HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 September 2016

Bukan parti baharu tapi perbaharui parti lama

Shafie Apdal
Shafie Apdal


SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya bagi memperbaharui sebuah parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik barunya.

Mohd Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, kehadirannya di ROS hari ini bukan untuk menubuhkan parti baharu sebaliknya hanya mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula menjadi partinya.

"Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS... bukan pendaftaran parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan... cuma ada perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya, sekarang ini parti itu sudah ada cuma hendak ambil alih parti itu dan kita telah serah kepada pihak ROS dan kita yakin kita mematuhi segala kehendak dan peraturan Jabatan itu," katanya.

Mohd Shafie tiba di ROS sekitar jam 9.35 pagi dan kelihatan terus memasuki bangunan tersebut.
Terdahulu, susulan daripada tindakan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno pada Julai lalu, Mohd Shafie bertindak keluar daripada Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]

Ogos lalu, Mohd Shafie telah memberi bayangan beliau bakal menubuhkan parti tempatan baharu yang berpangkalan di Sabah.

Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti yang diperbaharui itu sehingga urusan dengan ROS selesai.

"Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum," katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengapa tidak menubuhkan parti baharu sahaja, Mohd Shafie berkata, perkara itu akan mengambil masa.

"Parti baharu ambil masa, jadi sekarang ini mudah sedikit," katanya.


Tiada ulasan: