shahbudindotcom
Ketika
berucap merasmikan Konvensyen UMNO Johor, sepupu Najib Razak,
Hishammuddin Hussein dilaporkan memberi ingatan mengenai PRU 14 akan
datang yang dianggapnya bakal menjadi paling sengit dalam sejarah
perjuangan parti itu.
Beliau
yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan, UMNO perlu bersedia
menghadapi persaingan mencabar itu bagi mengelak ia menerima nasib
seperti Golkar di India, Kongres di India, LDP di Jepun dan Koumintang
di Taiwan yang kalah dalam pilihanraya.
Mandat
lima tahun sudah hampir dua pertiga hayatnya...ini bermakna UMNO perlu
mendapat mandat baru, tapi ia bukanlah semudah yang kita impikan,
katanya lagi.
Ingatan
Hishammuddin itu tentunya tidak lain untuk memberi semangat kepada
ahli-ahli UMNO agar terus bekerja keras lagi kiranya ingin mengekalkan
kuasa yang ada sekarang.
Jika tidak, bersedialah hilang kuasa seperti yang dialami oleh Golkar, Kongres, LDP dan Koumintang. Itulah matlamat beliau.
Memang hakikat mengenai titipan sejarah itu barangkali sudah pun difahami oleh ramai orang. Ia bukanlah sesuatu yang asing.
Tetapi,
apa yang Hishammuddin tidak beritahu ialah apakah rakyat dan negara
Indonesia, India, Jepun serta Taiwan menjadi lebih buruk dan mereka
semakin mundur ke belakang berikutan kalahnya parti-parti tersebut?
Adakah negara-negara tersebut telah hancur hanya kerana kalahnya sebuah parti yang selama ini menguasai kerajaan?
Atau dalam aspek-aspek tertentu, kekalahan itu mungkin memberi manfaat yang lebih baik lagi buat rakyat dan negara mereka?
Begitu
juga bagi Malaysia, apakah kekalahan UMNO tidak baik bagi rakyat dan
negara ini? Adakah hanya yang buruk-buruk saja bakal menimpa?
Jika
negara kita tidak hancur, malah kekalahan UMNO mungkin memberi lebih
banyak kebaikan, maka apa salahnya bagi rakyat Malaysia menuruti sejarah
Golkar, Kongres, LDP dan Koumintang itu dalam PRU 14 nanti?
Soalnya
juga, apakah UMNO akan menjadi lebih baik, pemimpinnya lebih
bertanggungjawab dan Najib lebih jujur serta ikhlas, terutamanya
berkaitan kemelut 1MDB dan wang berbilion-bilion, jika parti itu terus
diberikan kuasa lagi memerintah negara ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan