HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 September 2016

Elak dedah diri kepada jenayah siber





 

Oleh NOR AMILINA ISMAIL 


INTERNET sudah menjadi satu keperluan, justeru tidak hairan bilangan pengguna internet di Malaysia mencecah 25 juta orang pada 2015. Dengan adanya gajet dan peranti mudah alih yang canggih, internet semakin mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa.

Kehidupan manusia kini banyak bergantung kepada internet. Pendek kata, daripada celik mata hinggalah mahu tidur pun kita menghadap internet. Di sebalik kebaikan dan kemudahan internet, tanpa disedari kita juga terdedah kepada jenayah siber.

Setiap aktiviti yang dikemas kini seperti berkongsi gambar, online banking, bersembang dengan kenalan di Facebook atau Twitter, membeli-belah secara online dan sebagainya boleh menjadikan kita sebagai sasaran jenayah siber.

Buktinya, pelbagai masalah timbul termasuk kecurian gambar peribadi, maklumat diri dan sebagainya dilakukan sewenang-wenangnya oleh individu tidak bertanggungjawab untuk membuka akaun palsu Facebook bagi tujuan penyamaran.

Sindiket penipuan Love Scam antara contoh jenayah siber yang semakin berleluasa. Dilaporkan sebanyak 4,673 kes melibatkan sindiket Love Scam dengan jumlah kerugian sebanyak RM182.3 juta sejak 2013 hingga Mei lalu. Kes seumpama itu meningkat kerana pada hari ini, ramai dilihat suka mengemaskini status dengan perkara yang sepatutnya privasi.

Hakikatnya, individu itu sendiri dengan rela hati mendedahkan maklumat kepada penjenayah siber. Lebih parah ada yang sanggup memberitahu seluruh dunia masalah peribadi yang dialami.

Sebagai orang Islam, sebaik-baiknya masalah dihadapi diadu kepada Allah SWT, bukannya dikongsi dengan orang awam dalam internet kerana banyak perkara buruk boleh berlaku. Malah ajaran Islam juga melarang keras aib seseorang didedah atau diceritakan kepada orang lain.

Pandikar tuntut "Dewi Sukma" mohon maaf

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak memandang ringan kenyataan di Facebook yang mendakwa beliau sudah lupa adat resam dan budaya yang menjadi amalan suku kaum Iranun.
 
Pandikar dalam satu kenyataan pada Khamis memberi tempoh selama seminggu kepada pengguna Facebook "Dewi Sukma" untuk meminta maaf berhubung kenyataan di laman media sosial itu.
 
Malah, Pandikar turut memberi amaran akan mengheret wanita itu ke Mahkamah Anak Negeri selain membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
 
Wanita itu turut memuat naik gambar Pandikar di laman Facebooknya pada 28 September dengan berkata ia bukan budaya dan etnik Iranun mengadakan apa-apa sambutan selama 20 hari di sebuah kampung bagi memperingati seseorang yang telah meninggal dunia.
 
Kenyataan itu merujuk kepada satu sambutan karnival selama seminggu yang diadakan kira-kira 1 kilometer (1km) dari rumah keluarga mangsa yang meninggal dunia di Kampung Nanamum, Kota Belud.
 
Dalam kenyataannya, wanita itu mendakwa salah seorang ahli keluarga terbabit meninggalkan dunia pada 21 September lalu manakala sambutan karnival diadakan bermula dari 19 hingga 25 September lalu.
 
"Soalan saya kenapa kita lupa nilai-nilai hidup dan tradisi kita. Di mana-mana kampung, jika berlaku kematian, penduduk kampung akan berkabung selama 20 hari tanpa apa-apa sambutan," tulis wanita tersebut.
 
Pandikar berkata beliau bersedia menerima sebarang kritikan untuk melakukan penambahbaikan.
 
"Namun saya tidak boleh terima jika seseorang berkata saya terlupa dan mengabaikan adat dan budaya saya. Dewi Sukma seolah-olah cuba memberitahu orang ramai bahawa saya tidak tahu adat suku kaum saya sendiri," katanya.
 
Namun tidak dapat disahkan sama ada akaun Facebook menggunakan nama "Dewi Sukma" benar-benar wujud.
 
 

Pemimpin lama punca umat berpecah-belah - Najib

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin Islam mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.

Perdana menteri berkata umat Islam adalah bersaudara dan kerana itu beliau cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.

"Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan.

"Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan," katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com bertajuk 'Ucapan Perdana Menteri mengenai perpaduan umat Islam', hari ini.

Menjelas lanjut, katanya pemimpin itu selepas bersara, telah memecahkan lagi orang Melayu Islam kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baharu.

Najib berkata tabiat pemimpin itu suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.

"Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara.

"Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak, tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai," katanya.

Perdana menteri berkata ramai yang pernah menjadi mangsa pemimpin itu dahulu, dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.

"Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua, sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya," katanya.


Umno terus mendapat sokongan ramai, kata Najib

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Umno terus mendapat sokongan ramai apabila ia menerima keahlian baru seramai 6,000 orang untuk Ogos lalu. 
 
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa parti itu masih kukuh dan diterima masyarakat, terutamanya kaum Melayu meskipun dengan kehadiran pelbagai parti politik yang lain.
 
"Saya hendak maklumkan untuk Ogos sahaja kita mendapat keahlian Umno bertambah seramai 6,000, yakni 374 ahli biasa, 731 untuk Wanita, 2,716 untuk Pemuda dan 2,179 untuk Puteri.
 
"Saya beritahu Umno dapat 6,000 keahlian untuk Ogos, tetapi tidak keluar muka depan. Ia sebagai perbandingan bahawa itu hakikat Umno masih mendapat sambutan di kalangan orang ramai untuk sertai," katanya di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, petang tadi.
 
Najib bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana parti politik secara spesifik.
 
 

Kawalan keselamatan di pesisir pantai Sabah akan diperbaharui, lebih proaktif

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Langkah baru yang lebih proaktif akan digerakkan kerajaan dalam usaha menangani kes penculikan di perairan Sabah, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Malah beliau tidak menolak kewujudan 'tali barut' di kalangan orang dalam itu sendiri yang bertindakmenyalurkan maklumat menyebabkan pasukan keselamatan sukar untuk bertindak di sesuatu kawasan yang menerima ancaman.
 
"Tetapi ini bukan alasan. Saya juga merasakan ini tamparan kepada kita. Kita mahu supaya tindakan, yang mungkin baru dilakukan oleh pasukan keselamatan. Saya akan kemukakan kepada mereka sebab rakyat Sabah tidak boleh terima penculikan secara berterusan.
 
"Saya percaya ada maklumat dalaman disampaikan kepada orang luar, sebab itu sukar untuk kita kawal kawasan pesisiran pantai yang luas," katanya di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di PWTC, petang tadi.
 
Pada 11 September lalu, tiga kru anak kapal diculik tujuh lelaki bersenjata berhampiran Pulau Pom Pom di perairan Semporna.
 
Kesemua mangsa yang diculik disahkan bukan warga Malaysia, namun memegang status pemastautin tetap negara ini.
 
Kesemua mangsa dipercayai dilarikan oleh kumpulan Kidnap For Ransom (KFR) ke arah Kepulauan Tawi-tawi, di selatan Filipina.
 
Penculikan itu berlaku beberapa hari selepas pihak Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaporkan pelaksanaan operasi intensif terhadap penyeludup.
 
Beberapa minggu sebelum itu, pasukan keselamatan Malaysia itu dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga, susulan operasi menyeluruh tentera Filipina terhadap bagi membasmi kumpulan pengganas Abu Sayyaf. 
 
 

Muhyiddin-Mahathir perlu tunai janji elak hilang sokongan

DALIA ISMAIL
 
 
Penyokong Bersatu mahu melihat  gandingan  Tan Sri Muhyiddin (kiri) dan  Datuk Seri Mukhriz Mahathir  (kanan) sebagai timbalannya.Penyokong Bersatu mahu melihat gandingan Tan Sri Muhyiddin (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) sebagai timbalannya.


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa mengisi segera kekosongan jawatan nombor dua parti itu diberikan kepada Naib Presiden protemnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir seperti dijanjikan jika mahu parti itu mendapat sokongan rakyat.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ramai penyokong di peringkat akar umbi parti itu mula mempersoalkan kenapa Muhkriz belum dilantik sebagai timbalan presiden walaupun parti itu sudah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Hampir setiap hari saya berada di peringkat akar umbi ramai yang mahukan Mukhriz dinamakan sebagai timbalan presiden secara segera sepertimana yang diuar-uarkan dulu bahawa parti baru ini bakal diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusinya.

"Semua mahu jawatan nombor  dua parti Bersatu diisikan dengan melantik Mukhriz untuk menjawatnya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan mendakwa, majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu bila masanya Mukhriz akan dilantik.

"Ini janji parti Bersatu pada keseluruhan rakyat. Jawatan presiden dan pengerusi sudah pun diisikan. Mengapa masih menunggu untuk melantik Datuk Seri Mukhriz sebagai jawatan nombor dua tertinggi parti Bersatu?

"Ramai rakyat khasnya dari 'gen y' (Generasi Y) rasa agak kecewa dengan kelambatan menamakan datuk seri mukhriz," ujarnya yang lebih selesa berada di luar Bersatu dan  tidak menganggotai mana-mana parti selepas kecewa dengan kepimpinan Umno.

Khairuddin berkata, pada peringkat awal 'bayangan' diberi bahawa Mukhriz akan pikul tanggungjawab sebagai timbalan presiden untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai parti ini.

Malahan ujarnya lagi, terdapat ramai rakyat dan anak muda masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas perlantikan jawatan nombor dua parti Bersatu.

Ditanya kemungkinan Dr Mahathir dan Muhyiddin mempunyai cadangan meletakkan calon lain di kerusi nombor dua parti itu, Khairuddin berkata, isu ini ( jawatan timbalan presiden) sukar untuk diperjelaskan.

"Susah kita nak terangkan isu ini. Rakyat mahu Datuk Seri Mukhriz sebagai timbalan presiden seperti yang pernah digambarkan sebelum Bersatu ditubuhkan," terangnya.

Justeru katanya pada masa ini amatlah perlu dalam apa jua keadaan kepimpinan protem mesti merealisasikan impian dan kehendak rakyat serta generasi muda yang mahukan Mukhriz dinamakan secepat mungkin sebagai timbalan presiden parti Bersatu.

"Semua berharap presiden dan pengerusi parti Bersatu jangan mungkir janji," tegasnya mengulangi pendirian yang dibuat oleh kedua pemimpin itu sebelum penubuhan Bersatu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diluluskan penubuhannya oleh Ros  pada 9 September lalu dengan mengunakan singkatan PPBM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengotakan janji yang pernah dibuat untuk melantik Mukhriz sebagai timbalan presiden bagi mengelak hilangnya sokongan generasi muda.Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengotakan janji yang pernah dibuat untuk melantik Mukhriz sebagai timbalan presiden bagi mengelak hilangnya sokongan generasi muda.

Mengkafirkan orang juga jenayah syariah, kata aktivis Melayu DAP

MALAYSIA DATELINE
 
 
Farhan Haziq MohamedFarhan Haziq Mohamed


Ketika Pas sibuk berkempen menyokong RUU 355 yang bakal dibentangkan presiden parti itu di Dewan Rakyat Oktober ini, seorang aktivis Melayu DAP mengingatkan bahawa mengkafirkan seseorang muslim juga termasuk dalam kategori 'jenayah syariah'.

Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, Farhan Haziq Mohamed dalam tulisannya di Roketkini.com menjelaskan, hampir semua negeri di Malaysia mempunyai peruntukan mengenai takfiri dalam enakmen kanun jenayah syariah masing-masing.

"Baru-baru ini kita digemparkan dengan video ceramah YDP Pas Kawasan Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang telah mengeluarkan kenyataan untuk menanam Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di jirat sekiranya beliau tidak menyokong RUU 355 di Parlimen nanti.

"Kenyataan ini secara langsung cuba untuk mengkafirkan Datuk Seri Wan Azizah jika beliau tidak menyokong RUU 355.
"Sedarkah YDP PAS ini bahawa kenyataannya itu merupakan satu jenayah syariah dan boleh disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988?" ujarnya.
Menurut Farhan, Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 menyatakan secara jelas bahawa:

1) Mana-mana orang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, menggalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang-orang yang menganuti Agama Islam:

i) adalah orang kafir, atau
ii) telah berhenti menganuti Agama Islam, atau
iii) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau
iv) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam Agama Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tambah Farhan, tujuan peruntukan ini diwujudkan adalah untuk menghalang sikap takfiri di kalangan umat Islam apabila berlakunya perbezaan pendapat baik dari segi agama atau politik.

"Malangnya hari ini, YDP Pas ini sanggup mengkafirkan sesama Muslim demi kepentingan politik. Inilah bahayanya jika agama dan politik itu dicampuradukkan sesuka hati tanpa batasan.

"Adalah amat ironi apabila Pas yang mahu memartabatkan mahkamah syariah, telah melakukan jenayah syariah dengan mengkafirkan orang. Adakah ini juga salah satu usaha untuk memartabatkan Islam?" soal beliau.

Farhan juga kesal kerana tiada seorang pun pemimpin utama Pas terutama presiden parti itu tampil menyangkal atau menegur sikap YDP Pas itu malah diam seribu bahasa.

"Hal ini bukan kali pertama malah di media sosial begitu banyak kenyataan umat Islam mudah mengkafirkan orang Islam hanya kerana mereka berbeza pendapat. Dalam kita mahu memartabatkan Islam kita lupa akhlak Islam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Dr Wan Azizah menggunakan saluran mahkamah syariah sedia ada agar kenyataan pemimpin Pas itu disiasat supaya sikap ini dapat dibendung daripada menular dalam komuniti umat Islam.

"Saya menghormati kebebasan Pas untuk membawa RUU 355 ke Parlimen dan mempromosikannya di setiap genap dan ruang di seluruh negara. Namun, apapun yang dilakukan harus ada had dan batasnya jangan sampai ia memburukkan nama agama Islam itu sendiri dengan sikap angkuh dan 'holier than thou' mereka," tegasnya.

Rasuah: Inspektor polis sarat mengandung dipenjara dua tahun

BERNAMA
 
 
Rasuah jika tidak dibendung menjadi barah masyarakat.Rasuah jika tidak dibendung menjadi barah masyarakat.


Seorang pegawai polis wanita yang sarat mengandung menangis teresak-esak selepas dihukum penjara dua tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini akibat bersetuju menerima rasuah RM4,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran terhadap pembebasan Inspektor Suriati Mohd Shafie, 35, yang hamil sembilan bulan, daripada pertuduhan itu.

Selepas mendengar keputusan itu Suriati menangis teresak-esak dan dia kemudiannya ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya.

Ab Karim berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Jan 2015.

Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata rasuah adalah kesalahan serius terutama bagi mereka yang menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kerana melibatkan amanah dan integriti bukan sahaja kepada seseorang bahkan kepada jabatan dan masyarakat.

"Sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor yang menjalankan penyiasatan, kamu seharusnya memegang amanah untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti, malangnya, kamu tidak berbuat demikian.

"Kesalahan rasuah jika tidak dibendung akan menular seperti kanser dan akan melumpuhkan pentadbiran negara," katanya.

Terdahulu, peguam G. Subramaniam Nair yang mewakili Suriati selaku responden, merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya sedang mengandung sembilan bulan selain mempunyai dua anak yang masih kecil.

Suriati yang berkhidmat 10 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa bersetuju menerima rasuah RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon yang disyaki terlibat kes samun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara 8.30 malam dan 9.30 malam pada 22 Jan 2013.

Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sementara itu mahkamah turut memerintahkan Suriati membela diri terhadap satu lagi pertuduhan meminta suapan RM6,000 daripada Nurullizean sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya itu pada 1 tengah hari, di tempat dan hari sama, mengikut Seksyen 16(a)(B) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi pegawai polis ASP S. Ravintharan, 53, yang turut didakwa bersama-sama Suriati bagi pertuduhan bersetuju menerima rasuah di tempat dan tarikh sama, antara 8.30 malam dan 9.30 malam juga diarah membela diri.

Ravintharan selaku responden yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent sebelum ini turut dilepaskan dan dibebaskan.

Mahkamah menetapkan 6 Okt untuk Suriati dan Ravintharan membela diri.

Sudah-sudahlah... dengar nasihat Subky, pinta Khalid

MALAYSIA DATELINE
 
s
Khalid SamadKhalid Samad


Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada veteran Pas, Subky Latif kerana menjelaskan pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) sekaligus membantu pakatan politik pembangkang itu untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah Pas.

Menurut beliau, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar Pas.

"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.

Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.

"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya.
Subky LatifSubky LatifMenurut Subky, kehadiran DAP dan Amanah dalam pakatan pembangkang menjadi penyebab utama Pas enggan bersama pembangkang.

"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri.

"Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.
Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu Pas untuk menyertai barisan
pembangkang sedangkan masa yang begitu bernilai sepatutnya digunakan untuk membina kekuatan dan kesatuan PH.
"Setahun telah berlalu sejak perlancaran PH tetapi ianya masih bagaikan satu gabungan yang terumbang ambing, tidak yakin dengan perlunya kewujudan dirinya sendiri. Dan oleh itu, tiada kesungguhan secara 100% untuk membinanya.

"Cukuplah dengan ketidaktentuan dan kekaburan. Cukuplah dengan 'indecisiveness' yang sekian lama merencatkan pengukuhan PH. Biarlah kita bina apa yang ada pada kita. Dan dengan yang sanggup bersama kita. Adakan sedikit keberanian dan keyakinan diri," ujar Khalid.

Sehubungan itu, Khalid sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Subky kerana membantu menjelaskan pendirian terbaru Pas terhadap pakatan pembangkang.

Khamis, 29 September 2016

DAP akan letak calon Melayu jika mahu menang mudah PRU, kata Umno Selangor

DALIA ISMAIL
 
 
Datuk Mat Nadzari Ahmad DahlanDatuk Mat Nadzari Ahmad DahlanUmno menjangkakan DAP akan menang mudah banyak kerusi yang dipertandingkan di Selangor sekiranya meletakkan calon DAP Melayu di kawasan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, tidak akan menyumbang kepada peratusan sokongan pengundi di setiap kawasan terhadap parti yang bertanding.

""Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh diharapkan sangat untuk mana-mana parti yang bertanding akan menang.

"Di Selangor contohnya kita lihat DAP boleh menang mudah dibanyak kawasan bukan Melayu.

"Tidak hairan nanti di kawasan ini DAP akan meletakkan calon Melayunya.

"Silap hari bulan, calon DAP boleh jadi Menteri Besar Selangor selepas ini," telahannya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan(IDE), Prof Datuk Dr Reduan Othman, pada Selasa, dipetik berkata, BN akan menang di Selangor jika pertandingan tiga penjuru berlaku di negeri itu.

BN juga akan menang sama ada sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya ataupun selepas persempadanan semula.

Justeru apa yang diperlukan untuk mempastikan BN boleh dikalahkan adalah dengan memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dengan parti pembangkang berlaku.

Mat Nadzari yang juga Adun Batang Kali tidak bersetuju apabila dapatan analisis dilakukan itu menunjukkan BN di Selangor akan kalah jika berlaku pertandingan dua penjuru.


" Come on man... BN boleh kalah dengan Amanah dan Bersatu, dua penjuru?

"Itu rumusan mengikut data dan sampling mereka. Ini (analisis) sekadar hendak menyejukkan hati dan meyakinkan Amanah dan Pas saja," ujarnya.

Umno Selangor menyakini pertandingan dua penjuru akan memberi peluang lebih baik untuk BN menang pilihan raya akan datang di negeri itu berbanding pertandingan tiga penjuru.

Beliau berkata kawasan-kawasan yang ditandingi Pas dan PKR di kawasan Melayu akan menjadi tumpuan meletakkan calon Umno-BN kelak.

"Kita mempunyai data serta sampling kita sendiri.Petunjuknya kami yakin kita (semua parti) punyai peluang baik, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antara Pakatan Harapan atau Pas dan Bersatu untuk melawan BN.

"Dua penjuru bagus untuk BN. Kita (semua parti) dah ada hardcore masing-masing.

"Tetapi jika berlaku tiga penjuru agak sukar, kerana berlaku perebutan ke atas pengundi Melayu dan pengundi atas pagar, sudah pasti Amanah, Bersatu dan Pas akan cuba mempengaruhi seramai mungkin pengundi Melayu ini.

"Jadi pengundi akan berpecah dan Umno bergantung harap kepada kekuatan 'hard core' di kawasan yang ditandingi dan sedikit sokongan lain kita yakin BN boleh menang dikerusi yang pernah kita kalah," ujarnya.

Dalam PRU 13 lalu, di kerusi Parlimen, BN hanya menang lima kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) memperoleh 17 kerusi yang diwakili PKR (9),DAP (4) dan Pas 4 kerusi. Bagaimanapun tiga kerusi Pas yang dimenangi ahli parlimennya kini menjadi kerusi Amanah.

Manakala Dun dimenangi Pakatan Rakyat 44 kerusi dan BN 12 kerusi.

Mat Nadzari juga berkata, dalam PRU13 di Selangor rekod menunjukkan Umno-BN kalah dalam PDM (Pusat Daerah Mengundi) bukan Melayu.

"Gerak kerja komponen BN kini tertumpu kepada bukan Melayu dan menampakkan hasil yang baik setakat ini.

"Sekarang data kita menunjukkan sokongan bukan Melayu sudah meningkat, kita yakin akan dapat meraih kembali sokongan pengundi Cina," ujarnya yang merujuk kemenangan BN di PRK Sungai Besar Mei lalu, sebagai kayu pengukur kembalinya sokongan pengundi Cina terhadap BN untuk PRU akan datang.

Lunaskan tunggakan yuran pengajian pelajar Mesir

ARIF ATAN
 
 
Faiz FadzilFaiz FadzilPemuda Amanah Nasional mendesak kerajaan membantu segera kira-kira 150 pelajar Melayu di Mesir melunaskan tunggakan yuran pengajian mereka mencecah RM4.5 juta.

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata langkah tersebut boleh dilakukan melalui hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada rakyat.

“Rakyat hingga hari ini masih tertanya-tanya apakah pulangan GST kepada mereka. Seharusnya, pelajar terbabit yang mengikuti kursus perubatan, farmasi dan pergigian diberi biasiswa dan bukannya dibiarkan menanggung sendiri kos pengajian.

“Sudahlah bajet pendidikan dipotong sebanyak RM2.4 bilion, tunggakan yuran pengajian pelajar kita tidak dibantu. Walhal, kerajaan hari ini mengutip GST lebih RM50 bilion daripada rakyat,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Pada masa sama, jelasnya, Pusat Zakat setiap negeri juga perlu segera tampil menyalurkan kutipan zakat diperoleh bagi membayar tunggakan yuran pengajian tersebut memandangkan kumpulan penuntut terbabit adalah orang Melayu Islam yang merupakan asnaf.

“Seharusnya tujuan Pusat Zakat bagi membantu umat Islam namun hal itu gagal diuruskan dengan baik. Amat memalukan umat Islam di negara ini jika tunggakan yuran pengajian berkenaan gagal segera diselesaikan ketika zakat dikutip jutaan ringgit setiap tahun.

“Umat Melayu Islam harus menikmati mutu kehidupan yang baik dan terjamin melalui sistem zakat kerana ia diperintahkan Allah bagi mengimbangi kehidupan sosio-ekonomi umat Islam,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Faiz bimbang jika terdapat mana-mana ibu bapa terpaksa pula berhutang dengan 'Ah Long' bagi membayar tunggakan yuran pengajian pelajar ini.

“Tunggakan yuran pengajian ini juga jelas menunjukkan keadaan ekonomi rakyat terutama orang Melayu yang semakin susah dan tertekan akibat kenaikan kos sara hidup kesan daripada GST dan korupsi pemimpin negara,” tambahnya lagi.

Menteri disaran laksana tiga perkara elak tragedi MH370 berulang atau letak jawatan

 ARIF ATAN


Zaidi AhmadZaidi Ahmad


Berikan elaun kritikal kepada juruterbang jet pejuang seperti amalan beberapa negara lain; wujudkan kursus pendek juruterbang pejuang untuk tugas pemintasan udara serta menggaji semula juruterbang jet pejuang yang telah menamatkan perkhidmatan secara kontrak.

Itu tiga saranan bekas Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad bagi mengatasi alasan kononnya wujud masalah kekurangan juruterbang jet pejuang sehingga terpaksa menurunkan tahap siap sedia pesawat pejuang (alert status) daripada 30 minit kepada dua jam seperti sebelum nahas MH370.

“Ini adalah sebahagian langkah yang boleh difikirkan oleh kerajaan khususnya Menteri Pertahanan. Jika perkara sebegini pun beliau tidak boleh fikir dan buat, elok beliau letak jawatan saja.

“Sejarah tercatat bahawa tragedi MH370 dan MH17 berlaku semasa beliau adalah Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan,” tegasnya dalam satu kenyataan merujuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, sekiranya nahas kedua-dua pesawat itu berlaku di luar negara, menteri dan panglima angkatan tentera berkenaan telah meletak jawatan atau dipecat.

“Namun, hakikatnya di Malaysia yang tidak cekap dan gagal tetap dikekalkan asalkan mahu bersekongkol dengan Perdana Menteri yang terpalit dengan pelbagai skandal terutama skandal rompakan wang negara berjumlah RM14 bilion melalui 1MDB,” bidasnya.

Walau bagaimanapun, Zaidi mengingatkan operasi jet pejuang bukanlah penyelesaian terbaik kepada krisis seperti MH370 memandangkan radar pesawat pejuang hanya boleh melihat ke hadapan dan tidak ke sekeliling.

Aewacs Aewacs Hal ini, jelasnya, berbeza dengan pesawat radar amaran awal (Aewacs) yang mampu mengesan pesawat lain pada jarak lebih jauh berbanding pesawat pejuang.

“Tempoh terbang yang singkat oleh pesawat pejuang hanya sekitar maksima dua sehingga tiga jam berbanding pesawat Aewacs sekitar empat sehingga lima jam,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang berpengalaman sebagai juruterbang jet pejuang lebih dua dekad berpendapat perolehan pesawat Aewacs sebagai aset paling mendesak bagi negara ini demi mengelak berlakunya tragedi lebih buruk daripada nahas MH370.

Menuju PRU14: Pakatan Harapan Johor berbincang dengan Bersatu

ARIF ATAN
 
 
Majlis pelancaran jentera pilihan raya Amanah Johor.Majlis pelancaran jentera pilihan raya Amanah Johor.


Amanah komited melakukan persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan mengenal pasti kerusi-kerusi fokus, kata Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman.

“Perbincangan dalam Pakatan Harapan Johor telah dimulakan. Ia akan disusuli dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia, dimana hubungan akrab sedia terjalin sama ada dengan Tan Sri Muhyiddin serta pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang lain,” dipetik daripada status di Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, Task Force Bantahan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya telah ditubuhkan dengan dipengerusikan Suhaizan Kaiat yang juga Setiausaha Organisasi Amanah.

“Task force ini sedang merangka plan tindakan bantahan, analisis Dun (Dewan Undangan Negeri) yang terlibat, mengumpul tanda tangan dan kerja-kerja teknikal berkaitan. Moga usaha kita diberkati Allah,” ujarnya.

Selepas lima hari Sambutan Setahun Amanah di Muar, majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Amanah Johor di Tropical Inn Johor Bahru berlangsung pagi tadi dengan dirasmikan Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub.

“Alhamdulillah, pimpinan PKR, DAP dan NGO turut hadir,” tambah Mazlan lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu, pihaknya sedang meneliti laporan bantahan dari seluruh negeri berhubung syor persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Kita juga sudah membentuk ‘task force’ di peringkat nasional dipengerusikan oleh Aiman Athirah bersama enam lagi jawatankuasa yang akan menyelaraskan bantahan ini dengan melihat skop-skop berkaitan.

“Ini termasuklah sama ada jumlah pengundi yang terlalu ketara atau kesannya terhadap pentadbiran akibat pindah pengundi sana sini atau peta mengundi yang sudah semakin pelik,” ujarnya baru-baru ini.

Dapatkan akhbar mingguan Amanah Edisi ke-19, 2-8 Oktober di pasaran akan datang untuk mengikuti secara lanjut wawancara eksklusif tersebut.

Langkah SPR batal program pendaftaran pengundi dikesali

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tony Pua dan para pemimpin DAP Selangor pada sidang media di Petaling Jaya. Foto Roketkini.comTony Pua dan para pemimpin DAP Selangor pada sidang media di Petaling Jaya. Foto Roketkini.com


Tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan pelbagai alasan mengarut dalam melaksanakan tugas mendaftar pengundi baharu dianggap sebagai cubaan mensabotaj proses pilihan raya negara ini.

Persoalan itu ditimbulkan DAP Selangor apabila semua program pendaftaran pengundi yang dirancang untuk diadakan di beberapa lokasi di seluruh Selangor bermula awal Oktober hadapan dibatalkan SPR.

Menurut pengerusinya Tony Pua, antara alasan yang diberikan SPR adalah sedang memberikan fokus terhadap bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Tetapi apabila kita minta calon pemilih berdaftar di pejabat pos terdekat, kami sering dapat aduan bahawa borang pendaftaran pemilih pula tidak mencukupi,” katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya, pagi tadi.

Jelas Tony, perkara tersebut jelas menunjukkan SPR tidak cekap dan gagal memikul tanggungjawab mereka untuk memastikan pemilih yang layak berdaftar dan dapat memenuhi tanggung jawab mereka untuk mengundi.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tindakan yang dilihat sebagai sabotaj ini berlaku kerana generasi muda tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan terhadap Umno dan BN.
“Dalam pilihan raya lalu jelas menunjukkan majoriti dari generasi muda lebih memihak kepada pembangkang,” lapor Roketkini.com.

Naib Pengerusi DAP Selangor Hannah Yeoh pula berkata, SPR seolah-olah terlalu takut dengan pemilih baru.

“Tindakan membatalkan semua program pendaftaran pemilih itu jelas menunjukkan mereka mahu menghalang pemilih daripada mendaftar,” katanya.

Adun Subang Jaya itu menjelaskan, pihaknya menerima banyak permintaan untuk mendaftarkan pengundi baharu namun tergendala setelah SPR menolaknya dengan banyak alasan.

“Sebelum ini kita mempunyai Penolong Pendaftar Pemilih. Jadi ahli-ahli kita akan pergi ke pusat beli belah, pasar malam dan pasar pagi untuk lakukan pendaftaran. Sekarang, cara sebegini dihentikan ini, mereka tak lagi lantik ahli-ahli parti jadi Penolong Pendaftar dan kita terpaksa bergantung sepenuhnya (SPR),” ujar beliau.

Dalam sidang media yang sama, Adun Balakong Eddy Ng Tien Chee mendedahkan, selain pendaftaran program daftar pemilih anjuran DAP, kaunter-kaunter pendaftaran pemilih yang dibuka di pusat-pusat membeli belah sepanjang September ini berhadapan masalah kekurangan borang pendaftaran.

Menurutnya, program pendaftaran pemilih di AEON Cheras Selatan pada awal September lalu terpaksa dihentikan pada jam 1 tengahari akibat kekurangan borang walaupun ia dijadual berakhir pada jam 5 petang.

Alasan yang sama turut digunakan SPR apabila kaunter pendaftaran pemilih yang dibuka di pusat-pusat membeli belah lain terpaksa ditutup awal seperti di Sunway Pyramid, IOI Puchong, AEON Taman Equine (Kinrara).

SPR juga dikritik kerana didakwa tidak memiliki sistem atas talian yang baik malah ada ketikanya tidak dapat diakses disebabkan oleh gangguan malware.

“Ini satu keadaan yang tidak sihat, SPR perlu lebih profesional dan bertanggungjawab,” kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Edry Faizal.

Beliau berkata, SPR seolah-olah tidak bersedia menghadapi kesedaran rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang semakin ramai mahu berdaftar sebagai pengundi.

Prestasi SPR semakin buruk apabila agensi tersebut sejak tahun 2013 telah berhenti melantik Penolong Daftar Pemilih dari parti-parti politik yang bertujuan membantu pendaftaran pemilih baharu.

Pada tahun 2011 dan 2012, terdapat 5,720 dan 4,777 Penolong Pendaftar yang dilantik. Pada hari ini, ia telah diabaikan dan tidak digantikan dengan sebarang badan atau institusi yang melaksanakan tugas yang serupa.

Kesannya dapat dilihat dengan ketara apabila pada tahun 2011 sahaja, seramai 1,023,170 rakyat Malaysia yang layak telah mendaftar sebagai pemilih.

Bagaimanapun, bermula dari tahun 2013 sehingga 2015, hanya 617,254 pemilih yang berjaya didaftarkan dan keadaan bertambah parah apabila SPR ‘mengehadkan’ aktiviti pendaftaran pemilih mereka dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Jangan kafirkan sesama Islam kerana RUU 355, Mufti tegur Pas

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Wan Salim Wan Mohd NoorDr Wan Salim Wan Mohd Noor


Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur segelintir agamawan yang secara berwewenang mengkafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) sedangkan ia belum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, adalah tidak wajar mana-mana ahli Parlimen dipaksa menerima RUU 355 termasuk mengugut kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah sedangkan RUU itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif bagi tujuan penambahbaikan.

Kenyataan Dr Wan Salim yang dikeluarkan hari ini dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).

RUU 355 dijadual dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Oktober ini.

"Saya amat sedih mendapati segelintir agamawan di negara ini yang dengan sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam hanya kerana mengambil pendirian tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang bertujuan memperkasa serta memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah.

"Saya tidak menafikan tentang peri pentingnya gagasan  sedemikian dilaksanakan dan justeru sepatutnya ia mendapat sokongan semua pihak. Tetapi yang perlu difahami RUU 355 belum lagi dimuktamadkan dan hanya akan dibentangkan oleh Ahli Yang Berhormat Marang di Parlimen yang akan mulai bersidang pada pertengahan bulan Oktober ini.

"Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.  Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang  yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara," kenyataan Dr Wan Salim dipetik.
Beliau menambah, seorang Muslim sememangnya wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT namun RUU 355 bukanlah hukum Allah SWT dan hanya satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Dr Wan Salim menjelaskan, kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU 355 yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang.

"Sebaiknya pihak kerajaan sendiri mengambil daya usaha membentangkannya seperti sebelum ini supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata," tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan permintaan maaf Shaharuddin atas keceluparannya 'mengkafirkan' Presiden Keadilan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh jika tidak menyokong RUU 355 di Dewan Rakyat kelak.

Bagaimanapun Shaharuddin menjelaskan permintaan maaf itu dibuat untuk tidak memanjangkan isu itu.

"Dalam kuliah saya baru ini, saya ulas dengan panjang, tak ada tuju khusus kepada siapa-siapa, harap mana-mana pihak yang mahu petik ceramah atau kuliah, dengar sampai habis supaya faham," ujarnya membela diri.

Sahaharuddin sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Pulau Pinang menghalang azan daripada dilaungkan.

Bagaimanapun setelah diberi amaran akan diambil tindakan mahkamah, 'ulamak Pas' itu memohon maaf kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan DAP kerana tuduhan berunsur fitnah itu.


Sinar Harian bertarikh 29 September 2016 memuatkan berita permohonan maaf ShaharuddinSinar Harian bertarikh 29 September 2016 memuatkan berita permohonan maaf Shaharuddin
 

DAP mahu jadi parti dominan dalam Barisan Rakyat

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Sehingga Ahad lalu (25 September 2016) DAP belum berselera untuk membincangkan usul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya semua parti pembangkang bertanding Pilihanraya Umum ke-14 menggunakan satu logo.
 
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke enggan membuat sebarang kenyataan berhubung usaha menubuhkan pakatan politik baru yang digelar Barisan Rakyat. 
 
“Saya tak nak ulas perkara ini dan kita belum bincangkan syor daripada Bersatu (PPBM),” katanya sambil menegaskan bahawa sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan perbincangan bersama pimpinan DAP terlebih dahulu.
 
Bagaimanapun beliau juga tidak mahu memberitahu bila kepimpinan DAP akan bermesyuarat bagi membuat pendirian berhubung idea itu.
 
Sebaliknya, diantara yang pertama memberi reaksi menyokong syor Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu ialah Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Nampaknya Amanah yakin apa jua tindakan yang boleh mempersembahkan barisan pembangkang sebagai “bersatu dan sehati sejiwa” dalam cita-cita politik mereka pasti mampu memujuk rakyat mengundinya.
 
Sekaligus ia membayangkan betapa Amanah agak kurang yakin jika terpaksa menghadapi PRU 14 bersendirian. Ia memerlukan imej sebagai sebahagian daripada jentera pembangkang yang gah, untuk menempa kemenangan.
 
Maka Amanah sentiasa bersedia untuk memasuki gelanggang PRU 14  beriringan dengan PKR, DAP dan PPBM. Mungkin igauan kalah dalam pilihanraya negeri Sarawak Mei lalu dan kecundang dalam pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih meninggalkan geruh dalam hati pimpinannya. 
 
“Di pihak Amanah kita sedang menggembleng tenaga memastikan perkara ini berjaya. Dengan kehadiran Bersatu (PPBM) saya yakin kita makin kuat untuk menumbangkan BN,” katsa Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.
 
Begitu juga dengan PKR. Ia berharap semua parti pembangkang turut menganggotai gabungan terbesar yang dicadangkan itu. 
 
“Itu memang kita cadangkan sekian lama. Saya berterima kasih kepada Bersatu (PPBM) kerana mengambil sikap yang sama. 
 
“Prinsip satu lawan satu boleh dikatakan telah dipersetujui semua parti pembngkang, mungkin kita boleh bersetuju dengan gabungan ini pula,” kata Naib Presiden PKR, Tian Chua. 
 
Bagaimanapun wawasan PAS berhubung isu memperkasakan pembangkang ini agak berbeza walaupun ia akur prinsip ‘satu lawan satu’ mungkin berkesan mencapai impian menundukkan Umno-BN
 
Ini kerana menurut Naib Presidennya, Idris Ahmad, prinsip ‘satu lawan satu’ dan gabungan parti-parti pembangkang adalah dua perkara berbeza yang perlu difahami dengan jelas. 
 
“Sama ada nak guna logo atau lambang lain itu perkara lain. Bentuk kerjasama ini tidak semestinya kita berada dalam satu gabungan,” katanya. 
 
Demikian unjuran budaya politik matang dan sejahtera PAS. Ini kerana menurut Idris, penggunaan satu logo dan nama Barisan Rakyat bakal memberi implikasi kepada prestasi pembangkang sendiri. 
 
“Kita tidak mempunyai banyak masa untuk perkenalkan lambang dan nama gabungan kerana kita akan berdepan dengan PRU tidak lama lagi.
 
“Saya percaya rakyat akan keliru. Macam mana nak kalahkan BN kalau rakyat keliru dengan kewujudan lambang dan nama baharu gabungan pembangkang ini,” katanya. 
 
DAP saja tak mahu guna satu logo
 
Apabila melihat betapa terujanya dan positifnya  PKR dan Amanah serta persetujuan PAS menggunakan pendekatan ‘satu lawan satu’ (walaupun ia mengambil sikap berhati-hati) sikap politik DAP terus menjadi tanda tanya. 
 
DAP kini lebih sibuk mahu merencatkan sebarang usaha persempadanan semula Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dengan mengesyorkan supaya Selangor mengadakan pilihanraya negeri (PRN) mengejut.
 
Bagi DAP itu adalah satu usaha untuk mengekalkan persempadanan sedia ada yang telahpun hampir membawa kejayaan mutlak kepada pembangkang dalam PRU ke 13. 
 
Bagaimanapun PKR tidak bersetuju dengan syor DAP sama seperti mana ia menolak cadangan DAP mahu mengadakan pilihanraya negeri mengejut di Pulau Pinang bagi menyelamatkan nama baik Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menghadapi tuduhan rasuah. 
 
PKR tidak bersetuju PRN itu diadakan kerana kurang yakin ia mampu mempertahankan semua kerusinya di negeri itu. Malah ia meminta DAP memberikannya kerusi ‘mudah menang’ jika mahu meneruskan rancangan itu.
 
DAP kurang senang dengan permintaan itu dan “membocorkan” permintaan PKR itu kepada umum. Bagaimanapun bimbang persilangan pendekatan itu melarat, DAP menarik balik usulnya itu. 
 
Namun DAP kini menimbang melaksanakan juga PRN di Pulau Pinang; kali ini dengan motif tambahan – mempamerkan kekuatan pengaruh politiknya, meskipun tidak mendapat sokongan penuh PKR.
 
Langkah ini perlu bagi DAP kerana ia kurang selesa dengan idea penubuhan sebuah gabungan pembangkang yang berkemungkinan besar akan melarutkan pengaruh dan kedudukannya dalam politik Malaysia. 
 
Jika menang besar dalam PRN Pulau Pinang, ia adalah isyarat jelas bahawa DAP mampu bersendirian dan, jika ia bersetuju menyertai Barisan Rakyat kemudian, ia adalah peluang untuk menjadi faktor dominan dalam barisan baru itu. 
 
Jika DAP terus turut memberi persetujuan di peringkat ini, maka ia insaf bahawa parti-parti pembangkang sudah pasti masih dalam kepompong pemikiran lama, di mana hanya pemimpin Bumiputra-Melayu yang mengungguli Barisan Rakyat.
 
Bagaimanapun DAP percaya jika kemenangan besar dicapai dalam PRN Pulau Pinang ia akan membuka mata kerabat Barisan Rakyat betapa kepimpinan dan strategi politik DAP perlu diambil kira. 
 
Ketika itu DAP mahu semua ahli pakatan baru itu untuk bukan sahaja menghormati kepimpinannya malah harus akur betapa dinamik dan utuhnya pemikiran dan kepimpinan politiknya. 


Kenapa minta kerjasama tapi serang PAS?, soal Tuan Ibrahim

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS hari ini menyindir bekas rakan komponennya ketika dalam Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menjalin kerjasama dengan parti itu, tetapi sering menyerang dan memfitnah mereka dengan pelbagai isu.
 
Menurut timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, meskipun diserang ramai pula mengharapkan kerjasama bersama PAS.
 
"Ketika PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. 
 
"Serangan dari kawan yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya, maklumlah dah dapat rakan baru yang kononnya dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
 
Walaupun tidak menyatakan secara jelas, umum mengetahui bahawa beliau merujuk kepada PKR dan DAP.
 
PR terkubur disebabkan pertelagahan parti itu bersama DAP yang enggan bersetuju dengan dasar Islam yang dibawa PAS, tetapi parti itu masih menjalin tahaluf siyasi bersama PKR.
 
Beliau turut mempersoalkan kenapa parti pembangkang yang lain mengharapkan kerjasama dengan PAS tetapi pada masa yang sama menuduh mereka menjalin kerjasama dengan Umno.
 
"PAS dan Presiden PAS dijadikan "punching bag" dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya nak kerjasama dengan Umno dan makan dedak Umno.
 
"Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh makan dedak Umno?" soal beliau.
 
Tuan Ibrahim turut membayangkan bahawa parti itu tidak mungkin akan menjalin kerjasama dengan pembangkang, sebaliknya parti itu mahu memperkukuhkan blok Gagasan Sejahtera dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"PAS kini perlu memperkasakan muafakat dengan rakan yang sedia menerima dasar yang dibawa oleh PAS. PAS sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat. 
 
"Bagi PAS, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur dari yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat," ujarnya lagi.
 
 

Masih boleh daftar selepas 30 September 2016 - SPR

SINAR HARIAN


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Orang ramai masih boleh mendaftar dengan Sistem Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun selepas tarikh 30 September 2016.
 
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata tarikh 30 September 2016 adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016.
 
"Selepas tarikh itu, bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 mana-mana orang yang mendaftar dalam tempoh itu akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan bagi suku keempat 2016.
 
"SPR mewartakan Daftar Pemilih Tambahan berdasarkan suku tahun iaitu suku tahun pertama (Januari hingga Mac), suku tahun kedua (April hingga Jun), suku tahun ketiga (Julai hingga September) dan suku tahun keempat (Oktober hingga Disember).
 
"Justeru, kenyataan yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini bahawa 30 September 2016 adalah tarikh tutup yang melayakkan seseorang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) jika diadakan pada Mac 2017 hanyalah andaian pihak tertentu dan tidak benar," katanya dalam satu kenyataan di sini.
 
Katanya, SPR menyarankan supaya orang ramai yang masih belum mendaftar sebagai pemilih agar mengambil peluang mendaftar dengan segera tanpa menunggu di saat akhir atau disebabkan oleh viral tertentu saja.
 
 

Penerangan RUU Hadi tugas semua muslim - PPMM

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic


SUBANG JAYA: Semua pihak yang beragama Islam wajar berganding bahu dalam usaha menerangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah yang dibawa PAS, terutamanya kepada orang bukan Islam.

Menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, bukan PAS sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan undang-undang yang bakal memberi manfaat kepada umat Islam.

"Adalah tidak adil bagi kita meletakkan beban untuk menerangkan isu ini kepada PAS sahaja. Sebab undang-undang ini jika dipinda, ia akan memanfaatkan seluruh orang Islam.

"Sepatutnya bukan PAS yang memberi penerangan, pihak kerajaan, NGO-NGO Islam juga perlu memberi penerangan. Dari pihak PPMM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia memang kami telah beri penerangan, berdialog dengan orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu wawancara bersama Antarapos.

RUU Persendirian Mahkamah Syariah itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu bertujuan memperkasakan mahkamah syariah. Namun perbahasannya ditunda ke sesi Parlimen pada Oktober depan.

Katanya, langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam peluang memahami undang-undang itu secara matang dan menyeluruh.

Malah menurut Zainul lagi, seharusnya pihak yang beragama Islam mengenepikan soal berjaya atau tidak usul itu tetapi usaha yang dilakukan adakah mencukupi atau sebaliknya.

"Apa usaha kita untuk memartabatkan Mahkamah Syariah ini, berjaya atau tidak adalah soal kedua. Kita berharap usaha ini akan dipergiatkan lagi dan kita dapat meminda akta bidang kuasa jenayah mahkamah syariah (yang dipinda) 1984," ujarnya.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syarah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.


Mahathir mahu benam karisma Anwar?

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Tun Dr Mahathir Mahathir mempamerkan belang politiknya sekali lagi. Semakin hampir pilihanraya umum ke-14, semakin gesit Mahathir menyusun langkahnya mahu mengepalai pembangkang.
 
Setelah berjaya dalam pusingan pertama menguji tahap penerimaan parti-parti pembangkang terhadap beliau dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau kini menyusun langkah memasuki litar politik kedua.
 
Kali ini Mahathir bertindak lebih berani. Beliau mengacah kesepaduan dan ketulusan parti-parti pembangkang apabila melontarkan nama presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.
 
Mahathir memang maklum bahawa Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Amanah -- sudah mengambil pendirian bahawa jika mereka menumbangkan Umno-BN, calon perdana menteri ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Namun dalam satu ceramah di London minggu lalu, Mahathir melontarkan nama presiden partinya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebagai bakal perdana menteri jika pembangkang menang PRU ke-14 kelak. 
 
Sebagai seorang ahli politik veteran, Mahathir sudah pasti dapat menduga bahawa tindakannya itu pasti mengundang reaksi daripada pemimpin-pemimpin pembangkang. 
 
Di sini jelas kelicikan Mahathir. Beliau ingin tahu berapa ramai di kalangan pimpinan pembangkang yang sudah mula menilai politik pembangkang dari luar kepompong pemikiran reformasi Anwar.
Mahathir mahu mengukur sejauh mana kemunculan beliau dan PPBM dalam senario politik negara sudah mula mengubah cara berfikir dan bertindak pembangkang.
Lebih tepat lagi Mahathir mahu menguji sejauh pengaruh dan kepemimpinannya boleh menggerhanakan karisma Anwar yang selama ini memonopoli pengaruh kepimpinan pembangkang. 
 
Yang nyata Mahathir sudah mendengar sendiri pengumuman bekas musuh nombor satunya, Lim Kit Siang bahawa beliau sanggup menyokong pendirian dan perjuangannya.
 
Beliau juga dapat menyelami bahawa di kalangan pimpinan PAS masih ada yang mengambil sikap tegas dan tidak mahu langsung mendekati apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno.
 
Mahathir juga dapat membaca persepsi umum bahawa pembangkang sebelum ini terkesima dengan karisma dan bersimpati dengan nasib politik Anwar, adalah tidaklah begitu tepat. 
 
Sejak dibebaskan pada 2004, Anwar menghadapi saingan daripada Tun Abdullah Badawi, seorang pemimpin Umno yang dianggap lemah oleh Mahathir sehingga Anwar mampu memadamkan majoriti dua pertiga Umno-BN pada PRU 2008.
 
Mahathir juga maklum bahawa janji Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan memancing beberapa ahli parlimen BN pada 16 September 2008 gagal ditunaikan dan ini mengecewakan ramai penyokong Pakatan Rakyat ketika itu. 
 
Namun politikus veteran itu sedar bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu hanya memendamkan kekecewaan mereka kerana tiada pemimpin lain yang dapat menandingi kaliber Anwar. 
 
Kini Anwar dalam penjara. Mahathir pula sudah mula diterima dalam barisan pembangkang. Mahathir juga menyedari bahawa PRU ke-14 mungkin berlaku dalam tempoh terdekat. Masa ini paling sesuai menggugah mitos kepimpinan Anwar.  
 
Selain itu, Mahathir juga mungkin tidak lupa kesilapan besar Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor dan menjadikan negeri itu papan anjal politik menebar pengaruh dan kekuatan politik pembangkang seluruh negara.

Langkah Kajang yang digerakkan Anwar bukan sahaja menghumbannya ke penjara buat kali kedua, ia juga melebarkan lagi rekahan politik dalam partinya sendiri.
 
Persoalan siapa bakal perdana dilontarkan Mahathir dalam ceramah di luar negara adalah semboyan politik untuk mengisyaratkan bahawa beliau bersedia kembali mengungguli politik Malaysia. 
 
"Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan perdana menteri adalah Muhyiddin.
 
"Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi perdana menteri," katanya. 
 
Maknanya, Mahathir langsung tidak mengambil kira untuk memberi peluang Anwar dibebaskan dan kemudian diusahakan untuk menjadi perdana menteri yang sah. Dalam perkataan lain, Mahathir tidak mahu Anwar bebas.
 
Beliau juga sempat menyelitkan beberapa kebarangkalian yang mungkin berlaku di antaranya ada pihak yang akan kecewa jika idea siapa bakal perdana menterinya jadi perbincangan utama. 
Namun Mahathir tetap memajukan ideanya itu dengan perakuan bahawa jika Muhyiddin dipilih, partinya, PPBM sudah ada mekanisme untuk mengawal perdana menteri supaya tidak mutlak berkuasa.
"Perdana menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baru (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi," katanya.
 
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak membuat keputusan sendiri.
 
"Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada perdana menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.
 
"Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya.
 
Yang pasti kempen melobi untuk meletakkan PPBM sebagai parti peneraju sudah bermula. Seraya itu Mahathir pun sudah memberi isyarat bahawa jika PPBM memimpin pembangkang, beliau akan terbabit langsung dalam pemerintahan Malaysia.
 
Tinggallah Anwar meronta-ronta dalam penjara melihat bagaimana Mahathir menyambar dan mengambil alih teraju kepimpinan Barisan Rakyat dari genggamannya.
 
 

Guan Eng perlu letak jawatan,' gesa Umno


Zainal Abidin Osman
Zainal Abidin Osman


GEORGETOWN - Persoalan keengganan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melepaskan jawatannya atau sekurang-kurangnya mengambil cuti belum terjawab.

Sebelum ini, pelbagai pihak menggesa beliau supaya meletak jawatan setelah menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah namun Guan Eng masih dengan pendiriannya.

Terbaru, Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman sekali lagi menggesa Guan Eng supaya berbuat demikian.

Menurutnya, keengganan Guan Eng itu memberi tekanan kepada pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang yang berkemungkinan akan dipanggil sebagai saksi apabila prosiding bicara dimulakan.

"Amat menghairankan, mengapa Guan Eng masih belum melepaskan jawatan atau bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dia sudah didakwa dengan dua pertuduhan salah laku rasuah (Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan) di mahkamah pada 30 Jun lalu.

“ Tindakan Guan Eng yang enggan melepaskan jawatan atau bercuti dari jawatannya itu dilihat bakal menyebabkan tekanan yang tidak wajar ke atas pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang yang berkemungkinan akan dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan apabila perbicaraan kes rasuah itu bermula," katanya melalui kenyataan medianya semalam.

Sebelum ini, Zainal Abidin pernah menggesa Guan Eng supaya meletakkan jawatan Ketua Menteri dan lain-lain jawatannya sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai.

Zainal Abidin berkata, sebelum ini, belum ada mana-mana Ketua Menteri  atau bekas Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan salah laku rasuah dan tindakan itu perlu diambil bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri tidak dipertikaikan.

Menurutnya, sebagai seorang Ketua Menteri yang beretika dan bermaruah, Guan Eng sepatutnya meletak jawatan atau bercuti.

"Ia bagi menjaga integriti jawatan yang disandang malah seorang pegawai kerajaan atau penjawat awam perlu  bercuti apabila menghadapi pertuduhan yang sama.

"Ternyata Guan Eng terlalu sayang untuk melepaskan jawatannya itu. Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri samada beliau adalah seorang yang gila jawatan dan kuasa atau sebaliknya," katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara memutuskan tiada keperluan untuk Guan Eng bercuti atau meletak jawatannya.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang memutuskan Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan kerana dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya hanya bermotifkan politik.

Sehubungan dengan itu, barisan Exco memutuskan Guan Eng tidak perlu meletak jawatan dan boleh meneruskan tugasnya seperti biasa.


Selasa, 27 September 2016

Azmin Lakukan Kejutan, Matikan Suiz Loji Bekalan Air Selangor ?

 


LIHAT VIDEO DI SINI
 
Selepas kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya mengambil alih pengurusan air di bawah syarikat baharu yang dinamakan ‘Air Selangor’, syarikat itu melakukan melakukan kejutan dengan mematikan ‘suiz’ bekalan air dengan alasan loji bekalan air di Empangan Semenyih tercemar.


Pemotongan loji bekalan air di Empangan Semenyih itu menyebabkan sesetengah kawasan di negeri itu terputus bekalan air.

Setakat semalam, sesetengah kawasan terputus bekalan air sejak tiga hari yang lalu dan dijangka bekalan air akan pulih sepenuhnya pada penghujung minggu ini.

Sesetengah pendapat yang nakal mendakwa, Azmin sengaja memotong bekalan air itu untuk memberi pengajaran kepada rakyat Selangor supaya tidak mempertikaikan lagi pemberian air percuma 40m3 yang bakal dimansuhkan tidak lama lagi.



Azmin Ali Ada Saham Dalam Pengurusan Air Selangor




azmin Hafizi Harris –

Sejak tahun 2014, SYABAS dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berfungsi sebagai satu unit Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd di mana Menteri Besar Azmin Ali adalah Pengerusinya.


Kerajaan Persekutuan, dengan melanjutkan tunai dan mengambil alih hutang bernilai lebih RM10 bilion, telah membantu Selangor membeli balik SPLASH dan syarikat-syarikat air yang lain di Selangor.

Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan “air” di KL atau Selangor, sila kemukakan aduan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak ada pihak lain yang memimpin Selangor melainkan Pakatan.

Dan jika Kerajaan Pakatan Selangor mahu seseorang untuk mengambil tanggungjawab bagi perkhidmatan terburuk yang diberikan untuk RAKYAT maka bolehlah Azmin Ali memecat dirinya sendiri.

 LIHAT VIDEO DI SINI

VIDEO 2

VIDEO 3

Azmin Gagal Urus Selangor – Noh Omar

 

 



“Pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebenarnya gagal menguruskan negeri dengan baik yang menyebabkan masalah seperti air tercemar boleh berlaku.”

Itu tegas Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar pada sidang media di Semenyih berikutan krisis air di beberapa kawasan di negeri ini sejak beberapa hari lalu.


“Saya difahamkan Sungai Langat telah tercemar akibat pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang dibina berhampiran sungai.

“Sepatutnya, dari awal lagi kerajaan negeri dah bertindak dengan memantau kegiatan kilang-kilang ini tetapi malangnya, datang pun tidak, apa lagi nak memantau?” katanya.

Jelas Noh, kesan daripada gangguan bekalan air ini, beribu-ribu rakyat terpaksa menanggung sengsara yang kerajaan negeri seperti tidak ambil peduli.

“Masalah air ni bukannya baharu tetapi dah lama dan kerap berlaku terutama di kawasan Semenyih gara-gara nak urus sendiri.

“Masalahnya, kalau pandai mengurus tak apalah juga tetapi ini tidak, semua jadi kelam kabut hingga timbul masalah seperti ini,” ujarnya.

Katanya lagi, sikap kerajaan negeri yang suka menuding jari kepada pihak lain demi menutup kelemahan dan kesalahan sendiri kini telah tidak dapat dielakkan lagi.

“Dah tak ada kambing hitam yang boleh dituding lagi. Sebelum ini, asyiklah nak salahkan pihak lain tetapi sekarang, terus terdiam sebab semua kesalahan datang daripada sikap sendiri.

“Macam tulah juga dengan kutipan sampah di Selangor, elok-elok dah ada Alam Flora, kerajaan negeri batalkan sebab urus sendiri kononnya syarikat tersebut adalah kroni UMNO.

“Sudahnya, sampah tak berkutip dan keadaan menjadi semakin kelam kabut,” tegasnya.

Tambah Noh, sepatutnya kepimpinan negeri menjenguk permasalahan rakyat kerana itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Kedatangan saya di sini adalah untuk membantu walaupun ini tanggungjawab kerajaan negeri tetapi sebagai Menteri, saya tidak boleh melihat kesengsaraan rakyat yang hanya disebabkan oleh masalah yang boleh diselesaikan tetapi tidak diselesaikan,” katanya. – MalaysiaGazette

DAP Selangor Beri Kata Dua Kepada Azmin

 

 



Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu Tian Khiew memberi kata dua kepada Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meninggalkan PAS atau menghadapi masalah dari pihak DAP.

Ronnie Liu juga menggesa Azmin supaya memberikan sokongan padu kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan di negeri itu.


“Pakatan Harapan adalah harapan kita semua. PAS sudah tolak Pakatan Harapan selepas menolak DAP dan Amanah.

“Tapi rakyat dan penyokong keliru apabila Azmin masih mahu bekerjasama dengan PAS. Rakyat tak akan percaya kepada Pakatan Harapan jika keadaan ini diteruskan,” ujarnya ketika dihubungi portal pro PAN, Malaysia Dateline hari ini.

Ronnie Liu yang juga pemimpin DAP Klang turut membuat gesaan radikal iaitu mendesak tiga exco DAP keluar daripada kerajaan negeri jika Azmin masih terus berdegil mahu memilih PAS.

DAP Klang juga katanya mahu pilihan raya mengejut diadakan di Negeri Selangor sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipamirkan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.

Menurutnya, berdasarkan kajian DAP, Pakatan Harapan bakal kehilangan negeri Selangor jika persempadanan pilihan raya itu diluluskan.



 
 

Dua Calon Salinng Bersaing Rebut Jawatan PM, Jika Pembangkang Berjaya Tawan Putrajaya

 

 



Dua calon Perdana Menteri saling bersaing di antara satu sama lain jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang paling layak menjawat jawatan tersebut.

“Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan Perdana Menteri adalah Muhyiddin.

“Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri,” katanya menerusi satu ceramah di London minggu lalu.

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan mengenainya tidak akan dibuat sekarang kerana “sesetengah orang akan kecewa dan akan menyebabkan parti berpecah”.

“Perdana Menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baharu (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau selaku pengerusi parti itu akan berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa Perdana Menteri tidak membuat keputusan dengan sendiri.

“Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada Perdana Menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.

“Parti baharu (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti,” katanya.

sementara itu, Pakatan Harapan tetap berkeras mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai bakal PM jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai berkata rundingan lanjut mengenai siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri tidak perlu lagi dilakukan kerana Anwar sebelum ini sudah diputuskan untuk mengisi jawatan tersebut sekiranya pembangkang menang.

“Keputusan Anwar dipilih menjadi perdana menteri akan kekal melainkan Pakatan Harapan memutuskan sebaliknya pada masa akan datang.

“Setakat ini, kata sepakat tetap sama,” katanya kepada The Star pada Selasa.

Tan berkata demikian bagi mengulas ucapan Dr Mahathir yang mahu Muhyiddin dicalonkan mengisi jawatan tersebut jika pembangkang memenangi PRU 14.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata walaupun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menyatakan pandangan peribadinya mengenai perkara itu, beliau tidak patut ‘menggelabahkan’ sesiapa sahaja.

“Dr Mahathir tahu rakyat sentiasa memilih Anwar kerana pada pilihan raya umum yang lalu, 52 peratus undi popular memilih beliau untuk mengetuai pakatan pembangkang,” katanya.

DAP Klang minta Azmin tinggal Pas untuk kukuhkan Pakatan Harapan

ARIF ATAN
 
 
Ronnie Liu Tian KhiewRonnie Liu Tian Khiew


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu meninggalkan Pas dalam usaha memperkukuh Pakatan Harapan, tegas bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

Bagi beliau, Azmin dan sebahagian PKR lain perlu memberikan sokongan kepada Amanah yang menggantikan Pas bagi mengelakkan kekeliruan rakyat khasnya di Selangor.

"Pakatan Harapan adalah harapan kita semua. Pas sudah tolak Pakatan Harapan selepas menolak DAP dan Amanah.

"Tapi rakyat dan penyokong keliru apabila Azmin masih mahu bekerjasama dengan Pas. Rakyat tak akan percaya kepada Pakatan Harapan jika keadaan ini diteruskan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan DAP Klang yang dipimpin beliau supaya parti itu keluar daripada kerajaan negeri jika Azmin masih memilih Pas.

DAP Klang juga mahu pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat.

Ini kerana, berdasarkan kajian DAP, Pakatan akan kehilangan negeri Selangor jika persempadanan pilihan raya yang dipamirkan oleh SPR sekarang diluluskan.

Bagi mengelakkan kerajaan negeri jatuh, DAP mencadangkan agar pilihan raya mengejut diadakan sebelum persempadanan semula ini boleh berkuatkuasa.

Sebelum ini, Pemuda Amanah berpendirian menyokong cadangan agar pilihan raya serentak dibuat di negeri Pulau Pinang dan Selangor sebelum persempadanan semula ini berkuatkuasa.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husa Musa pula mendakwa Pas parti yang sangat 'pragmatik' kerana boleh berubah-ubah mengikut keperluan dan kepentingan kuasa dan politik.

Ketika Pas dengan tegas berkata tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan Amanah, Pas boleh pula duduk dan bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam kerajaan negeri Selangor.

Tragedi Go-Kart: Penganjur perlu lebih jaga sensitiviti keluarga

BERNAMA
 
 
Ahli Parlimen Kuantan Fauziah SallehAhli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh


Penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga sensitiviti apabila mengeluarkan kenyataan, khususnya jika melibatkan kehilangan nyawa.

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata penganjur juga tidak sewajarnya terburu-buru mengeluarkan kenyataan, sebaliknya mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan bagi menjaga hati keluarga.

"Saya agak ralat apabila melihat kenyataan dikeluarkan seperti mereka tidak berada di kawasan yang dikhaskan kepada penonton. Sewajarnya perkara demikian tidak dibangkitkan semasa keluarga sedang bersedih.

"Ini ditambah pula dengan aspek keselamatan yang agak longgar seperti hanya menggunakan penghadang plastik yang tidak diletakkan air dan ketiadaan anggota keselamatan yang melarang mereka daripada duduk di kawasan itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Fuziah ditemui semasa melawat keluarga penyelia Izwan Isa, 39, yang meninggal dunia akibat dirempuh kenderaan jenis go-kart semasa menonton EIMARace 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini, semalam.

Turut maut ialah anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, manakala isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, 7, cedera kerana tidak sempat melarikan diri semasa dirempuh kenderaan yang dikatakan terbabas.

Izwan yang merupakan penyelia kilang di Gebeng di sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Zulaikha meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Fuziah berkata pihaknya juga menggesa supaya kerajaan negeri dan penganjur untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan litar dan tidak menjadikan jalan raya yang biasa sebagai 'trek perlumbaan', yang mudah dimasuki orang awam.

"Saya dapat bercakap dengan isteri arwah (Siti Suhaiza) dan beliau maklumkan semasa kejadian, memang tiada halangan untuk mereka masuk. Mereka masuk seperti biasa. Tiada pegawal keselamatan yang memaklumkan kawasan itu bukan kawasan larangan.

"Malah di kawasan berhampiran juga ada yang menjaja minuman. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan diharapkan penganjur dan kerajaan negeri lebih berhati-hati pada masa hadapan," katanya.

Fuziah berkata Pahang juga mempunyai litar khusus untuk perlumbaan go-kart di Pekan, yang lebih sesuai dan dilengkapi tahap keselamatan yang cukup.

EIMARace dianjurkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mendakwa telah mengambil langkah keselamatan sewajarnya selaras dengan saranan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).

Durian Kunyit: Saya berniat jahat atau jawapan balas niat berbohong, soal Husam

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Husam MusaDatuk Husam Musa


Selepas dituduh berniat jahat kerana mendedahkan projek penanaman Durian Kunyit di hutan simpan kekal, Adun Amanah Salor, Datuk Husam Musa membuat penjelasan balas dengan mengemukakan bukti-bukti berdokumen untuk menpertahankan dakwaannya.

"Saya mengajak Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya merujuk kepada kembaran yang saya sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali Omar,pemilik  Syarikat Gunong Basor EnterpriseAli Omar,pemilik Syarikat Gunong Basor EnterpriseKepala surat Pengarah Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining itu katanya, berbunyi:

‘PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN’.

"Jumlah keluasan kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau bersamaan 4,192 ekar!

"Mungkin SUP terlupa ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada Gunung Basor tidak diambil kira.

"Angka ini membuktikan saya tidak berbohong, bahkan saya telah meletakkan angka keluasan yang lebih rendah dari yang sebenar.

"Juga membuktikan bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan!

"Kenapa SUP tidak memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?" soal Datuk Husam.

Memang benar katanya, durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.

"Namun, seingat saya, durian tidak disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walaupun ia adalah spesis hutan.

"Ini adalah dua perkara yang berbeza.

"Apa lagi Durian Kunyit," katanya.

Sebab itu kata beliau, sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai.

"Getah yang disenaraikan adalah Timber Latex Clon.

"Perkataan "timber" itu sendiri membezakannya dari getah biasa," katanya.

Menurutnya, Durian Kunyit adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil.

"Penanamannya bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu.

"Sedangkan jika Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan bukan buahnya," katanya.

Ladang durian kunyit katanya, sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.

"Bagi tujuan perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang.

"Kawasan ini yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam Hutan Simpan Kekal," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Durian Kunyit dan hutan simpan kekal negeri Kelantan

Saya merujuk kepada penjelasan oleh SUP YAB MB bertarikh 19 September 2016 meliputi isu:

- Kawasan yang diluluskan untuk Durian Kunyit di HSK adalah HANYA 100 ha dan bukan 1,000 ha.
Perbezaan 900 ha dari apa yang saya sebutkan dalam ucapan saya pada 16 September lalu di Wisma Tok Guru.

Maka dengan itu saya menyimpang dan berniat jahat.

Durian Kunyit

Saya petik semula penjelasan SUP MB:

“3. ……… semenjak YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.

4. Tuduhan YB Dato’ Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas”.

Jawapan saya:

a. Dalam kenyataan SUP MB, tidak disebut syarikat mana telah diluluskan HANYA 100 ha HSK untuk ditanam dengan Ladang Tanaman Durian Kunyit.

Andaian yang boleh saya buat adalah, ada kemungkinan kelulusan seluas 100 ha yang disebut oleh SUP MB seperti di atas merujuk kepada permohonan Syarikat Gunong Basor Enterprise, berdasarkan surat arahan untuk permohonan syarikat ini untuk diangkat ke mesyuarat JKuasa Kecil Perhutanan dan ‘langkahan selanjutnya pihak tuan’, dari pejabat MB kepada Pengarah Perhutanan bertarikh 31 Mac 2016.

Surat sokongan Pejabat MB itu bermakna hanya LAPAN hari selepas syarikat ini didaftarkan dengan SSM. (Salinan surat Pejabat MB kepada Pengarah Hutan dikembarkan).

Permohonan asal syarikat ini, mengikut surat Pejabat MB itu adalah 404 ha/ 998 ekar, tetapi ada kemungkinan ia hanya diluluskan sebanyak 100 ha/400 ekar sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri selepas surat pejabat MB ini ialah pada 6 April 2016.

Jika syarikat ini mendapat kelulusan berkenaan menerusi mesyuarat pada 6 April itu, bermakna dalam tempoh EMPAT BELAS HARI SAHAJA dari tarikh syarikat ditubuhkan, ia sudah mendapat DURIAN RUNTUH dengan permohonan DURIAN KUNYITNYA!
Hebat!

Syarikat Gunong Basor Enterprise, mengikut carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dimiliki oleh Tuan Ali Omar.

Tuan Ali Omar telah memuat satu posting dalam FBnya bertarikh 20hb September 2016 mendakwa kelulusan yang beliau perolehi untuk penanaman durian kunyit dalam hutan simpan tidak melibatkan tebangan balak kerana kawasan ini telah diteroka oleh peneroka haram. Beliau menulis : ‘permohonan yang melibatkan syarikat saya’.

Salinan posting ini dikembarkan.

Ini mengukuhkan andaian bahawa syarikat yang mendapat kelulusan 100 ha atau 400 ekar hutan simpan itu adalah Syarikat Gunong Basor yang telah disokong permohonannya oleh Pejabat Menteri Besar.
Apa kelayakan syarikat ini sehingga permohonannya boleh diluluskan secepat kilat?

b. Soalnya, adakah satu ini sahaja kelulusan berkait dengan penanaman durian kunyit dalam HSK?

Saya mengajak MB dan SUPnya merujuk kepada kembaran yang saya sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016.

Kepala surat Pengarah Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining berbunyi: ‘PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN’.
Jumlah keluasan kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau bersamaan 4,192 ekar!

Mungkin SUP terlupa ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada Gunung Basor tidak diambil kira.

Angka ini membuktikan saya tidak berbohong, bah kan saya telah meletakkan angka keluasan yang lebih rendah dari yang sebenar.

Juga membuktikan bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan!

Kenapa SUP tidak memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?

c. Memang benar durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.
Namun, seingat saya, durian TIDAK disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walau pun ia adalah spesis hutan.

Ini adalah dua perkara yang berbeza.

Apa lagi DURIAN KUNYIT.

Sebab itu, sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai. Getah yang disenaraikan adalah TIMBER LATEX CLON. Perkataan TIMBER itu membezakannya dari getah biasa.

Durian kunyit adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil. Penanamannya bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu. Sedangkan jika Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan bukan buahnya.

Ladang durian kunyit sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.
Bagi tujuan perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang.

Kawasan ini yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam Hutan Simpan Kekal.

Inilah yang berlaku di negeri ini pada hari ini.

Status di atas kertas adalah hutan simpán kekal tetapi hutannya sudah tidak ada lagi.


Saya sangat berbesar hati jika SUP MB Kelantan dapat menunjukkan saya bahagian Enakmen Perhutanan Kelantan yang menyatakan DURIAN KUNYIT adalah sangat digalakkan untuk tanaman dalam Ladang Hutan dan tarikh kemasukan DURIAN/DURIAN KUNYIT dalam gazet Enakmen berkenaan.
d. Kawasan yang dipohon oleh Syarikat Gunung Basor adalah dalam HSK Sg Brok.

Semakan kami ke tapak berkenaan menunjukkan masih terdapat 7 hingga 8 tan hasil kayu se ekar. Hanya 20% sahaja dari kawasan ini yang telah diteroka secara haram meninggalkan kawasan tidak berkayu.

Saya yakin, laporan renjer Pejabat Hutan yang baru disiapkan Rabu lalu, selari dengan jumlah yang saya sebutkan. Menunggu laporan renjer disiapkan terlebih dahulu adalah antara sebab saya sedikit lambat memberikan respon kepada kenyataan SUP MB.

Bermakna terdapat sejumlah 2,240 tan kayu berbaki atas kawasan seluas 100 ha ini, berdasarkan 20% dari kawasan adalah diteroka haram seperti didakwa.

Dakwaan sesetengah pihak bahawa kawasan ini langsung tidak berkayu adalah bohong dan berniat melindungi kedudukan yang sebenar atas tujuan mengaut keuntungan darinya.

Ini bermakna, Syarikat Gunung Basor akan menikmati DURIAN RUNTUH sebelum DURIAN KUNYIT.
Beranikah YAB MB melawat kawasan ini bersama saya, media dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk membuktikan ianya tidak berkayu?

e. Alasan terokaan haram telah digunakan untuk meluluskan permohonan AA Pavilion, termasuk menguruskan apa yang dikatakan tanaman kelapa sawit oleh peneroka haram untuk selama dua puluh lima tahun, seperti surat kelulusan yang dikembarkan.

Soalnya, kenapa kawasan ini bersama tanaman kelapa sawitnya tidak ditender?

Mengapa peneroka asal tidak diberi peluang dengan terma yang sama?

Benarkah alasan ini?

Beranikah kerajaan melantik satu pihak bebas memeriksa kesahihan maklumat dan alasan ini?

f. Adakah kebetulan, semua syarikat ini - AA Pavilion dengan kelulusan 1,697 ha, Syarikat Gunong Basor dengan kelulusan 100 ha (berdasarkan kenyataan SUP yang tidak menamakan secara jelas syarikat yang mendapat kelulusan tetapi Tuan Ali Omar mengaku beliau mendapat kelulusan tanaman durian kunyit) dan satu lagi, Taman Astakona Timber Solutions dengan kelulusan pengeluaran saki baki kayu kayan atas kawasan seluas 250 ha - semuanya berkait dengan pemilik yang sama. Juga surat kelulusan dari Jabatan Perhutanan kesemuanya bertarikh April 2016.

Saya sertakan cetakan dari Suruhajaya Syarikat (SSM) berkait pemilik berkenaan bagi ketiga-tiga syarikat itu.

Saya pohon YAB MB memberikan penjelasan.

g. Saya difahamkan, orang yang sama telah diluluskan LAPAN BELAS kelulusan semuanya, dari 44 buah syarikat beliau yang berdaftar di SSM pada mesyuarat terakhir Jkuasa Kecil Perhutanan, iaitu pada 6 April yang lalu.

Saya pohon YAB MB mencari satu kaedah untuk membolehkan dokumen mesyuarat berkenaan disemak oleh pihak-pihak yang berwibawa untuk mengesahkan kedudukan ini.

ADUN Kerajaan dan Pembangkang termasuk saya, boleh menjadi pihak menyemak dokumen mesyuarat berkenaan.

Saya difahamkan, dokumen-dokumen kelulusan bagi 18 syarikat itu telah beredar di pasaran untuk tujuan mencari pembeli.

PAC Kelantan boleh diminta menyemak dokumen mesyuarat pada 6 April itu untuk mengetahui kedudukan yang sebenar dan saya diizinkan untuk sama menyemaknya.

YAB MB sepatutnya tidak keberatan berbuat demikian jika prinsip ketelusan menjadi prinsip pentadbiran beliau.

Ini juga yang diajar oleh Islam.

h. Surat kelulusan kepada Taman Astakona ini juga menunjukkan orang yang sama telah mendapat kelulusan perlombongan, sehingga membolehkan beliau memohon kelulusan pengeluaran saki baki kayu atas kawasan perlombongan yang diluluskan itu.

Rujuk dokumen kelulusan kepada Taman Astakona itu, di mana kepala surat dari Pengarah Perhutanan kepada Taman Astakona berbunyi: ‘PERMOHONAN MENGELUARKAN SAKI BAKI KAYU DALAM KAWASAN YANG DILULUSKAN PAJAKAN MELOMBONG DI HUTAN SIMPAN NENGGIRI SELUAS 250 HEKTAR’

i. Saya tidak tahu ini semua satu skandal atau tidak.

Nampaknya, paling kurang, ia menuju kepada amalan kronisma yang kronik yang menghanguskan kekayaan bumi Kelantan.

j. Ketelusan YAB MB sangat diperlukan.

Hanya dengan ketelusan yang diyakini, kejujuran dapat dibuktikan. Khazanah negeri dapat dilindungi.
k. SUP MB perlu menyemak fakta-fakta dengan lebih teliti sebelum menggunakan kata-kata tuduhan menyimpang dan berniat jahat.

Amalan demokrasi dan juga berkerajaan secara Islam memerlukan tegur menegur dan ketelusan, bukan kata-kata kesat dengan sewenang-wenang.

l. Demi ketelusan, YAB MB mesti tampil menjelaskan ini semua.

Rakyat Kelantan berhak mengetahui kedudukan sebenar secara keseluruhan. Termasuk asas-asas yang digunakan untuk mempertimbangkan kelulusan kepada mana-mana pihak dan had kelulusan kepada pihak yang sama secara berulang-ulang.

Lebih penting lagi adalah isi kayu yang ada dalam kawasan-kawasan berkenaan didedahkan kepada umum dan jumlah kerugian dari pendapatan isi kayu berikutan ketiadaan sistem tender dalam penganugerahan-penganugerahan berkenaan.

Ia belum lagi mengambil kira kesan ekologi yang berpanjangan yang diakibatkan oleh kelulusan-kelulusan ini termasuk kesan kepada tadahan hujan dan lain-lain.

Juga apa jaminan kemampuan syarikat dari orang yang sama ini melaksanakan semua kelulusan yang diberikan kepadanya.

m. Saya menunggu kelulusan YAB MB untuk saya menyemak dokumen-dokumen mesyuarat berkenaan bersama PAC Kelantan.

n. Saya berterima kasih kepada team penyelidik Pusat Aduan Rakyat Kelantan yang telah berjaya mengumpulkan maklumat berkaitan.


Husam Musa