Ahli
Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa
menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ke
mesyuarat bersama pemimpin pembangkang di Parlimen sebagai bukan isu
besar untuk dibincangkan.
Katanya, tindakan pembangkang membawa Tun M itu umpama membawa masuk sebuah kereta antik ke perlumbaan Formula Satu (F1).
"Ia isu kecil, bagi saya ia tidak seberapa penting. Jawapan saya
sangat jelas iaitu bawa Mahathir ke Parlimen adalah seperti membawa
masuk kereta antik dalam perlumbaan F1.
"Ia seronok untuk menonton (kehadiran Tun M) tetapi tidak relevan
untuk perlumbaan (Parlimen)," katanya secara ringkas ketika ditanya
pemberita di lobi Parlimen di sini.
Dalam perkembangan lain beliau turut ditanya sama ada subjudis atau
terdapat unsur menghasut daripada tindakan bekas Menteri Kewangan
kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berucap dan membangkitkan
beberapa isu berkaitan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di
Parlimen.
Annuar berkata beliau secara peribadi tidak melihat sebarang perkara pelik di dewan.
Sebagai menyokong Husni, Annuar menegaskan bahawa Husni hanya
membangkitkan beberapa soalan yang memerlukan penjelasan kerajaan
mengikut situasi terkini.
"Dia pernah menjawab untuk soalan tertentu tahun lepas yang
berdasarkan siatusi ketika itu, kini keadaan sudah berubah, dan dia
mahukan status terkini kerajaan dalam bebrapa perkara tertentu sekarang.
"Saya rasa itu tak salah yang mana kerajaan boleh menggunakan
peluang ini untuk menjelaskan situasi semasa secara menyeluruh," ujarnya
lagi. - MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan