HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mei 2017

MCA tidak tergesa-gesa pilih calon PRU Gelang Patah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: MCA mengambil pendekatan realistik dengan mengutamakan buat kerja dahulu sebelum bercakap soal kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Sehubungan itu Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata parti tidak akan tergesa-gesa dalam memilih calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang.
 
“Jadi, kita akan buat keputusan muktamad apabila sampai waktunya, tak payah tergesa-gesa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvokesyen ke-26 Kolej Universiti Selatan ke-26 hari ini.
 
“Saya tidak seperti pembangkang, kata nak menakluk Johor dan macam-macam. Kita buat secara realistik dan kerja dahulu, sebelum bercakap tentang kemenangan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas persiapan jentera MCA Johor termasuk muka-muka baharu yang akan diperkenalkan sebagai calon menjelang PRU14 kelak.
 
Wee yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor bermesyuarat semalam bagi membincangkan pelbagai langkah dan strategi berkesan dalam menghadapi PRU14 di semua peringkat.
 
“Dalam mesyuarat itu, kita memberi arahan agar menjelang 30 Jun ini, semua bilik gerakan akan dibuka. Ini bagi menyusun persediaan, latihan di semua peringkat,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: