HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 September 2016

Cubaan agensi Yahudi 'memalukan' Rosmah gagal - Ramesh

 
 
Ramesh Rao
Ramesh Rao


Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa ada pihak yang sengaja mahu memalukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui pemberian Anugerah Lead By Example.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, ada pihak cuba berniat jahat dengan mengeluarkan nama program PERMATA pada saat-saat akhir daripada menjadi penerima anugerah daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh agensi berkenaan dilihat sebagai satu gerakan yang cukup rapi untuk memalukan Rosmah di peringkat global melalui pemberian anugerah berkenaan.

Bagaimanapun, Malaysia sudah dapat mengesan lebih awal niat buruk dengan anugerah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan PMSP mendapati agensi berkenaan ialah sebuah agensi yang berasaskan Yahudi dan diberikan kononnya atas pencapaian Rosmah dalam program PERMATA yang sememangnya terbukti.

Dalam hal ini, beliau (Rosmah)sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini adalah kerja jahat pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta kejayaan PERMATA sendiri yang diilhamkan oleh Rosmah," katanya.

Beliau sebelum ini berkata alasan pihak organisasi berkenaan bahawa status sumber kewangan PERMATA diragui sebagai satu alasan yang tidak boleh diterima dan pasti ada alasan tertentu berselindung di sebalik keputusan itu.

Ramesh berkata, program PERMATA sudah lama bergerak dan banyak kanak-kanak sudah mendapat faedah daripada mekanisme sistem pendidikan awal yang diperkenalkan olehnya.

Berkenaan anugerah berkenaan, Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova atas kapasitinya itu menghantar surat kepada Najib, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan menyebut bahawa Rosmah diberi anugerah sanjungan khas melalui PERMATA dalam program khas pada diadakan esok.

“Ini sebagai penghargaan terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk melawan keganasan melalui sistem pendidikan, dan terutamanya pendekatan PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah,” katanya.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: