HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Mei 2017

Parti di Sabah bantah penggunaan 'Harapan' parti lain



Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membantah penggunaan singkatan 'Harapan' untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai di Sabah.

Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin bagaimanapun berkata, parti berkenaan tidak membantah penggunaan singkatan 'Harapan' bagi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bercakap pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini, beliau menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar menolak permohonan mana-mana parti politik yang ingin mendaftarkan parti mereka dengan menggunakan singkatan 'Harapan'.

Lajim turut mengumumkan kemasukan bekas Penasihat parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Wilayah Persekutuan Labuan Datuk Peter Kong ke dalam parti Harapan Rakyat seterusnya melantiknya sebagai timbalan presiden 3 parti itu bagi mengisi kuota kaum Cina.-Bernama


Tiada ulasan: