Anne Muhammad
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menegaskan tidak lagi
percaya perjuangan parti-parti politik di negara ini, namun NGO itu
tetap dengan asasnya memperjuangkan hak orang-orang Melayu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata segelintir orang Melayu kini lupa apabila menyokong parti seperti DAP yang hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja.
"DAP pada asas penubuhannya adalah mahu merealisasikan 'Malaysia Malaysian'. Dan itu jelas menolak hak orang Melayu dan PERKASA akan terus mempertahankan kedaulatan Melayu itu.
"Pada hemat saya PAS, PKR, DAP, Parti Pribumi Malaysia (BERSATU) dan AMANAH masing-masing mempunyai kepentingan politik," katanya dalam ucapan di Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 di Stadium Mini Titiwangsa hari ini.
Ibrahim yang sebelum ini dilihat sebagai sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak bersama gerakan yang dipimpin bekas perdana menteri itu.
BERSATU baru-baru ini menyertai konvensyen pertama Pakatan Harapan (HARAPAN) dan menyatakan kesediannya menyertai gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH.
Mahathir buat pertama kalinya semalam mencipta sejarah apabila hadir Perhimpunan BERSIH5 di ibu negara, yang antara lain menuntut pembersihan pilihan raya dan pembaharuan institusi negara.
Sementara itu, Ibrahim turut berbangga apabila pimpinan NGO itu dan ahlinya tidak terlibat dalam perhimpunan BERSIH dan Baju Merah.
Katanya peserta perhimpunan itu seolah-olah sedang meraikan sebuah pesta 'huha-huha'.
"Baju merah dan kuning (BERSIH) yang ada semalam macam meraikan pesta 'huha-huha'. Tetapi kita tetap meneruskan persidangan PERKASA semalam dengan semangat," katanya.
Persidangan PERKASA hari ini disertai seramai 2,000 orang perwakilan dan dirasmikan oleh tokoh wartawan negara Tan Sri Zainudin Maidin.
Perhimpunan semalam mencatatkan kehadiran kira-kira 40,000 peserta baju Kuning dan 2,500 bagi Baju Merah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan