shahbudindotcom
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jabatan agama Islam tidak perlu mengawasi dan menangkap mereka yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Menulis
di Twitternya, kata beliau lagi, walaupun umat Islam diminta mematuhi
lima rukun Islam termasuk berpuasa pada Ramadan, tidak ada peruntukan
bagi pihak berkuasa untuk mengawasi mereka yang tidak berpuasa.
"Wajib
anda patuhi rukun yang lima, tidak wajib untuk orang tangkap kamu
kerana tidak melakukannya,” kata Khairy sambil menambah sumber
penguatkuasaan sepatutnya digunakan untuk membantu mereka yang miskin
dan memerlukan.
Tambah
KJ lagi, daripada jabatan agama membelanjakan wang terhadap pegawai
penguatkuasaan mencari mereka yang ponteng puasa, gunakanlah untuk
membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik.
Sekali baca nampak macam betul apa yang diluahkan KJ ini, tetapi jelas bahawa beliau keliru sebenarnya.
Jabatan
agama memang tidak mengabaikan peranannya membantu golongan asnaf atau
membuat perkara-perkara yang baik, bahkan ia boleh dikatakan berterusan
dilakukan.
Dalam
soal menangkap mereka yang ponteng puasa, ia dijalankan kerana mereka
yang terbabit didapati makan di khalayak ramai atau di tempat yang
terbuka, bukannya dengan cara melakukan serbuan ke pejabat, rumah, bilik
hotel atau sebagainya.
Malah
tidak pernah lagi kita mendengar pegawai penguatkuasa menyerbu rumah
persendirian, pejabat kerajaan atau swasta, bilik hotel atau
tempat-tempat persendirian yang lain untuk mencari mereka yang ponteng
puasa.
Tangkapan hanya dilakukan kerana mereka makan di tempat yang terbuka.
Dalam
soal ini, tangkapan kepada mereka yang terbabit lebih untuk menjaga
kemuliaan bulan Ramadan dan menunjukkan indahnya Islam itu sendiri.
Maknanya,
kalau tidak puasa, janganlah makan di khalayak ramai dan
menunjuk-nunjuk "kehebatan" tidak menjalankan rukun Islam ketiga itu.
Bayangkan
jika tidak dilakukan tangkapan atau penguatkuasa tidak dijalankan dan
orang yang tak puasa dengan bebas makan, minum atau menghisap rokok di
khalayak ramai di khalayak ramai, apakah rupa Islam itu sendiri
akhirnya?
Sudah
tentu Islam bukan saja tidak lagi dihormati, malah keindahan Islam dan
kemurnian bulan Ramadan yang datang setahun sekali juga dengan mudah
dicemar secara terbuka.
Janganlah keliru bro!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan