CAMERON HIGHLANDS: Tindakan
pemimpin dan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar parti
sejak kebelakangan ini membuktikan PPBM tidak mempunyai hala tuju dan
perjuangan politik yang jelas, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
Beliau berkata tindakan itu telah dijangka dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam suasana politik hari ini.
"PPBM ditubuhkan hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya ikhlas untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat di negara ini," katanya

kepada Bernama selepas
menyampaikan sumbangan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cameron Highlands berjumlah
RM12,000 di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata hari ini.
"Sebagai contoh, DAP tidak pernah mengambil peduli dan mahu menyelesaikan masalah tanah dan nasib yang dihadapi petani di Cameron Highlands.
"Mereka hanya datang ke sini apabila kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu tidak ada pemimpin DAP yang datang ke sini untuk menyelami nasib dan menyelesaikan beberapa masalah penduduk di sini," katanya.
Jumaat lalu, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta.
Tindakan itu susulan kegagalan Muhyiddin yang juga Presiden parti menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan