HALAMAN SANTAI

Ahad, 14 Ogos 2016

Parti serpihan biasanya tak tahan lama - Takiyuddin

 
 
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
 
 
Pas berpendapat parti politik baharu, Parti Peribumi Bersatu Malaysia bersifat 'serpihan' tidak akan kekal lama dalam politik tanahair negara.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti yang sedang dalam proses kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu bakal menerima nasib Semangat 46 yang datang dan hilang dalam kadar segera.
 
"Parti-parti politik di Malaysia ini khususnya parti yang bersifat serpihan ini (Bersatu) saya rasa tidak lama. kita ada contoh Semangat 46  dan terbaharu PKR nampak goyah dan hilang momentum.
 
"Saya berpendapat parti Bersatu tidak akan berpanjangan, sebab jika kita lihat ia hanya berasaskan satu kaum. Berdasarkan apa yang difahamkan menerusi liputan media sejak akhir-akhir ini, saya saya rasa itu untuk peribumilah..Melayu dan peribumi sahaja, memang tak akan berpanjangan, itu pandangan saya," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendapatnya mengenai potensi parti tajaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. -MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: