Malam tadi jam 8.34 malam, Jufazli Shi Ahmad telah memuat naik status di laman Facebooknya berkenaan penahanannya oleh pihak polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur.
Jika anda sedang membaca cerita ini bermakna anda sedang meluangkan 5 minit yang bermakna dalam satu lagi siri membongkarkan kebejatan amalan demokrasi di Malaysia.
Sebagai seorang yang secara peribadinya mengenali beliau, Jufazli bukan calang-calang orangnya.
Jika kita menyangka orang Malaysia Timur selalu senyap akan penindasan pemerintah, hanya tahu “memakan dedak” dan berpelajaran rendah, beliau adalah sebaliknya.
Jufazli juga merupakan lulusan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kelantangannya sebagai salah seorang penggerak utama Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah menidakkan dengan lebih agresif lagi streotaip orang Sabah yang tidak peduli akan penindasan yang dilakukan terhadap mereka yang hanya dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional saban pilihan raya.
Sehingga cerita ini disiapkan, masih belum ada lagi sebab khusus penahanan Jufazli oleh pihak polis.
Namun jika ada mana-mana pihak tertanya-tanya apakah jenayah yang telah dilakakukan oleh beliau, maka inilah “jenayah-jenayah” Jufazli yang berpotensi menggugat kedudukan para penindas rakyat di Sabah:
1.
Mempersoal kebobrokan kritikal bekalan air di Sabah meskipun
diperuntukkan belanjawan tertinggi sejak 5 tahun lalu untuk bekalan air
(RM 715.36 juta).
2. Mempersoal
kronisme projek air yang dianugerahkan selama 20 tahun kepada Hafez
Musa, Anak kepada Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Ketua Pemuda
UMNO Sabah.
3. Menuntut SPRM menyiasat
dengan mendalam tanpa bertolak ansur bukan sahaja Pengarah Jabatan
Bekalan Air Sabah tetapi juga terhadap Musa Aman dan Pairin Kitingan.
4.
Mengkritik dengan lantang Najib Razak kerana dipercayai menghalang
siasatan SPRM terhadap Musa Aman dan VVIP UMNO Sabah yang lain.
5.
Mempersoal sama ada SPRM dan Peguam Negara akan menutup kes skandal air
Sabah begitu sahaja demi melindungi kepentingan individu-induvidu atau
kumpulan elit tertentu di Sabah.
6.
Mengkritik pengekalan jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air
Sabah meskipun beliau selama ini bekerja rapat dan sepatutnya lebih tahu
menahu berkenaan kelulusan projek-projek dan ketirisan yang berlaku
oleh pengarahnya selama bertahun-tahun lamanya.
7.
Mengkritik status Musa Aman yang bergerak bebas meskipun beliaulah yang
selama ini bertanggungjawab mengekalkan Pengarah itu bertahun-tahun
selain berpotensi mempunyai kepentingan sendiri dengan kronisme yang
berlaku dalam pemerintahannya.
Wahai rakyat Sabah dan Malaysia seluruhnya, ayuh bangkit menentang penindasan terhadap seorang tokoh yang membuka mata kita betapa bobroknya amalan pentadbiran negara kita dan secara tak langsung juga membuktikan betapa bobroknya amalan demokrasi di negara kita. Seteruk-teruk Amerika Syarikat dengan Trump, mereka masih membenarkan media beroperasi dan menyebarkan maklumat.
Jika hari ini kita sangka tiada lagi harapan untuk Sabah, Jufazli bangkit mmbuktikan sebaliknya. Maka marilah kita menyokong pembebasan Jufazli demi masa eepan Sabah dan Malaysia yang lebih baik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan