HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 September 2016

Ahli Parlimen Jelutong dibebas dengan jaminan polis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun dibebaskan dengan jaminan polis, selepas proses soal siasat dan rakaman percakapan selama empat jam dibuat ke atasnya. 
 
Peguamnya, RSN Rayer, berkata siasatan terhadap Jeff Ooi dilakukan mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 256 Akta Komunikasi dan Multemedia 1998. 
 
"Soal siasat sebentar tadi dilakukan tiga anggota polis dari IPD Dang Wangi dan IPD Timur Laut," katanya ketika ditemui sebentar tadi. 
 
Terdahulu, Jeff Ooi bersama Rayer keluar daripada IPD Timur Laut pada jam 6.30 petang, selepas menjalani kira-kira empat jam sesi soal siasat dan rakaman keterangan.
 
Pada jam 2.40 ptang tadi, Ooi menyerah diri kepada pihak polis selepas diminta oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berbuat demikian.
 
Ooi diiringi peguamnya R S N Rayer yang juga ADUN Seri Delima daripada DAP.
 
Pada 16 September lalu Ooi menulis di Twitter: "Adios. Let there be peace" apabila berita kematian Haron tersebar.
 
Sejak itu lima laporan polis dibuat ke atas Ooi kerana dia didakwa bersikap "biadap".
 
 

Tiada ulasan: