Persidangan
Belia Malaysia di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. Seramai
133 Ahli Perwakilan Belia Malaysia (APBM) mendapat keistimewaan untuk
membahaskan pelbagai isu melalui platform khas itu telah bersidang buat
kali pertama selama dua hari yang berakhir hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Belia hari ini meminta agar kerajaan
mempertimbangkan Penubuhan Institusi Parlimen Belia di Bawah Akta Belia
atau Akta Induk.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang dan Integritinya, Akmal Saufi Mohamed Khaled ketika membentangkan usul berkenaan berkata, Parlimen Belia perlu dijadikan satu institusi bagi memastikan kesinambungan platform tersebut jika berlaku perubahan dasar di peringkat kementerian atau kemungkinan pertukaran parti pemerintah di masa depan.
"Ketika ini Parlimen Belia merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan kita lihat banyak kebaikan kepada anggota dan banyak cadangan yang dibawa kepada kabinet bagi membantu kerajaan membuat keputusan terbaik.
"Kita mahu satu langkah ke hadapan diambil bagi memastikan program ini tidak hilang begitu sahaja tetapi tetap perlu dijalankan oleh menteri yang berkaitan di bawah Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia," katanya.
Katanya penubuhan institusi belia juga bagi mengiktiraf setiap input yang telah didapati hasil daripada perbahasan dan memberikan latihan kepada anggota Parlimen Belia yang dilantik.
"Ia juga bagi menjadikan anggota Parlimen Belia diiktiraf sebagai mentor kepada Parlimen Mahasiswa di mana setiap isu yang dibawa adalah hasil daripada cetusan belia sendiri yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin dan bukan sekadar program semata-mata," katanya.
Usul tersebut kemudian disokong wakil Perak, Nur Najihah Muhaimin yang berkata dengan penubuhan institusi berkenaan, Parlimen Belia harus diberi pengiktirafan setaraf dengan Parlimen Malaysia.
Katanya langkah itu penting kerana pengiktirafan itu dapat memupuk semangat dalam kalangan anggota dan bukan sekadar hanya meraih populariti murahan.
"Kami mahu menjadi institusi yang lantang menyuarakan pendapat tanpa diperkecilkan, ini kerana masih ada yang diskriminasi semasa saya menjalankan program dan masih terdapat pihak yang tidak yakin dengan Parlimen Belia," tegasnya.
Wakil Perak, Ahmad Fadzil Ahmad Suhaili pula berkata proses Parlimen Belia perlu dijalankan setaraf dengan Parlimen Malaysia iaitu dengan disediakan dengan Arkib Penyata Rasmi dan disiarkan secara 'live streaming'.
Usul tersebut kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh Parlimen Belia.
Persidangan hari kedua Parlimen Belia dipengerusikan Yang Dipertua persidangan Datuk Shamsul Anuar Nasarah. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan