HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Mei 2017

Pelajar tahun akhir UTP ditahan jual dadah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SERI ISKANDAR: Pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Petronas (UTP) dikatakan memberi wang jualan dadah kepada keluarganya.
 
“Suspek dipercayai memberi wang belanja kepada keluarga di Kuala Lumpur setiap minggu hasil daripada jualan dadah,” kata ketua polis daerah Tengah Perak.
 
Pelajar jurusan kejuruteraan petroleum itu dikatakan mengedar dadah sejak dua tahun lalu sebelum ditahan di kolej kediamannya Rabu lalu, lapor Kosmo!.
 
Ketua Polis Daerah Tengah Perak berkata suspek dipercayai mengedar dadah kepada lebih 100 pelajar tempatan dan luar negara di universiti itu.
 
Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata polis juga menemui 26 plastik dipercayai ganja seberat 248.7 gram bernilai RM1,700.
 
Beliau berkata ujian air kencing terhadap suspek dan seorang lagi rakannya yang turut ditahan dalam serbuan sama, positif dadah.
 
Suspek direman sehingga 31 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 15 akta yang sama.
 
 

Tiada ulasan: