HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Ogos 2016

Perlawanan terhenti kerana bom asap

Perlawanan terhenti kerana bom asap
 

PERLAWANAN Piala Malaysia antara Pahang dan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur dicemari dengan insiden segelintir penyokong yang membaling bom asap ke tepi padang.

Insiden yang berlaku pada minit ke-80 memaksa pengadil menghentikan perlawanan kira-kira seminit.
Ia dipercayai bermula dengan tindakan individu yang membaling mercun ke tepi padang.

Penyokong tuan rumah turut bersorak dan melaungkan chant mendesak Razip Ismail meletak jawatan.
Pada perlawanan itu, Pahang menewaskan Kuala Lumpur 2-1.

Difahamkan sebanyak empat bom asap dilemparkan ke tepi padang iaitu dua daripadanya dilempar dari luar stadium dan dua dari dalam‎.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisen Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan penangkapan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden tersebut.

Menurutnya mereka ini ditahan untuk siasatan selanjutnya dan dibawa ke balai polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan.

"Mereka ini ditahan selepas bertindak agresif dan untul tujuan pencegahan.

"Pihak polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk meredakan suasana selepas perlawanan tamat," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi sebanyak tiga bom asap dibaling oleh segelintir penyokong pada m-80.


Tiada ulasan: