HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 September 2016

Tamparan hebat buat UNESCO


 
Oleh Zamzuri Mohamed Tahir


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sudah berpuluh tahun dipertikaian dan dikritik hebat akibat sikap dan pendirian badan dunia tersebut dalam isu-isu keamanan dan kepentingan sejagat.

Umat Islam terutamanya Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Arab sudah lama tidak menaruh keyakinan terhadap badan dunia tersebut dalam isu Palestin-Israel dan kepenting-kepentingan strategik di Timur Tengah.

Apabila UNESCO membatalkan anugerah ' Lead By Example ' ke atas Datin Seri Rosmah Mansor hanya semata-mata kerana laporan New York Times  yang tidak tepat, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan memalukan Malaysia.

Malah, sebagai sebuah badan di bawah naungan PBB, mereka yang membuat keputusan bagi  UNESCO sewajarnya merasa malu dan terhina kerana keputusan yang dibuat tidak menggambarkan kredibiliti serta profesaionalisme pihak-pihak yang berkepentingan yang menerajui organisasi tersebut. 

Meski pun pada akhirnya mereka yang membatalkan anugerah tersebut mengambil keputusan untuk menunda penganugerahannya pada Rosmah, penolakan oleh Rosmah sudah cukup sebagai satu tamparan hebat yang memalukan UNESCO.

Sebaliknya  serangan peribadi  pihak tertentu terhadap Rosmah selama bertahun-tahun masih gagal mencalarkan imej Rosmah sehinggakan beliau terpilih sebagai penerima anugerah badan tertinggi dunia itu.

*Penulis Zamzuri Mohamed Tahir adalah seorang Aktivis dan Perunding Media Sosial.

Tiada ulasan: