HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Mei 2017

Guru Bahasa Inggeris dipenjara 34 tahun rogol pelajar

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Seorang guru dihukum penjara 34 tahun dan lapan sebatan selepas disabitkan kesalahan merogol seorang pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu.
 
Hakim Mahkamah Sesyen, Nazri Ismail berkata pihak pembelaan gagal menunjukkan keraguan munasabah terhadap Nurhasliman Ghazali, 36, sehingga ke sesi akhir pembelaan.
 
Nurhasliman, menurut pertuduhan pertama, didakwa telah merogol mangsa yang berusi 15 tahun 10 bulan pada 23 April 2015 di sebuah rumah di Machang pada jam 7.30 malam.
 
Menurut pertuduhan kedua pula, dia didakwa merogol mangsa di tempat yang sama pada 25 April 2015 pada jam 1 pagi.
 
Nurhasliman yang juga seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Tanah Merah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
 
Setiap pertuduhan disabitkan hukuman penjara selama 17 tahun dan empat sebatan, dengan hukuman penjara dikuatkuasakan mulai hari ini.
 
 

Tiada ulasan: