raya Umum ke-14.
"Masalah-masalah lain akan diselesaikan oleh UMNO," katanya yang mengakui pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada kepimpinan parti membuatkan parti itu tersinggung.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan