HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Mei 2017

Dialog TN50 bersama kanak-kanak 21 Julai ini

Mohammad Arif Nizam
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada Kumpulan Sasar pada Majlis Berbuka Puasa Ihya' Ramadan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 
 

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menganjurkan program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama golongan kanak-kanak pada 21 Julai ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, program sesi dialog itu akan turut disertai bersama Kementerian Belia dan Sukan diketuai menterinya, Khairy Jamaluddin.

Jelasnya, seramai lebih 500 kanak-kanak di bawah Majlis Kanak-Kanak berusia di bawah 18 tahun akan dijemput ke program tersebut.

“TN50 bersama kanak-kanak adalah lanjutan daripada kejayaan yang kementerian adakan program TN50 bersama Ahli Majlis dan Kumpulan Sasar pada 25 Mei lalu.

“Pada program itu, terdapat kanak-kanak yang hadir melontar idea yang menarik seperti kenapa tiada pendidikan seks di sekolah hingga saya agak terpegun mendengarnya dan perlu menjawab.

“Bagi pihak kementerian, kami tidak mahu mana-mana kumpulan ketinggalan dalam melontar idea ke arah menjayakan aspirasi tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis berbuka puasa Ihya’ Ramadan KPWKM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini.

Lebih 1,200 tetamu melibatkan lapan kumpulan sasar kementerian antara warga emas, wanita, kanak-kanak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir pada majlis tersebut.

Rohani memberitahu, kanak-kanak dari Permata Negara (Permata) dan Mini Parlimen akan turut terlibat dalam sesi dialog TN50 itu selain pelbagai golongan kanak-kanak dari peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Jelasnya, kejayaan TN50 nanti hanya akan direalisasi oleh golongan kanak-kanak pada hari ini sebagai penggerak transformasi tersebut.

“Selepas dialog bersama kanak-kanak, kementerian akan meneruskan program TN50 bersama warga emas, gelandangan, wanita, NGO dan orang kelainan upaya.

“Saya tidak mahu kumpulan sasar kementerian ketinggalan untuk datang melontar idea,rasa gembira dan betul-betul inklusif,” katanya. – MalaysiaGazette


Rafizi akui kesilapan fakta, mohon maaf kepada Florence Goh

MALAYSIA DATELINE

Rafizi Ramli Rafizi Ramli
Rafizi Ramli hari ini mengakui beliau tersilap selepas seorang wanita menafikan dirinya pengarah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.

Naib presiden PKR itu memohon maaf kepada wanita bernama Florence Goh yang memiliki sebuah syarikat bernama CRT Insights Technologies Sdn Bhd, yang tampil menafikan beliau ada kena mengena dengan Godfrey Group Ltd.

Godfrey Group merupakan syarikat yang didakwa membayar seorang pelobi pentadbiran Donald Trump sebanyak AS$250,000 (RM1.07 juta), seperti terkandung dalam borang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.

“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini,” kata Rafizi dalam kenyataannya, beberapa jam selepas Goh mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Rafizi bagaimanapun tetap berkata satu lagi wanita bernama Florence Goh, dengan nama Cina Goh Swee Gaik, yang menurutnya ada kaitan dengan sebuah NGO di Johor Bahru, perlu tampil membuat penjelasan.

Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Bagaimanapun, dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi ketika itu menunjukkan alamat syarikat CRT Insights didaftarkan 42, Jalan Molek 2/1.

“Perbezaan alamat hanyalah satu nombor iaitu ‘/1’ berbanding ‘/3’ dan itu menyebabkan kekeliruan, apatah lagi dalam keadaan kami menjejaki seorang individu yang menggunakan syarikat BVI untuk kontrak ini,” kata Rafizi dalam permohonan maafnya. BVI merujuk British Virgin Island, yang kerap digunakan syarikat kosong untuk menjalankan aktiviti perniagaan mencurigakan.

Dalam satu sidang media khas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pagi ini, wanita tersebut Florence Goh berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya

“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Wee Ka Siong, Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1.

“Rafizi perlu periksa fakta sebelum membuat tuduhan melulu,” kata beliau.

Wee menunjukkan dokumen SSM yang menunjukkan nama Florence Goh tetapi dengan nama Cina lain.

“Sebagai ahli Parlimen, beliau boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa,” kata Wee.

Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga wakil rakyat Pandan.

TH keluar zakat kepada lebih 1,900 asnaf seluruh negara

 BERNAMA
 
 Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan zakat sebanyak RM970,500 kepada lebih 1,900 golongan asnaf di seluruh negara sempena Ramadan tahun ini.

Pengarah TH Terengganu, Datuk Mohyen Mosman berkata daripada jumlah itu, sumbangan berjumlah RM82,000 diagihkan kepada 164 orang penerima yang terpilih dan layak di negeri ini.

“Setiap seorang daripada mereka menerima RM500 dan ia merupakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat TH (CSR) sempena Ramadan, bertujuan membantu ibu dan bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya daripada golongan asnaf fakir miskin di seluruh negara.

“Suka saya kongsikan di sini bahawa TH merupakan antara pembayar zakat yang terbesar dengan jumlah zakat keseluruhan bagi tahun kewangan 2016 sebanyak RM60 juta,” katanya pada majlis sumbangan Zakat Program Ehsan TH peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini.

Jelasnya, Terengganu merupakan negeri keempat selepas Perak dan Melaka yang terlibat dalam penjelajahan TH bagi pengagihan wang zakat yang dijangka berakhir pada pertengahan Jun ini.

PAN, Umno jalin kerjasama di Lembah Binjai

MUHAMMAD ARIF ISMAIL

 
ISU projek Lembah Binjai di Kubang Kerian yang digegerkan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) rupa-rupanya tersembunyi agenda sulit mereka bersama Umno.
 
Penduduk mendakwa ada kerjasama rapat antara kedua-dua parti tersebut bagi menghodohkan kerajaan negeri berkaitan cadangan pembangunan Lembah Binjai.
 
Penghulu Mukim Mentuan, Abdullah Fikry Abdul Rahman mendedahkan kedua-dua pihak bergabung rapat bagi membesarkan isu tersebut.
 
"Dalam isu ini gelagat pemimpin dan aktivis PAN begitu terserlah sekali di mana mereka mencari setiap sudut bagi mencacatkan kerajaan negeri.
 
“Umno pula mengambil peluang tampil bagi mengelirukan masyarakat memandangkan beberapa penduduk yang terlibat dengan projek tersebut merupakan ahli Umno," katanya di Kota Bharu hari ini.
 
Baru-baru ini pemimpin PAN Kelantan, Datuk Dr Abdul Halim Yusof mendakwa projek Lembah Binjai melibatkan penggunaan tanah seluas 494 ekar bagi pembangunan bandar pelancongan.
 
Menurutnya kampung-kampung yang terlibat mempunyai kepadatan penduduk.
 
Bagaimanapun anggota Exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu projek pembangunan Lembah Binjai hanya melibatkan tanah di Zon A sahaja iaitu seluas 45 ekar.
 
Abdullah berkata PAN bekerjasama dengan orang Umno untuk mencemarkan imej kerajaan negeri.
 
“Penduduk kampung diapi-apikan sehingga ada dalam kalangan mereka membuat laporan polis terhadap cadangan projek terbabit baru-baru ini.
 
“Pemimpin Umno dan aktivis PAN mengadakan pertemuan di rumah Abdul Rahman Awang Mat yang turut terlibat dengan projek Lembah Binjai,” ujarnya. - HARAKAHDAILY
 
 

Sikap Bermuka-Muka Pemimpin Kristian DAP – Dr Kamarul







Di dalam komentar saya bertajuk “Jawapan Kepada Lim Kit Siang: Benar Kamu Bukan Kristian, Tetapi DAP Dikuasai Oleh Kristian”, saya telah menulis: “Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng turut menyebut nama dua pemimpin DAP yang beliau jadikan tempat pergantungan, iaitu Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Mengikut Lim Guan Eng, dengan kedua-dua pemimpin DAP yang beragama Kristian inilah beliau duduk untuk berbincang dan berstrategi.”


Komentar saya ini telah dilapor dan diulas secara negatif khususnya oleh portal berita The Malaysian Insight di bawah tajuk “Kamarul Takes Another Swipe At DAP” dan “Kamarul Perhebat Serangan Ke Atas DAP”.

Laporan portal berita The Malaysian Insight ini menyebut “A check, however, showed that neither Loke nor Pua are Christians” dan “Walaupun begitu, pemeriksaan mendapati Loke dan Pua, kedua-duanya tidak beragama Kristian”.

Berdasarkan laporan portal berita The Malaysian Insight ini, Hannah Yeoh telah menulis di dalam Facebook beliau bahawa “Just because someone’s name is Anthony or Tony doesnt make one a Christian” manakala Tony Pua pula telah menulis di dalam Facebook beliau bahawa “University academic can’t even get his basic facts right. Not even simple fact checks.”

Kepada editor portal berita The Malaysian Insight, Hannah Yeoh dan Tony Pua, sukalah saya minta anda semua jelaskan mengapa, sebagai contoh, beberapa petikan yang dilampirkan di dalam screenshot-screenshot ini boleh wujud jika betul Tony Pua dan Anthony Loke bukan Kristian.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM)

 LIHAT SIARAN ASAL

Sultan Selangor Murka Ahli Parlimen PKR Subang R Sivarasa Ceramah Politik Dalam Masjid





KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

“Tuanku sebelum ini telah melahirkan rasa murka dan dukacita berhubung perkara itu menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

“…dan hari ini baginda sekali lagi melahirkan rasa teramat murka (berhubung tindakan Sivarasa) kepada saya pada majlis berbuka puasa tadi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar di sini, yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin.

Haris berkata, pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lalu untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu dan telah menyembahkan laporan itu kepada baginda, semalam.

Katanya, setelah meneliti laporan tersebut Sultan Selangor menyifatkan tindakan nazir serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.

“Baginda Sultan turut menitahkan JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

“Kita meminta nazir berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam minggu ini juga mengapa beliau membenarkan Sivarasa berucap di dalam masjid dan kita akan lihat tindakan bersesuaian yang boleh diambil sama ada amaran, gantung jawatan atau dipecat,” katanya.

Haris berkata, beliau difahamkan nazir masjid berkenaan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kehadiran Sivarasa pada program penyerahan sumbangan moreh masjid itu, dan pihaknya juga difahamkan tiada sebarang ceramah dijadualkan dalam program tersebut.

Rabu lepas, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. – BERNAMA

Kamarul Zaman hanya ‘askar upahan’ propagandis UMNO-BN


Roketkini.com

GELANG PATAH: Kamarul Zaman Yusoff nampaknya semakin termakan dakyah propagandis, laskar siber dan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) apabila terus-menerus membuat tuduhan tidak berasas terhadap DAP dan pemimpinnya.

Melalui kemaskini di laman sosial Facebook miliknya, pensyarah itu mengulangi tuduhan bahawa kononnya DAP mempunyai “agenda Krisitian” dan mendakwa dua pemimpin utama DAP – Anthony Loke dan Tony Pua – kononnya menganut agama Kristian.

“Untuk pengetahuan Kamarul, Loke dan Pua bukanlah penganut agama Kristian. (Jadi) Di mana datangnya (tuduhan) ‘agenda Kristian’ itu?” soal Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, hari ini.

Anthony Loke dan Tony Pua masing-masing adalah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Bukan itu sahaja, kata Kit Siang, Kamarul kini semakin mengikut rentak UMNO-BN dan menyimpang daripada tugasnya sebagai ahli akademik yang seharusnya mencari kebenaran apabila menuduh “DAP adalah Lim Kit Siang dan Lim Kit Siang adalah DAP”.

Tuduhan itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah lagi, menyerupai fitnah UMNO-BN yang mendakwa pemimpin utama parti komponen dalam Pakatan Harapan antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya adalah boneka beliau.

“Akhirnya, Kamarul Zaman hanyalah ‘downline’ propagandis UMNO.

“Bagaimanapun, saya kasihankan Kamarul Zaman. Kerana dia tidak tahu apa yang dibuatnya – hanya menjadi askar upahan untuk orang ramai selain menunjukkan kelemahan imannya sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Kamarul seperti dilaporkan media berkata dia “merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh” selepas membaca buku autobiografi “Becoming Hannah”. – Roketkini.com


Peningkatan mendadak pengundi tentera di Kluang timbulkan keraguaan


Roketkini.com

JOHOR BAHRU: Wujud peningkatan hampir dua kali ganda tuntutan daftar pemilih di kem tentera dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku pertama 2017 bagi kawasan Parlimen Kluang berbanding tahun lalu, kata Adun Mengkibol, Tan Hong Pin.

Berdasarkan RDPT berkenaan, katanya, sebanyak 1,184 tuntutan daripada anggota tertera atau pasangan berlaku di kawasan Parlimen terbabit berbanding 614 tuntutan yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang 2016.

“Angka ini sangat mencurigakan jika dibandingkan dengan pendaftaran pemilih anggota tentera atau pasangan di parlimen Kluang untuk keempat-empat suku tahun yang lalu pada 2016.

“Jelas kelihatan bahawa senarai tuntutan yang dipamerkan oleh SPR untuk RDPT suku tahun terbaru ini adalah lebih kurang dua kali ganda berbanding dengan jumlah anggota tentera yang didaftarkan untuk sepanjang tahun 2016,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perbandingan itu, katanya, memberikan mesej yang membimbangkan mengenai usaha untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) di Kluang dengan menggunakan pemilih tentera yang selama ini dianggap sebagai undi simpanan tetap gabungan parti pemerintah itu.

“Adakah ini merupakan suatu usaha atau percubaan terakhir pihak parti pemerintah untuk memasukkan pemilih yang lebih berpotensi mengundi mereka supaya mereka sempat menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya.

Mengambil kira sikap terburu-buru SPR yang mahu mendaftarkan lebih ramai pemilih tentera itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Johor justeru menjangkakan PRU-14 semakin hampir dan berkemungkinan berlangsung selepas suku ketiga tahun ini. – Roketkini.com


Adun BN mengaku pakat dengan NGO bidas Sivarasa masuk masjid

 
Beliau enggan mengulas lanjut kes melibatkan pemimpin PKR itu yang dikritik Jais kerana 'berucap' di sebuah masjid di Subang.


Halimaton_sivarasa_600


PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.

Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:
“Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya,” katanya kepada FMT.

“Saya sebenarnya dah ‘plan’ dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti.”

Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.

Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

‘Ucapan ringkas, tiada politik’

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.
“Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau,” katanya.

Radzlan menasihati pengkritik berhenti mengeruhkan keadaan, dan berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Kami sedia memberi memberi kerjasama sekiranya kami dipanggil oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau autoriti untuk kami memberi penjelasan dan kami tidak mahu perkara ini disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya, sambil menegaskan jemaah sekitar tidak membantah kehadiran Sivarasa.

Tinjauan FMT ke masjid berkenaan mendapati pihak pengurusan masjid enggan memberi komen disebabkan siasatan yang sedang berjalan.

“Saya tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana hanya Jais sahaja boleh membuat kenyataan. Sivarasa hanya membuat ucapan ringkas,” kata nazir masjid, Mesni Mohd Dahlan.

Kenapa masih persoal kedudukan PAS di Selangor - Idris

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS memulangkan 'paku buah keras' kepada DAP yang masih mempersoalkan kedudukan tiga exco dan wakil pimpinan parti itu di Selangor.
 
Naib Presidennya, Dr Idris Ahmad kemudiannya merujuk tindakan DAP pada 2015, apabila parti itu yang mengambil langkah pertama memutuskan hubungan dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran percanggahan berterusan mengenai matlamat politik.
 
"Mengapa waktu berpisah dengan PR mereka tak letak jawatan di Selangor? Sedangkan mereka keluar dahulu (PR)," katanya ringkas ketika diajukan hal tersebut.
 
Untuk rekod, DAP mengumumkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang diwujudkan pada 2008 putus serta-merta kerana perbalahannya dengan PAS.
 
DAP didakwa gagal menerima perjuangan PAS berkenaan hudud dan dasar Islam yang akhirnya membawa kepada 'perang mulut' sesama pemimpin parti-parti berkenaan.
 
Dua hari lalu, ahli DAP, Prof Abdul Aziz Baru mendakwa keengganan PAS untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor menjelmakan peribadi sebenar parti itu.
 
Beliau berkata PAS hanya mementingkan kedudukan dan jawatan, selain menuduh 'hipokrasi' PAS pada hari ini lebih jelas berbanding kepimpinan terdahulu.
 
Aziz kemudiannya memberi contoh bagaimana bekas presiden PAS, Tan Sri Asri Muda meletak jawatan di dalam jemaah menteri persekutuan kerana membantah pengisytiharan darurat di Kelantan.
 
Mengulas lanjut, Idris hairan bagaimana DAP masih tidak berpuas hati dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharuffin Idris Shah yang berkenan mengekalkan kedudukan tiga exco dan pimpinan PAS yang lain.
 
"Hormatlah (keputusan). Malah apa yang PAS ambil ini pun supaya wujud kestabilan, PRU14 semakin dekat dan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.
 
"Sultan Selangor pun bersetuju dengan sikap PAS yang mana meletakkan soal kestabilan negeri dan rakyat," tegasnya.
 
Awal bulan ini PAS secara rasmi memutuskan kerjasama dengan PKR, apabila Majlis Syura Ulama memutuskan langkah itu perlu demi mempertahankan agenda Islam PAS.
 
PAS menuduh PKR melanggar syarat kerjasama, gagal menyokong PAS dalam agenda Islam, dan menentangnya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lalu.
 
Walaupun PKR mengarahkan semua lantikan politik parti berundur dari kerajaan Kelatan, PAS memutuskan tiga exco mereka kekal di Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.
 
Tiga exco berkenaan ialah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad; Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.
 
 

Kempen perlu bertempat, Noh bidas Sivarasa

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: 'Berkempen perlu bertempat', demikian ujar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mengulas tindakan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa berceramah berkaitan politik di sebuah masjid, Rabu lalu. 
 
Sambil membidas tindakan pemimpin PKR itu, Noh berkata, ahli politik tanpa mengira parti dan agama perlu peka dengan situasi dalam berkempen, tambahan ia melibatkan rumah ibadat.     
 
"Kita boleh berkempen tetapi ada masa kita perlu menghormati rumah ibadat. 
 
"Saya pergi kawasan bukan Islam juga. Perlu kena tempat, perlu tahu masa bila boleh berkempen sebagai Ahli Parlimen atau masa bila kita perlu hadiri program atau tempat yang agak sensitif," katanya dalam sidang media selepas Program Agihan Bubur Lambuk di sini hari ini.
 
Ujarnya juga, 'teguran' Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah bagi mengingatkan semua pihak agar menghormati bulan Ramadhan. 
 
 
 

Tabung Haji mahu singkatkan tempoh tunai haji kepada 50 tahun

ANTARAPOS.COM

Post Pic



BALIK PULAU: Tempoh menunggu menunaikan haji dari 89 tahun akan dipendekkan kepada 50 tahun, demikian menurut Pengerusi Lmebaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Ujarnya perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan ia akan ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Tempoh menunaikan haji boleh dipendekkan sekiranya negara kita memilik kuota jemaah yang tinggi kerana jumlah jemaah seramai 27,900 kepada 30,200 jemaah sebelum ini menyaksikan tempoh disingkatkan daripada 120 tahun kepada 89 tahun.

“Kemungkinan kita akan menerima penambahan kuota sehingga 35,000 dan KPI Tabung Haji menyasarkan sehinga 50 tahun,” katanya selepas program Ziarah Kasih Ramadan kepada 1,500 penerima di sini hari ini.


Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Prof Abdul Aziz Bari yang menyifatkan PAS 'mementingkan kedudukan' ekoran enggan melepaskan jawatan di Selangor, hanyalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili DAP. 
 
Setiausaha Publisiti DAP Selangor Ng Suee Lim bagaimanapun berkata, apa yang penting adalah ikrar PAS yang mahu terus mendokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.  
 
"Saya tidak kisah dari DAP, dari Umno yang keluarkan kenyataan dari peguam lain pun. Daripada Bar Council, daripada hakim. Masing-masing ada pendapat. 
 
"Itu pandangan mereka. Kita tidak dapat menghalang mereka dari mengeluarkan pandangan. Kita perlu menghormati kebebasan bersuara.
 
"Kita nampak PAS pun terus mendukung agenda pembangunan yang dirangka oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Terdahulu, Aziz dilaporkan sebagai berkata keengganan PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan rakan gabungan menjelmakan peribadi sebenar mereka.
 
Keputusan itu menurut Aziz, hanya menunjukkan PAS pentingkan kedudukan, katanya dalam temubual yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi DAP malam tadi.
 
Aziz turut mengkritik parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu dengan berkata “hipokrasi” PAS hari ini ketara jika dibandingkan kepada pimpinan parti terdahulu, yang sedia melepaskan jawatan demi prinsip.
 
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan keputusan 'menceraikan' PKR kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama, dengan berada sepentas bersama seteru politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, dan menyerang kepimpinan parti itu.
 
Ia sekaligus meletakkan kedudukan tiga exco PAS dan beratus wakil parti itu dalam kerajaan Selangor menjadi tanda tanya, tambahan selepas PKR turut mengarahkan kesemua lantikan politiknya dalam kerajaan negeri Kelantan untuk meletak jawatan. 
 
Bagaimanapun spekulasi mengenai kedudukan wakil PAS di Selangor terjawab selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai exco kerajaan negeri.
 
Tiga exco di Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
 
 

Siapa Khairudin Nak Masuk Campur Hal Bersatu? – Syed Saddiq

Suara Kebenaran
 



Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman dikatakan mempersoalkan siapa Datuk Sri Khairudin Abu Hassan untuk masuk campur dalam urusan Bersatu?

Perkara ini timbul lanjutan dari cabaran Syed Saddiq agar Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Othman melepaskan jawatan kerana cuba mensabotaj parti.

Menurutnya, Khairudin bukan lagi ahli Bersatu, malah telah menubuhkan parti baru, Parti Bebas
Rasuah bersama Datuk Ezam Nor, justeru tidak ada hak untuk masuk campur dalam hal dalaman Bersatu.

Sebelum itu Khairudin adalah bekas Naib Presiden UMNO Batu Kawan.

Tambah Syed Saddiq, lebih baik Khairuddin melihat Parti Bebas Rasuah (PBR) yang ditubuhkannya bersama Datuk Ezam Mohd Nor dari bercakap tentang hal Bersatu.

Difahamkan, PBR berhadapan masalah dengan RoS berikutan beberapa perkara yang meragukan berkaitan dengan pendaftarannya.

Antara lain, dakwaan Khairudin dan Ezam mencuri parti itu dari pemilik asal New Gen Party, termasuk mengadakan mesyuarat luar biasa parti di sebuah kedai Jubin dan sebagainya.


Selasa, 30 Mei 2017

Jual dadah online untuk tujuan perubatan satu kesalahan serius

Kumara Sabapatty
Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam berucap pada majlis ringkas meraikan peninju seni mempertahankan diri campuran antarabangsa (MMA), Agilan Thani pada Majlis Penghargaan Khas di Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR
 

KUALA LUMPUR – Menjual sebarang jenis dadah atau bahan terkawal atau terlarang di negara ini di atas talian untuk kegunaan perubatan adalah satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menegaskan, penjualan sebarang jenis dadah terkawal yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952 menerusi atas talian oleh mana-mana individu termasuk doktor adalah tidak dibenarkan.

Sebagai contoh, katanya, morfin digunakan sebagai ubat penahan sakit tetapi ia hanya diberi kepada pesakit di hospital di bawah penyeliaan ketat doktor.

“Semua ubat yang tersenarai itu perlu dipreskripsikan oleh pengamal perubatan yang bertauliah dengan merekodkan setiap dos ubat sebelum diberikan kepada pesakit.

“Pengamal perubatan yang terlibat dalam penggunaan atau penjualan dadah terkawal perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan.

“Penggunaannya adalah bagi ubat penahan sakit bagi sesetengah kes perubatan, terutamanya yang dalam keadaan kritikal atau yang telah menjalani pembedahan major (utama),” katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tangkapan polis terhadap Doktor Ganja di Klang pada 26 Mei lalu di Klang.

Individu itu mendakwa hasil ‘kerjanya’ mencampur ganja dengan kek, coklat, minyak, madu dan susu dan mendakwa produknya mampu menyembuhkan penyakit dan dijual bermula RM5 hingga RM150 melalui tempahan dalam Facebook, WeChat dan WhatsApp.- MalaysiaGazette

Rasuah penjawat awam menurun – KP SPRM

Manzaidi Mohd Amin
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bercakap ketika ditemubual selepas selesai Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Tabung Haji di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Indeks rasuah membabitkan kakitangan awam menunjukkan penurunan, kata Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata, penurunan itu adalah kesan daripada Ikrar Bebas Rasuah yang diperkenalkan SPRM di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, usaha akan diteruskan oleh SPRM dengan menyasarkan semua jabatan, agensi, kementerian dan parti politik.

“Saya berpuas hati dengan penurunan kadar rasuah dan ini menunjukkan ada kesedaran dalam kalangan mereka.

“Ikrar ini sebenarnya memberi kesan baik dalam diri penjawat awam. Mereka akan memikirkan apa yang mereka lafaz ketika berdepan dengan dugaan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Ikrar Bebas Rasuah kepimpinan Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengetuai Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai kanan TH menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Menurut Dzulkifli, beliau menyambut baik usaha TH dengan mengarahkan semua kakitangan pelbagai jawatan menandatangani ikrar itu.

Mengenai SPRM masuk ke jabatan dan agensi, kata beliau, program itu dilakukan sendiri oleh pihak berkenaan atas kesedaran masing-masing berhubung bahaya jenayah rasuah. – MalaysiaGazette


Jenama Islam belum tentu produk muslim, kata PPIM

Kamarul Anuar Mohamed Nasir
 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bercakap mengenai status jenama produk yang mengelirukan pada sidang media di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media hari ini menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik.

“Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim.

“Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” ulas Nadzim.

Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan.

Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam.

Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan.

Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.- MalaysiaGazette


MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

shahbudindotcom


Bukan merupakan kebiasaan bagi pimpinan utama Pas menegur pemimpin bawahan mereka yang didapati mengeluarkan ucapan dan kata-kata yang melampau atau menyinggung pihak lawan.

Selalunya, perbuatan itu didiamkan begitu saja.

Tetapi, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini memangku jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menerima rawatan pemulihan kerana pembedahan injap jantung, telah melakukan sebaliknya dan bertindak terpuji susulan tulisan YDP Pas Gombak, Salehuddin Nasir yang dilihat tidak wajar sama-sekali berkaitan majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin DAP.

Pemimpin Pas kawasan itu bukan saja menulis secara tidak wajar, melulu dan emosi, malah juga melakukan fitnah dengan mengaitkan DAP dengan pesta arak dan majlis onani yang sebenarnya bukan anjuran parti itu.
Membaca tulisannya itu pasti ramai yang geleng kepala kerana imej beliau sebagai pemimpin Islam yang selalu tampil berkopiah dan nampak sopan, sedangkan budak-budak rock atau orang biasa yang pakai topi pun tidak menulis seburuk itu bahasa dan tuduhannya kepada pihak lain.

Ketika pemimpin-pemimpin Pas lain masih berdiam diri dan "berat mulut"  untuk menegur, Tuan Ibrahim dengan berani tampil menegur serta menasihati pimpinan bawahan atau sesiapa dalam parti itu agar menjaga tulisan mereka.

Malah, beliau juga menjarakkan diri dengan mengatakan tulisan sebegitu rupa tidak menepati dasar parti atau mewakili pendirian parti.

Jika diselak sejarah yang tidak terlalu lama, tindakan pemimpin Pas peringkat bawahan yang bertindak keterlaluan, emosi dan tidak menjaga adab,  bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.

Sebelum ini, ada di antara mereka yang mengatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jika tidak menyokong usul Akta 355, kiranya meninggal dunia nanti,  sudah layak dikebumi di jirat Cina.

Minggu lalu, seorang bekas pemimpin Pas yang mengetuai sebuah NGO telah mengadakan demonstrasi melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menghadiri majlis berbuka puasa, kecuali jika memeluk Islam terlebih dahulu.

Dalam demonstrasi yang sama juga telah berlaku kejadian tampar yang melibatkan seorang pegawai kepada Lim Guan Eng.
Namun, jika diselak sejarah bertahun-tahun sejak kewujudan Pas, tindakan keterlaluan, tidak wajad dan emosi bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya. 

Melabel, menuduh dan memfatwa dengan hukum sembrono terhadap pihak yang dimusuhinya, boleh dikatakan sudah menjadi amalan biasa.

Carilah akhbar lama, kaset atau cakera padat ucapan pemimpin-pemimpin mereka, pasti ditemui "macam-macam ada" di situ.

Sebagaimana biasa, perbuatan itu tidak pernah ditegur dan hanya dibiarkan saja. Tidak kedengaran perbuatan itu pernah ditegur.

Namun, permulaan memberi teguran dan peringatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ini, bukan saja wajar, malah terpuji sekali, meskipun pemimpin Pas yang lain nampaknya masih kekal suka mendiamkan diri.

Tuan Ibrahim, selain satu-satunya yang masih mahu bercakap tentang skandal dan penyelewengan 1MDB, juga adalah pemimpin Pas yang nampkanya kekal terserlah hati dan jiwa yang suci.

Mulai sekarang, beliau mesti terus konsisten menegur dan membetulkan apa-apa yang tidak sihat, tetapi berleluasa dalam parti itu. 

Pas akan kembali berwibawa dan dihormati jika mutlak berada di bawah pimpinannya.


Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester

wisma putra
- Sumber Internet

SHAH ALAM - Tiga pelajar Malaysia dilaporkan telah ditahan polis Greater Manchester, di sini, hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri menyatakan kesemua mereka telah dibawa ke balai polis Longsight Manchester.

"Kementerian telah menerima laporan bahawa sekitar 5:40 petang (waktu tempatan, mereka ditahan.
"Kesemua mereka ditahan dipercayai untuk disoal siasat dan telah dibebaskan pada jam 9:00 malam (waktu tempatan)," petik kenyataan Wisma Putra.

Dalam masa sama, Kementerian mengingatkan kesemua rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan itu, dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Malaysia di sekitar kawasan itu juga dinasihatkan untuk melaporkan diri dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, di alamat Suruhanjaya Tinggi Malaysia London, Alamat Sementara:52 Bedford Row London WC1R," petik kenyataan itu lagi.

Kamarul perhebat serangan ke atas DAP

THE MALAYSIAN INSIHGT
Kamarul perhebat serangan ke atas DAP
Kamarul perhebatkan serangan ke atas DAP selepas mendakwa buku Hannah Yeoh mempunyai agenda Kristianisasi.– Gambar fail The Malaysian Insight

MENGGUNAKAN fakta pincang dan hujah retorik, pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Yusuf memperhebatkan serangannya kepada DAP dengan mengaitkan kepercayaan peribadi dengan agenda parti.

Serupa dengan dakwaan Umno yang DAP sedang berusaha “mengkristianisasikan” negara ini, Kamarul menggunakan contoh yang salah untuk mengaitkan parti itu dengan “agenda Kristianisasi”.

Dia menggunakan contoh seperti kepercayaan agama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Yang diPertua Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh dan wakil rakyat Serdang untuk menyokong hujahnya yang DAP mempunyai agenda tersembunyi.

“Sebagai seorang pembaca tegar, saya berpeluang membaca pengakuan sensasi Lim Guan Eng mengenai bagaimana beliau memeluk agama Kristian sewaktu berada di dalam Penjara Kajang pada 1998. Pengakuan Lim Guan Eng ini terdapat di dalam wawancara bertajuk “Lim Guan Eng: The Prison to Parliament Leader” di dalam buku “Heart to Heart with Asian Leaders: Exclusive Interviews on Crisis, Comebacks & Character”,” tulis Kamarul di akaun Facebooknya. Catatan ini dimuatnaik laman sesawang PAS, harakahdaily.net hari ini.

“Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng turut menyebut nama dua pemimpin DAP yang beliau jadikan tempat pergantungan, iaitu Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,” tambahnya.

Walaupun begitu, pemeriksaan mendapati Loke dan Pua, kedua-duanya tidak beragama Kristian.
Ahli akademik kontroversi itu kemudiannya berkata yang Lim Kit Siang juga mengatakan yang tiada agenda Kristian dalam DAP atau wakil rakyatnya.

“Bagaimanapun, sehingga kini beliau atau mana-mana pemimpin DAP belum mampu menafikan tiga pengakuan Hannah Yeoh ini, iaitu bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; bahawa penganut Kristian perlu membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

”Ini adalah contoh agenda Kristian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu Hannah Yeoh,” dakwanya.

Selain itu kepincangan hujah yang digunakan ahli akademik itu diterbitkan dalam catatan bertarikh 4 Febuari 2014 mengenai wakil rakyat Serdang Ong Kian Ming di Facebook yang mengatakan dia pergi ke gereja di SIBKL dan mengatakan “Di gereja saya di SIBKL, kami berdoa semoga satu kebangkitan semula Kristian berlaku di dalam negara kita.”

Bagaimanapun, pemeriksaan di akaun Facebook Ong menunjukkan yang catatan itu adalan penerbitan semula catatan Idris Jala tentang perjanjian 10 perkara dengan Perdana Menteri Najib Razak sebelum pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011 dan bukannya pengalaman peribadi Ong di SIBKL.

“Bagaimana mungkin Dr Ong Kian Ming boleh memperjuangkan agenda sekular bila Penyelidik Parlimen beliau sendiri menyifatkan beliau bukan sekularis?” kata Kamarul.

Pensyarah UUM itu turut mempersoalkan bagaimana Kit Siang memisahkan agenda Kristian dengan DAP apabila autobiografi Yeoh (Hannah), “Becoming Hannah” dilancarkan Guan Eng pada 10 Januari 2015.

“Bagaimana mungkin Lim Kit Siang boleh mengatakan bahawa, sebab beliau bukan seorang Kristian, agenda Kristianisasi tidak terdapat di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sedangkan yang benar-benar berkuasa di dalam DAP adalah Lim Guan Eng yang beragama Kristian?” tanyanya beretorik.

Kamarul mula menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini apabila dia menggunakan autobiografi Hannah Yeoh untuk menyerang DAP. Dia turut membuat laporan polis mendakwa Hannah menggunakan bukunya untuk menyebarkan agama Krisitan kepada orang Islam.

“Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh,” kata Kamarul.

PAS sukar takluk kembali Terengganu, kata penganalisis


  
 PAS sukar takluk kembali Terengganu, kata penganalisis
Pengundi Cina beralih arah, perpecahan dalaman PAS serta hubungan PAS dan Umno yang makin kukuh boleh menjadi faktor kegagalan PAS menakluk Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 


KEYAKINAN PAS untuk menawan Terengganu pada PRU14 akan terhalang disebabkan satu fakta,  sejumlah ketara undi Cina akan beralih arah dan menyebabkan kekalahan mereka di beberapa kerusi, kata penganalisis.

Penganalisis meramalkan, sukar bagi PAS untuk mengekalkan 8 daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada PRU14 disebabkan perpecahan dalaman dan sekiranya kaum Cina tidak memberikan sokongan.

“Terdapat beberapa kerusi DUN PAS berada dalam keadaan goyah seperti Tepuh, Teluk Pasu, Alor Limbat, Bukit Payung, Rantau Abang, Sura dan Paka disebabkan perpecahan dalaman PAS serta (hubungan dengan) Umno semakin bersatu.

“DUN Chukai sukar dipertahankan jika pengundi Cina menarik kembali sokongan kepada PAS,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insight.

DUN Chukai mempunyai peratusan pengundi Cina yang agak tinggi iaitu sekitar 17 peratus. Selain Chukai, DUN Bandar yang kini disandang PKR mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi iaitu 37 peratus.

PAS dijangka akan bertanding di DUN Bandar disebabkan kerjasama politik mereka dengan PKR sudah terputus.

Pada PRU13 lepas, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN. Sementara PAS menang 14 dan PKR menang 1 kerusi DUN di Terengganu.

Isnin lalu, The Malaysian Insight melaporkan pemimpin akar umbi PAS yakin dapat menawan kembali Terengganu sekalipun berlaku pertembungan tiga penjuru.

Faktor utama keyakinan pemimpin akar umbi PAS ialah perbalahan dalaman kronik di kalangan pemimpin Umno negeri dan ketidakupayaan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menggembalikan perpaduan.



Hisommudin bagaimanapun berkata, Ahmad Razif kini semakin berjaya melunakkan kemarahan penyokong bekas menteri besar Ahmad Said dan berkemungkinan besar mampu merapatkan barisan kepimpinan Umno Terengganu.

“Sekiranya Umno mengekalkan Ahmad Razif mengetuai pilihan raya, elemen protes sudah dikendurkan dan berjaya mengumpulkan kekuatan Umno di beberapa kawasan yang tewas tipis kepada PAS.

“Hasrat PAS untuk menawan DUN Terengganu adalah mencabar tambahan lagi dengan PAS bersendirian dalam politik sekarang,” katanya.

Jalan sukar PAS rampas kerusi Umno

Hisommudin menambah, kejayaan PAS memenangi 14 kerusi DUN pada PRU13 lalu disebabkan kempen bersama Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa faktor mikro yang lain.

“Ketika itu juga tiada lagi pecahan dalaman PAS. Sekarang, situasi berbeza kerana PAS kehilangan semua faktor di atas,” katanya.

Selain sukar mengekalkan kerusi DUN yang dipegang mereka sekarang, Hisomuddin juga berpendapat PAS sukar untuk merampas kerusi dimenangi Umno pada PRU13.

“Bagi kerusi DUN Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut, Umno menang pada PRU13 dan kuat kerana perpecahan PAS yang kritikal zaman Ustaz Abdul Latif Muhammad,” katanya merujuk kepada pengasas PAS Besut yang pernah dipecat parti Islam itu satu ketika dahulu.

“Sekarang sebahagian pengikut beliau sudah menyertai Amanah,” kata Hisommudin merujuk kepada Latif yang meninggal dunia pada 2014.

Menurut Ilham Centre, kerusi seperti DUN Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Pengkalan Berangan, Telemung, Kuala Berang dan Ajil merupakan kubu kuat Umno di Terengganu dan PAS sukar untuk memenanginya.

Sementara Penganalisis Politik Ibrahim Suffian mengatakan agak sukar bagi PAS untuk menawan Terengganu sekiranya berlakunya pertembungan tiga penjuru.

“PAS mempunyai peluang untuk menawan Terengganu.

“Tetapi ini bergantung sama ada berlaku pertembungan satu lawan satu dan jika sekiranya mereka menawarkan calon yang menarik,” kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insight.

Ibrahim menambah, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru, PKR dan Amanah sudah pasti akan “mencuri” serba sedikit undi yang diperolehi PAS sekaligus menggagalkan usaha parti Islam itu untuk menawan Terengganu.

Dua pengarang kanan The Star digantung tugas sementara menunggu siasatan

THE MALAYSIAM INSIGHT
Dua pengarang kanan The Star digantung tugas sementara menunggu siasatan
Muka depan akhbar The Star mencetuskan kemarahan sesetengah pihak yang menyifatkannya tidak sensitif kepada umat Islam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 

DUA pengarang kanan The Star digantung tugas berikutan siasatan ke atas muka depan akhbar itu yang diterbitkan pada hari pertama Ramadan, 27 Mei.

Sepanjang penggantungan ketua pengarang Leanne Goh Lee Yen dan pengarang eksekutif Dorairaj Nadason, operasi editorial akan diuruskan pengarah urusan Kumpulan Star Media dan ketua pegawai eksekutif Wong Chung Wai, lapor The Star petang tadi.

Akhbar itu turut mengatakan yang ia akan memberikan kerjasama penuh kepada kementerian dalam negeri dan polis dalam siasatan kes itu.

The Star sudah mengeluarkan kenyataan maaf kerana muka depan yang dianggap menyinggung itu, yang memaparkan tajuk berita “Malaysian Terrorist Leader” di atas gambar orang Islam sedang bersolat tarawih, yang mencetuskan bantahan dan kecaman sebahagian orang Islam yang mengatakan cara muka surat itu diterbitkan memberikan gambaran semua orang Islam adalah pengganas.

Kementerian dalam negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Star dan polis sudah memulakan dua siasatan ke atas The Star di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan merujuk kepada menimbulkan rasa kacau bilau, berpecah belah dan kebencian melalui perkataan sama ada yang ditulis atau melalui ucapan.

Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini

BERNAMA

Tan Sri Annuar MusaTan Sri Annuar Musa


Kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas hasil dapatan mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkaitan pergantungan tugasnya dibentangkan Jun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau untuk tindakan selanjutnya.

Ismail Sabri berkata mesyuarat tersebut yang diadakan pada 18 Mei lalu telah membincangkan status pergantungan Annuar yang bermula sejak 1 Jan lalu, susulan isu penajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

"Ketika mesyuarat diadakan, saya mempunyai tugasan di luar negara dan saya difahamkan hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada saya dan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya (berkaitan pergantungan Annuar)," katanya ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Annuar masih lagi menjawat jawatan Pengerusi Mara dan diberi cuti daripada menggalas tugas tersebut sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

‘Surat terbuka’ ajak bunuh pengikut Syiah di Malaysia cetus tanda tanya

 
Daripada gaya penulisan yang dimuat naik sebuah penerbit di Bangi, tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah satira.


thukul-cetak


PETALING JAYA: Sama ada satira atau hasutan membunuh, sebuah penerbit buku mengundang tanda tanya susulan artikel dimuat naik di lamannya, yang menyeru sekumpulan agamawan pro-kerajaan menganjurkan pembunuhan penganut Syiah di Malaysia.

“Lebih mudah jika kita membunuh penganut Syiah ini daripada membuang masa berbincang dengan puak yang suka berpura-pura (taqiyah),” menurut artikel dalam bentuk “surat terbuka” itu diterbitkan Thukul Chetak, sebuah syarikat penerbitan berhaluan kiri dan “radikal” berpengkalan di Bangi, Selangor.

[Nota editor: Thukul Chetak enggan mengulas penerbitan artikel itu ketika dihubungi FMT. Artikel tersebut juga didapati diturunkan selepas laporan ini diterbitkan.]

Surat itu ditujukan kepada Ilmuan Malaysia (ILMU), sekumpulan agamawan yang digerakkan Dr Fathul Bari Mat Jahya, pemimpin Pemuda Umno yang condong terhadap aliran Wahabi didukung Arab Saudi dan kerap membangkitkan isu “bahaya Syiah” di Malaysia.

Ia ditulis “Jefry Musa”, yang menyifatkan dirinya “ahli Sunni yang dihormati”.

Antara lain, Jefry memuji sidang 50 negara Islam yang dihadiri Presiden Donald Trump di Riyadh baru-baru ini, sambil menyifatkan pembelian senjata Arab Saudi daripada Amerika Syarikat sebagai “berjaya mengurangkan senjata negara kafir Amerika”.

“Dengan kejayaan Arab Saudi memperdaya Amerika ini maka kita sudah setapak ke hadapan untuk mensucikan muka bumi ini daripada pengaruh-pengaruh Syiah,” tambahnya.

Menurutnya, ILMU yang dilihat rapat dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak perlu melupakan kaedah “buang masa dan sia-sia” seperti dialog, dalam usaha menyekat penyebaran Syiah, mazhab kedua terbesar dalam Islam yang difatwakan “sesat” oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Sambil berkata pengikut Syiah di Malaysia kini berjumlah 300,000 orang “dan mungkin mencecah 1 juta”, Jefry berkata tindakan kumpulan IS yang memusuhi penganut Syiah boleh dijadikan contoh.

“Maka bagaimana cara untuk kita membunuh mereka ini semua tanpa dunia memandang kita sebagai ‘orang jahat’?” soalnya, sambil mencadangkan penentang Syiah membekalkan senjata kepada IS di Malaysia seperti mana Arab Saudi “membekalkan senjata kepada IS … di Syria dan Iraq”.

“Dengan langkah ini kita tidak perlulah mengotorkan tangan kita dengan darah. Kita juga sedar bahawa kedua golongan IS dan Syiah ini semestinya akan ditempatkan ke neraka seperti puak-puak Siti Kassim itu,” katanya merujuk seorang peguam tempatan.

“Maka kita tidak perlu merasa berdosa dengan memudahkan kerja Tuhan menghantar mereka ke neraka.”

Penulis jelaskan surat ajak bunuh Syiah

 
Penulis 'surat terbuka' yang mengajak pembunuhan penganut Syiah di Malaysia menjelaskan isu di sebalik surat itu, iaitu sebagai peringatan terhadap tradisi kepelbagaian di kalangan Melayu.
 
 
thukul-cetak

Oleh Jefry Musa

Ketika tulisan ini ditulis, saya mendapat beberapa kecaman daripada beberapa orang akibat surat terbuka saya kepada Ilmuan Malaysia (ILMU).

Di dalam surat ini saya memuji-muji sikap keras pertubuhan ini terhadap mereka yang berfahaman Syiah dan saya memberi cadangan untuk membunuh fahaman ini semua di Malaysia.

Saya tidak menyalahkan pembaca, saya juga menyokong mereka harus mengecam surat bersuara/berpendapat seperti itu.

Saya juga merasakan perlu saya memohon maaf kepada saudari Siti Kassim di atas kelemahan saya yang menyebabkan beliau terasa terancam.

Saya mengharapkan dengan tulisan ini dapat memberi ruang untuk menjelaskan kenapa surat itu ditulis.

Toleransi

Saya jelas dengan apa yang saya percaya bahawa agama itu bukan sahaja tidak perlu dibela namun kita langsung tidak perlu merasa terancam jika berbeza.

Sesungguhnya perasaan atau niat yang disimpan itu adalah lagi mustahak diubah daripada tindakan.

Sebab itu bagi saya pengunaan perkataan toleransi untuk agama, bangsa, ideologi itu kurang tepat.

Toleransi itu secara ringkas bermakna kita menahan diri kita daripada melakukan apa yang kita sepatutnya bertindak demi menjaga perhubungan dan keamanan.

Hakikatnya, toleransi itu membuatkan manusia menahan niatnya bukan menghalang secara mutlak seseorang daripada melakukan keganasan.

Di bawah sebuah masyarakat yang toleransi, keberangkalian untuk seseorang melakukan keganasan itu masih ada sekalipun hanya 0.01% kerana niatnya masih ada.

Al-Quran menyatakan Allah secara sengaja mencipta manusia dalam keadaan yang berbeza budaya, bangsa ataupun agama untuk kita mempelajari antara satu sama lain.

Maka Tuhan tidak menyatakan untuk kita bertimbang rasa atau toleransi dengan perbezaan ini tetapi Tuhan menyuruh untuk kita menerima kepelbagaian seadanya.

Sifat ini sebenarnya sudah lama tertanam di dalam jiwa bangsa kita ini.
 
Nusantara dan kepelbagaian

Sejarah menunjukkan pada awal tahun 90an, ulama yang juga mufti Johor ketika itu, Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, menerima pemimpin agama bagi fahaman Syiah iaitu Ayatollah Sheikh Abdul-Karim Haeri Yazdi sebagai pelajarnya.

Bukan hanya menerima sebagai pelajar, beliau juga memberi ijazah/pengiktirafan kepada Ayatollah bagi Syiah ini.

Hal ini barangkali tidak mungkin sama sekali tidak mampu dibayangkan oleh kita hari ini untuk mufti menerima perbezaan sebesar ini. Lagi jauh sebelum itu, kita baca pula sejarah tamadun awal Nusantara seperti

di Sumatera dan bahagian-bahagian jawa yang lain. Masyarakat kita sangat terbuka dalam menerima kepelbagaian. Sehinggakan candi-candi seperti Plaosan Lor yang dibina dengan menggabungkan unsur 2 agama iaitu Buddha dan Hindu dalam pada masa yang sama tidak mergorbankan seni/budaya masyarakat jawa.

Lihatlah pula bagaimana Wali Sogo menyebarkan Islam dengan bergitu harmoni tanpa menyekat kepercayaan orang lain dan mengharamkan budaya dan adat resam Melayu kita.

Budaya keganasan ini tidak pernah diamalkan oleh nenek moyang kita. Bangsa kita merupakan bangsa yang tidak pernah berperang menjajah bangsa atau negara orang lain demi menyebarkan kepercayaan agama, ideologi atau ketamakkan merompak hasil bumi orang lain.

Namun hari ini kita melihat sebaliknya terjadi, banyak rakyat kita mula terlibat dengan keganasan dan terlibat dengan peperangan di negara orang.

Namkai-Meche

Jika ini bukanlah budaya pemikiran nenek moyang kita lalu, bagaimana budaya menghukum, mengkafirkan (takfiri), ganas, ketidakboleh menerima kepelbagaian ini muncul?

Kurang seminggu sebelum kita bertemu dengan bulan Ramadan, dunia dikejutkan dengan beberapa pengeboman yang terjadi di Manchester dan Jakarta. Dunia juga dikejutkan dengan peperangan di selatan Filipina.

Kesemua pengganas ini merupakan kelompok yang mengucap 2 kalimah syahadah (Muslim) dan percaya mereka akan ditempatkan ke syurga.

Dalam dunia yang sedang bersangka buruk dengan Islam (Islamophobia), muncul seorang pemuda bernama Namkai-Meche yang terkorban kerana mempertahankan seseorang Muslim yang diserang. Beliau mempertahankan seseorang yang sangat asing dalam hidupnya dan dianggap mengancam keamanan.

Beliau merupakan satu contoh pemuda melawan dogma yang bebal dengan berkata, “Aku, kau dan kita semua sama sahaja, kita manusia!”

Kematian ini seharusnya menjadi contoh kepada kita untuk mula mempersoalkan sejauh mana pengorbanan yang kita lakukan untuk kawan-kawan minoriti kita mempraktiskan kepercayaan mereka?
Kita mungkin jauh sekali untuk mati semulia Namkai-Meche.

‘Ramai pemandu teksi dalam senarai hitam’

Penasihat Big Blue Taxi berkata ramai pemandu dibelenggu hutang dan etika bermasalah beralih ke Uber dan Grab.


taxi-malaysia


KUALA LUMPUR: Ramai pemandu bermasalah terlibat dengan industri teksi, di mana 70% daripada mereka disenaraihitamkan institusi kewangan, kata penasihat Big Blue Taxi Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini.

Menurut beliau, ramai pemandu dibelenggu hutang dan gagal merancang kewangan mereka, sambil menghabiskan wang di kelab malam dan pusat karaoke di masa lapang.

Beliau berkata ada 200,000 pemandu teksi di seluruh negara, di mana 70,000 pemandu di Lembah Klang.

Kira-kira 20,000 pemandu, termasuk yang disenaraihitamkan, beralih ke syarikat perkongsian perkhidmatan kenderaan Grab dan Uber untuk mencari pendapatan, dan memberi amaran ia mungkin membawa kepada masalah sosial dalam industri e-panggilan.

“Orang seperti ini bila berbelanja pendapatan harian tidak fikirkan keluarga masing-masing. Mereka guna wang itu untuk aktiviti seperti berjudi dan mengunjungi pusat kaorake,” katanya.

“Ada juga yang tidak setia pada isteri dan berbelanja lebih dari sepatutnya,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ampang hari ini.

Beliau berkata ada kalangan pemandu meminjam wang dari “along”.

“Kemudian mereka tipu penumpang untuk duit lebih,” katanya.

Shamsubahrin mengulas kejadian 21 Mei lalu, apabila seorang penumpang mengandung disamun seorang pemandu Uber dan rakan subahat, menyebabkan mangsa mengalami trauma dan tekanan perasaan yang didakwa membawa kepada keguguran 6 hari kemudian.

Wong Mei Yan, 26, dilaporkan disamun dalam perjalanan dari Mid Valley ke Puchong.

Shamsubahrin berkata Big Blue Taxi, yang mula beroperasi pada 2009 dan kini mempunyai 2,000 ahli yang menyediakan perkhidmatan teksi dan limosin, akan menyerahkan cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil alih hentian teksi di bandar itu.

Beliau berkata hentian teksi perlu diubahsuai supaya jadi lebih menarik, dengan pusat maklumat untuk pelancong dan jualan kupon untuk penumpang.

“Sekarang ini, hentian teksi mempunyai tanda kecil. Penumpang cari teksi di tepi jalan dan tidak ada tempat menunggu yang baik.

“Kita mahu kemudahan ini ditingkatkan. Mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan juga kami boleh gunakan hentian ini,” katanya.

Beliau berkata syarikat boleh mengaut keuntungan dengan mengambil RM2 dari setiap jualan tiket.
Beliau menambah mereka dalam usaha untuk bertemu para pegawai DBKL.

Big Blue Taxi juga merancang untuk mendirikan kaunter tiket automatik di hentian teksi.

Beliau berkata sudah tiba masanya pemandu teksi memulihkan kepercayaan pengguna, dan beliau bersedia mengambil alih pengurusan 200,000 teksi di diseluruh negara.

“Pemandu teksi jangan cakap banyak,” katanya. “Disebabkan sesetengah pemandu teksilah ada Uber dan Grab.

“Bangun pagi, mulakan enjin dan cari kerja. Pukul 10.00 malam balik rumah. Kembali kepada keluarga. Bagi duit pada isteri. Jangan bazirkan di pusat karaoke.”

* Ivy Chong menyumbang kepada laporan ini.

Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman mula beroperasi

Bernama

Sebelum ini telah ditetapkan untuk memulakan operasi KSCIP  selepas  tempoh 90 hari lawatan Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman Abdul Aziz Al Saud ke negara ini.

KUALA LUMPUR: Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) mula beroperasi hari ini dalam usaha menangkis pengaruh ekstremis dan membetulkan persepsi masyarakat dunia terhadap Islam, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata sebelum ini telah ditetapkan untuk memulakan operasi KSCIP  selepas  tempoh 90 hari lawatan Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman Abdul Aziz Al Saud ke negara ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata KSCIP akan melibatkan para ilmuwan, pihak akademik, pihak risik dan juga pusat-pusat tertentu di peringkat serantau dan antarabangsa,

Beliau berkata pembinaan KSCIP yang ditetapkan bagi tempoh dua tahun itu mempunyai kaitan rapat dengan pelancaran Pusat Global Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis di Mu’tamarat, Nasiriyah, Riyadh baru-baru ini.

“KSCIP, tidak sahaja memfokus kepada aspek ketenteraan tetapi juga elemen akademik dan peranan utamanya ialah membanteras ancaman pengganas dan penyebaran dakyah dan ideologi golongan ekstremis dan pengganas,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan kira-kira 3,000 bungkus bubur lambuk kepada warga Kementerian Pertahanan (Mindef) di Wisma Pertahanan, di sini.

KSCIP  beroperasi di sebuah pejabat sementara di Kuala Lumpur.

KSCIP pada awalnya dijadual dilancarkan esok oleh Timbalan Putera Mahkota Mohammed Salman Al-Saud namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Ditanya mengenai pertempuran kumpulan bersenjata dan tentera Filipina di bandar Marawi, selatan Filipina, Hishammuddin berkata beliau akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu daripada  rakan sejawatnya daripada Filipina, Delfin Negrillo Lorenzana.

“Mindef tidak ambil langkah mudah perkara ini (pertempuran di Marawi) yang berlaku di negara jiran dan Malaysia tidak terkecuali.. oleh itu, kita akan terus berusaha dan bekerjasama dengan orang ramai yang menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada gerakan seperti ini,  (gerakan) mesti sampai kepada kita (Malaysia)  juga,” katanya.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor baru-baru ini berkata berkata ATM mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengelakkan kemungkinan anggota kumpulan terbabit cuba melarikan diri ke Malaysia.

Kemelut PPBM: Hamidah berhak kecewa

Shawaliah Hadir

Kenyataan Ketua Armada Syed Saddiq terhadap Ketua Naib Presiden itu bukti PPBM sebuah parti yang tidak saling hormat-menghormati terhadap pemimpin yang lebih berpengalaman

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hamidah Osman berhak berasa kecewa apabila tidak dipilih menjadi Pengerusi Perhubungan Perak, kata bekas Setiausaha kerja parti itu Kamarul Azman Habibur Rahman.

Jelasnya, pemilihan parti sepatutnya dibuat berdasarkan kebolehan bukan dipengaruhi faktor kronisme dan dalam masa yang sama, kepimpinan parti itu juga perlu memberikan sebab yang munasabah terhadap alasan untuk tidak memilih Hamidah.

“Hamidah mungkin tersinggung kerana dia tidak terpilih untuk menjadi Ketua Perhubungan Perak seperti ramai yang mengatakan.

“Pemilihan itu perlulah mempunyai satu garis panduan yang jelas tentang pelantikan. Apa kriteria-kriteria yang membolehkan seseorang itu menjadi Ketua Perhubungan negeri? Atau Bahagian contohnya?

“Masalah dalam PPBM ini tidak ada ketelusan dan satu garis panduan yang jelas terhadap pemilihan ini,” katanya kepada Berita Daily.

Menurutnya lagi, khususnya Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Mukhriz Mahathir sering membuat keputusan tanpa mengikut garis panduan dalam pemilihan yang pada akhirnya menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap ahlinya.

“Saya keluar parti ini disebabkan oleh kerana saya lihat keputusan ikut suka hati dua orang (Muhyiddin dan Mukhriz) ini.

“Mereka tidak berbincang mengikut garis panduan yang ditentukan. Jadi kalau Hamidah kecewa saya rasa dia mempunyai hak untuk kecewa. Kerana pemilihan itu perlulah diberitahu tentang garis panduannya kenapa dia tidak dipilih contohnya,” ujar Kamarul.

Sehubungan itu, Kamarul menjangkakan Hamidah akan mengikuti langkahnya untuk meninggalkan PPBM tidak lama lagi.

“Tidak mustahil, peluang untuk dia (Hamdah) keluar sangat-sangat cerah.

“Jadi saya nampak bahawa peluang untuk dia keluar untuk parti ada kerana sekiranya mereka yang lain berpandangan dia adalah duri dalam daging kerana memberi pandangan-pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang lain maka ini pasti akan berlaku sekiranya itulah tanggapan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MPT yang lain,” katanya lagi.

Kemelut PPBM semakin hangat apabila Hamidah dikatakan menjadi dalang kepada tindakan lebih 1,000 anggotanya di Perak keluar parti.

Hamidah didakwa mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati tidak dipilih menjadi Pengerusi Perhubungan bagi negeri Perak.

Ketua Armada parti itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudiannya pula menyuarakan gesaannya terhadap Hamidah supaya melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden.

Sementara itu, Kamarul menyifatkan tindakan Syed Saddiq membuktikan PPBM sebagai parti yang tidak menghormati pemimpin yang lebih berpengalaman.

Peniaga diberi peringatan terakhir letak tanda harga merah jambu - KPDNKK

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi peringatan terakhir kepada peniaga supaya meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan di bawah Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017.
 
KPDNKK berkata ini kerana, pemantauan penguat kuasa KPDNKK di seluruh negara mendapati terdapat peniaga yang tidak meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan kawalan dan menjual mengikut harga biasa.
 
“Alasan yang diberikan adalah mereka tidak mendapat maklumat atau tidak sedar tentang pelaksanaan SKHBR 2017 ini,” demikian memetik Bernama.
 
KPDNKK berkata penguat kuasa akan mengeluarkan notis amaran atau mengenakan kompaun ke atas peniaga yang melanggar pelaksanaan SKHBR 2017.
 
Pada 19 Mei lepas, Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam SKHBR 2017 selama 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini di seluruh negara.
 
Barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.
 
Hamzah berkata skim itu pertama kali dilaksanakan berikutan cadangan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan.
 
 

'Jaga disiplin penulisan', tegur Tuan Ibrahim kepada ahli-ahli PAS

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan pimpinan dan ahli parti itu tidak mempolitikkan majlis berbuka puasa dengan tujuan tertentu.
 
Respon itu menyusul selepas Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir mengecam tindakan pemimpin DAP yang menyertai majlis berbuka puasa bersama kaum Islam.
 
“Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama,” demikian reaksi Tuan Ibrahim sebagaimana memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), hari ini.
 
Salehhuddin, menerusi posting di laman Facebooknya hari ini meluahkan rasa 'meluat dan menyampah' dengan kehadiran pemimpin DAP di majlis-majlis berbuka puasa, dengan menyelitkan kata lucah selain menyifatkan parti itu sebagai musuh Islam.
 
Malah kecaman tersebut juga ditujukan terhadap PKR dan Amanah yang didakwanya sebagai 'macai' DAP.
 
Tidak menyebut nama sesiapa, namun kenyataan Salehhuddin itu dipercayai merujuk kepada kehadiran dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang sering hadir memeriahkan majlis berbuka puasa setiap kali Ramadhan.
 
Tuan Ibrahim dalam responnya juga menggesa pimpinan dan ahli PAS sentiasa menjaga kata-kata dalam mengeluarkan kenyataan.
 
“Disiplin tulisan perlu dijaga sentiasa.
 
“Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti. Tulisan yang tidak menepati dasar ini sudah tentunya bukan pendirian parti dan hanyalah pandangan peribadi," katanya.
 
 

PAS tak mungkin boleh 'lari' dari politik persepsi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Persepsi dan politik adalah dua perkara yang mustahil untuk dipisahkan, demikian menurut penganalisis politik, Dr. Jeneri Amir.
 
Mengulas usaha PAS untuk tidak lagi bermain dengan persepsi, Jeneri berpendapat parti berkenaan seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata apatah lagi dengan mengambil kira realiti politik semasa negara yang sedang hangat.
 
"Mana-mana politik sebenarnya, soal persepsi tidak dapat lari. Politik dan persepsi merupakan simbiotik, tidak dapat dipisahkan. Apa sahaja dilakukan mana-mana parti politik atau apa sahaja kenyataan daripada pemimpin politik, ia akan menimbulkan persepsi atau tanggapan tertentu terhadap pengundi dan rakyat.
 
"Untuk mengatakan PAS tidak lagi bermain dengan politik persepsi, ia hanya ungkapan yang tidak bijak. Hakikatnya, politik dan persepsi tidak dapat dipisahkan," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Baru-baru ini Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata partinya menyusun strategi politik baru, iaitu enggan lagi mengamalkan permainan persepsi yang sebelum ini sering digunakan terhadap parti-parti lawan.
 
Sebaliknya ujar Idris, PAS kini berusaha mendekati penyokong parti Umno-Barisan Nasional supaya golongan tersebut memahami perjuangan PAS.
 
Mengulas mengenai perkara itu, Jeneri berpandangan pendekatan baru PAS itu seolah-olah mengiyakan lagi hubungan mesra yang terjalin antara PAS dan Umno, sebagaimana yang didakwa selama ini.
 
"Jika mereka hendak menggunakan pendekatan itu, maka ia akan mengukuhkan lagi tanggapan rakyat dan pengundi di Malaysia bahawa kedua-dua parti ini, khususnya PAS cuba berbaik dan bekerjasama dengan Umno," ujarnya.
 
Isu kerjasama Umno-PAS hangat diperkatakan selepas kerajaan membenarkan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu untuk membentangkan Rang Undang-undang 355 bagi meminda Akta Mahkamah Syariah.
 
Bukan itu sahaja, keputusan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR pada bulan lalu juga menyemarakkan lagi tanggapan kerjasama di antara dua parti tersebut.
  

‘Pencabul’ meninggal dunia, adik minta siasatan terperinci

 
Adik mangsa berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan mangsa tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul sebegitu rupa.


pencabul-kedai-hp

ALOR SETAR: Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian adiknya itu.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul sebegitu rupa.

“Sejak malam tadi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.

“Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.
Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke-4 dari 7 beradik.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di zon merah HSB tengah hari tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut.

Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.