shahbudindotcom
Calon
bakal Perdana Menteri, Hishammuddin Hussein nampaknya tidak setuju
dengan cadangan Mukhriz Mahathir yang mengatakan jika PPBM bersama
Pakatan Harapan memenangi PRU 14 akan datang, tempoh perkhidmatan
Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal saja.
Kata beliau, cadangan tersebut tidak berasas dan boleh dipersoalkan kewajaran Mukhriz mengemukakannya.
"Dia
(Mukhriz) kena jawab balik kenapa ayahnya memerintah selama 22 tahun?
Mengapa tidak dicadangkan ketika ayahnya memimpin kita selama 22 tahun?
"Sekarang
bila ayah dia tidak lagi memimpin, macam-macam cadangan. Tetapi kalau
dia ikhlas, cadangan itu mesti dibawa semasa ayahnya menjadi Perdana
Menteri dahulu," kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO.
Mengapa Hishammuddin begitu pantas menyatakan tidak setuju sedangkan ia adalah cadangan yang baik untuk kebaikan negara serta rakyat oleh PPBM dan Pakatan Harapan yang bakal mengambil alih pentadbiran negara?
Tidakkah
beliau sedar isu menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri lebih
meruncing sekarang berikutan onar yang telah ditunjukkan oleh Najib
berbanding sebelum ini?
Sebelum
ini, meskipun Perdana Menteri sering diasak untuk meletakkan jawatan,
mereka tidak pernah terkait dengan apa-apa skandal kewangan mega yang
akhirnya memperlihatkan keinginan mempertahankan jawatan itu lebih
bertujuan melindungi kesalahan yang telah dilakukan, bukan kerana ingin
terus berkhidmat kepada rakyat serta negara.
Melalui
apa yang telah ditunjukkan oleh Najib dalam masa yang singkat memegang
kuasa, hanya menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dapat
membendung kelakuan buruk seorang pemimpin daripada terus berleluasa,
selain memastikan urus tadbir yang lebih baik untuk negara.
Sudah
tentu jika sekiranya PPBM dan Pakatan Harapan mentadbir negara dan
melaksanakan cadangan itu, ia lebih diterima baik oleh rakyat berbanding
mungkin keinginan Hishammmuddin sendiri yang mahu menjadi Perdana
Menteri lebih daripada dua penggal.
Selain
itu, bidasan Hishammuddin terhadap Mukhriz yang mempersoalkan mengapa
cadangan itu hanya dibawa sekarang dan tidak ketika era pemerintahan
bapanya sendiri, adalah sesuatu yang benar-benar melucukan bagi seorang
pemimpin yang diuar-uarkan bakal mengisi kerusi Perdana Menteri suatu
hari nanti.
Tidakkah
Hishammuddin sedar bahawa Mukhriz hanya mula aktif dalam politik dengan
bertanding jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu ( itu pun kalah) dan Exco
Pemuda UMNO Malaysia hanya pada tahun 2004 setelah Tun Mahathir bersara
dan menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi pada 2003?
Jika
ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mukhriz belum memegang
apa-apa jawatan dalam UMNO, bahkan dilarang sama sekali untuk aktif
dalam politik, bagaimanakah beliau mahu melontarkan cadangannya itu?
Jadi, apa yang diperkatakan Hishammuddin mengenai Mukhriz itu tidak masuk akal sama sekali.
Lalu,
bagaimanakah seseorang yang sedang digilap untuk menjadi Perdana
Menteri, itu pun jika sepupunya Najib tidak kecundang di tengah-tengah
jalan, boleh bercakap sesuatu yang tidak masuk akal secara terbuka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan