Oleh Lim Hong Siang
Sesungguhnya, hak mengundi merangkumi kebebasan untuk memangkah sesiapa atas kertas undi, merosakkan undi, mahupun tidak mengundi. Tiada sesiapapun yang menafikan hak tersebut. Apa yang dipertikaikan selama ini sejak polemik boikot PRU14 tercetus – apakah keputusan boikot PRU14, atau merosakkan undi menjadi pilihan terbaik buat Malaysia untuk detik saat sebegini?
Pelbagai perumpamaan digunakan untuk mengibaratkan pilihan raya. Masyarakat Cina suka membandingkannya dengan pilihan antara dua biji epal, anda memilih mana yang lebih baik, atau mana yang kurang bonyok. Atau, persaingan antara dua buah kedai runcit – pengguna melanggani kedai yang menawarkan harga paling murah.
Paling popular kini, pilihan antara Pepsi dengan Coke, apabila kedua-duanya tidak memenuhi citarasa sesetengah pengundi yang mendahagakan kelainan.
Apapun, perumpamaan sebegini ada keterbatasannya. Misalnya, jikalau anda tidak berselera dengan kedua-dua biji epal tersebut, maka anda tidak memilih kedua-duanya. Paling teruk anda tidak makan epal sahaja. Tetapi ia berbeza apabila sampai ke bab mengundi – undi atau tidak, kerajaan tetap akan ditubuhkan. Malah dalam sistem pilihan raya di Malaysia, tidak timbul isu kerajaan gagal ditubuhkan lantaran peratusan sokongan yang diraih parti pemerintah lebih rendah dari paras tertentu.
Di Malaysia, jikapun hanya 50% pengundi berdaftar yang keluar mengundi, dan 40% sahaja daripadanya yang mengundi BN (dalam perang tiga penjuru), Najib tetap akan bergegas untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja selepas keputusan pilihan raya diumumkan – sungguhpun BN hanya memperolehi 20% sokongan dari kalangan pengundi berdaftar sahaja.
Jadi, anda tidak menanggung apa-apa kesan seandainya tidak memilih kedua-dua epal yang tidak memenuhi selera anda. Tetapi anda akan menanggung kesan lantaran keputusan pengundi lain, lebih-lebih lagi, besar kemungkinan pengundi yang menyokong UMNO-BN. Ini kerana polemik “undi rosak” kali ini tidak berlaku di kalangan penyokong tegar UMNO-BN. Selagi setia dengan BN, tiada sebab mereka beralih sokongan. Dan jika cinta bertukar menjadi benci, maka mereka akan terus memangkah untuk menghumbankan BN. Tiada undi rosak atau boikot PRU kedengaran dari kalangan golongan ini. Malah, tiada usaha juga untuk “menghasut” agar penyokong BN boikot PRU14.
Begitu juga perbandingan kedai runcit A dan B. Jangan sesekali kita mengasingkan PRU14 dari konteksnya. PRU14 bukan gelanggang yang sama rata untuk pertarungan antara BN dengan PH. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan berkecuali dan bersifat neutral sebagaimana yang sepatutnya. Kita melihat sendiri bagaimana persempadanan semula kawasan pilihan raya yang memihak kepada UMNO-BN. Penyokong pembangkang dipusatkan ke kawasan tertentu, sehingga undi majoriti melambak tetapi tetap memegang hanya satu kerusi.
Dalam PRU13, daripada 10 kawasan parlimen dengan jumlah pengundi tertinggi, 9 dimenangi Pakatan Rakyat. Sebaliknya, daripada 40 kawasan parlimen dengan jumlah pengundi terendah, 39 dimenangi BN. Lebih menarik, daripada 20 kerusi parlimen yang dimenangi dengan undi majoriti tertinggi, 19 adalah milik Pakatan Rakyat. Apakah statistik di atas sekadar “kebetulan”?
Dengan kata lain, jikalau dibandingkan dengan perumpamaan persaingan kedai runcit A dan B, kita perlu sedar dengan realiti bahawa A dan B bukan bersaing secara saksama dalam pasaran, tetapi pemilik kedai runcit A berkuasa untuk menetapkan peraturan dalam pasaran itu. Hubungan kuasa ini perlu diambil kira kerana A jelas memiliki kelebihan yang tiada pada B.
Mungkin kurang adil juga untuk mendakwa bahawa BN dengan PH tidak lebih daripada Coke dengan Pepsi. Ramai yang membandingkan Najib sebagai koruptor, dan Mahahir sebagai “bekas” diktator yang belum pasti tetapi boleh jadi “bakal”. Perlu diingatkan bahawa Malaysia bukan mengamalkan sistem Republik di mana calon presiden dipilih terus daripada rakyat, tetapi sistem kabinet di mana parti yang diberi mandat dalam pilihan raya menentukan calon Perdana Menteri.

Dalam bab ini, jikalau dibandingkan pasukan UMNO-BN dengan PH, PH masih memiliki kelebihan kerana manifestonya yang lebih progresif, dan sesetengah pemimpinnya, lebih ke depan untuk memperjuangkan pendemokrasian dan reformasi. Kita mungkin sangsi dengan janji-janji parti politik, tetapi sekurang-kurangnya PH kini menjanjikan semak-imbang kuasa ke atas perdana menteri dan kabinetnya. Sesungguhnya tiada politikus yang sempurna, tetapi watak-watak yang mendedahkan rasuah penguasa, menegakkan keadilan untuk mangsa kematian dalam tahanan, menuntut kebebasan, hak asasi rakyat dan sebagainya, kebanyakannya sedang berjuang di wadah PH, kalau bukan di NGO.
Ramai yang tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang, khususnya mereka yang pernah menaruh harapan terhadap PH. Persoalannya, pada zaman yang mencabar ini, apakah kebuntuan politik Malaysia boleh diselesaikan dengan undi rosak? Dan jika ditanya cucu-cicit pada masa depan, apa yang anda lakukan ketika Malaysia berada di persimpangan sejarah? Takkan dijawab “boikot PRU” saja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan