HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Januari 2018

Mukhriz bangga jadi rakyat Malaysia tapi malu negara dipimpin Najib

mukhriz


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir berbangga menjadi rakyat Malaysia namun malu negara dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, beliau berbangga melihat Malaysia memperoleh pelbagai kejayaan sejak pembentukannya tetapi marah kejayaan itu dirosakkan kerajaan memerintah.

“Baru-baru ini saya dikatakan tidak patriotik kerana kononnya malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya ingin menegaskan saya gembira mengaku sebagai warganegara Malaysia. Saya suka jadi rakyat Malaysia, tetapi marah apabila nama baik Malaysia buruk di seluruh dunia,” katanya menerusi video disiarkan di Facebook hari ini.

Bekas menteri besar Kedah sebelum ini dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau malu kerana Malaysia dikenali untuk sebab salah, bukannya disebabkan kemajuan negara.

“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.

“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya.

Kenyataan itu menyebabkan Mukhriz dikritik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said keruak yang menyifatkan tindakannya sebagai memalukan.

Mukhriz hari ini mempertahankan dirinya dan berkata beliau rasa “meluat” melihat para menteri mempertahankan seorang perdana menteri yang “membebankan rakyat”.

“Saya ingin menegaskan saya gembira mengaku sebagai warganegara Malaysia tetapi sedih melihat rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi kerana GST.

“Saya sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan Malaysia tetapi marah apabila kedaulatan negara digadai,” katanya.
Mukhriz enggan akui diri rakyat Malaysia memalukan, kata Salleh

Tiada ulasan: