SHAH ALAM: Kerajaan
Selangor bercadang mengkaji semula paras Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) di negeri itu yang kini berada pada kadar RM1,500 sebulan kepada
RM1,980 sebulan, sejajar dengan cabaran ekonomi semasa.
“Penetapan PGK baharu ini bagaimanapun hanya cadangan daripada kerajaan negeri.
“Kita boleh memilih untuk mengekalkan
PGK semasa iaitu RM1,500 yang dikaji pada 2009, namun melihat kepada
keadaan ekonomi semasa dan cabaran baharu, saya amat yakin bahawa negeri
ini seharusnya mengkaji PGK,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan perbincangan meja bulat Belanjawan negeri 2017 di sini hari
ini.
Mohamed Azmin bagaimanapun berkata
pihaknya harus meneliti implikasi sumbangan kerajaan Persekutuan kepada
negeri sekiranya PGK baharu dilaksanakan.
Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri
juga perlu mempelbagaikan sumber pendapatan baharu selain hanya
bergantung kepada hasil tanah semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan