HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Mei 2017

Pelajar M'sia ikhtiar bendung Islamofobia di UK

Zikri Kamarulzaman 



Sekumpulan pelajar Malaysia berusaha menjernihkan hubungan antara umat Islam dan warga bukan Islam di United Kingdom susulan serangan pengganas pada hari Selasa di Manchester.

Muhammad Fariq Bukhari Samsudin dan empat kawannya memberikan aiskrim percuma di Universiti Essex pada hari Khamis sebagai pertukaran untuk mesej keamanan dari penerima.

Fariq berkata, idea itu datang dari perbualan beliau dengan rakan-rakan tentang betapa dahsyatnya serangan itu.

"Saya ke sana menonton perlawanan bola sepak hanya seminggu sebelum tragedi itu dan ia sangat terkesan kerana ia juga boleh berlaku pada masa itu.

"Saya hanya mahu lakukan sesuatu supaya orang ramai tahu bahawa kita juga amat terkesan. Jadi, untuk apa jua alasan, jangan bencikan kami umat Islam," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Fariq, beliau membeli aiskrim itu dengan menggunakan wang gaji pekerjaan sambilan sebagai pembantu runcit dengan kesatuan pelajar universiti itu.

Tiada ulasan: