HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 September 2016

Bayaran haji 2017 dijangka kekal biarpun kos meningkat

SINAR HARIAN
 
 
Tabung Haji


BATU PAHAT - Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengekalkan bayaran haji setiap jemaah meskipun bakal berdepan dengan peningkatan kos 10 hingga 20 peratus tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata bagi tahun ini, setiap jemaah membayar RM9,980 manakala TH menanggung subsidi sebanyak RM8,910 bagi setiap jemaah.

"Kos keseluruhan haji dijangka meningkat. Kos yang akan dibayar jemaah setakat ini, tiada perubahan. Apa yang meningkat ialah jumlah subsidi TH kepada jemaah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Taman Suria, Ayer Hitam dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, kos keseluruhan haji bagi setiap jemaah tahun ini adalah RM18,890 dan dijangka mencecah RM20,000 tahun hadapan berikutan kos perumahan dan penerbangan yang meningkat setiap tahun.

Pada tahun ini, TH memperuntukkan RM160 juta sebagai subsidi untuk kurangkan kos jemaah haji musim 2016. - Bernama


Tiada ulasan: