HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mei 2017

KKM pantau kurma tercemar lipas, kumbang

Wartawan MalaysiaGazette
Kurma yang didakwa tercemar dengan lipas yang tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius berhubung buah kurma yang tercemar dengan lipas dan kumbang yang tular di laman sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.


Dr. Noor Hisham Abdullah

Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.

“Pengguna disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: