Roketkini.com
GELANG PATAH: Kamarul Zaman Yusoff nampaknya semakin termakan dakyah propagandis, laskar siber dan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) apabila terus-menerus membuat tuduhan tidak berasas terhadap DAP dan pemimpinnya.
Melalui kemaskini di laman sosial Facebook miliknya, pensyarah itu mengulangi tuduhan bahawa kononnya DAP mempunyai “agenda Krisitian” dan mendakwa dua pemimpin utama DAP – Anthony Loke dan Tony Pua – kononnya menganut agama Kristian.
“Untuk pengetahuan Kamarul, Loke dan Pua bukanlah penganut agama Kristian. (Jadi) Di mana datangnya (tuduhan) ‘agenda Kristian’ itu?” soal Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, hari ini.
Anthony Loke dan Tony Pua masing-masing adalah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.
Bukan itu sahaja, kata Kit Siang, Kamarul kini semakin mengikut rentak UMNO-BN dan menyimpang daripada tugasnya sebagai ahli akademik yang seharusnya mencari kebenaran apabila menuduh “DAP adalah Lim Kit Siang dan Lim Kit Siang adalah DAP”.
Tuduhan itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah lagi, menyerupai fitnah UMNO-BN yang mendakwa pemimpin utama parti komponen dalam Pakatan Harapan antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya adalah boneka beliau.
“Akhirnya, Kamarul Zaman hanyalah ‘downline’ propagandis UMNO.
“Bagaimanapun, saya kasihankan Kamarul Zaman. Kerana dia tidak tahu apa yang dibuatnya – hanya menjadi askar upahan untuk orang ramai selain menunjukkan kelemahan imannya sendiri,” katanya.
Sebelum ini, Kamarul seperti dilaporkan media berkata dia “merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh” selepas membaca buku autobiografi “Becoming Hannah”. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan