KUALA LUMPUR – Siapa sangka di sebalik kelantangan seorang pemimpin NGO, Ramesh Rao mempertahankan Barisan Nasional dan menyerang pembangkang, beliau sebenarnya dahulunya pernah menjadi ahli PKR dan DAP.
Ramesh yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin
(PMSP) menyifatkan beliau serik dan tertipu dengan agenda kedua-dua
parti anak-beranak itu kemudiannya meninggal parti itu.
“Saya meninggalkan PKR kerana parti ini nampak sangat parti keluarga, dia tak menampakkan perjuangannya untuk negara.
“Perjuangan PKR hanya untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan menjadinya sebagai perdana menteri,” katanya kepada Malaysia Gazette
dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, DAP menjadi pilihannya sebaik sahaja meninggalkan
PKR kerana tertarik dengan isu-isu rasuah dan ia memberikan keyakinan
kepadanya kerana parti dinasti Lim itu berjuang tanpa mengira bangsa dan
warna kulit.
“Dalam DAP pun ramai ahli dari kaum India. DAP nampak macam sokong
kaum India, tapi saya tak pernah nampak pada masa itu mendiang Karpal
Singh mengaku dirinya seorang India.
“Permulaannya ketika sertai DAP nampak memang bagus, DAP ketika
konsisten, Malaysia for Malaysia. Namun DAP ini berubah 360 darjah
selepas mereka menang PRU-12 pada tahun 2008,” dakwanya.
Katanya, oleh kerana banyak janji DAP yang tidak ditepati dan
dilaksanakan khususnya kepada kaum India, beliau memutuskan untuk
meninggalkan parti itu.
“Mereka janji beri ruang yang baik kepada kaum India, tak nampak lagi, bila disoal, disaman sampai muflis, bila disoal, dipecat.
“Dalam DAP perkara ini berlaku, dipecat, disaman, silap haribulan
muflis dan ada yang mati. Ada ahli DAP yang mati sakit jantung selepas
diugut. Kita ada bukti,” jelasnya.
Ditanya tentang sokongan beliau itu demi jawatan dan kedudukan
dalam kerajaan, Ramesh bagaimanapun menegaskan sokongannya itu
semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan membongkar tipu daya DAP.
“Kenapa saya sokong Datuk Seri Najib Razak? Ini bukan sebab saya
nak jawatan atau berminat untuk menjadi calon. Ini tidak benar sama
sekali.
“Saya lihat fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri
Najib dan Barisan Nasional, dulu saya tertipu,” katanya lagi.-
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan