HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 September 2016

Ketiadaan Darell tak jejaskan PKR di Sabah, kata Tian Chua

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic


KUALA LUMPUR: Ketiadaan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang keluar dari PKR tidak akan menjejaskan parti tersebut di Sabah, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

"Saya tak rasa (PKR Sabah akan lumpuh). Saya rasa PKR di Sabah akan terus berkembang. Kita sedang merangka dan akan teruskan pakatan yang lebih meluas," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Ahli Parlimen Batu itu juga berkata, keputusan yang diambil Darell itu berpandukan situasi politik di negeri berkenaan.

"Dalam situasi terkini di Sabah, mereka memerlukan suara orang tempatan dan beliau mahu fokus kepada politik Sabah berbanding politik nasional," kata Tian lagi.

Katanya, Darell akan tetap sehaluan dengan pembangkang walaupun bukan lagi bersama PKR.

"Tapi dia tetap bersama dengan parti yang mesra dengan kita," katanya.

Darell memaklumkan beliau meninggalkan PKR untuk menyertai parti baharu yang bakal diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Darell berkata, beliau turut memaklumkan tentang peletakan jawatan tersebut kepada beberapa pemimpin kanan PKR.

Bagaimanapun Darell menjelaskan, beliau akan tetap bekerjasama dengan pemimpin pembangkang Sabah yang lain.


Tiada ulasan: