7:48 malam :Perhatikan kemunculan bayang-bayang gelap umbra yang muncul di sisi bawah Bulan. Mulakan cerapan 5 minit sebelum waktu rasmi. Bilakah kali pertama mata anda dapat melihatnya? Ketika ia tamat sekitar 11:11 malam, bilakah kali terakhir ia dapat dilihat?7:48 - 8:51 malam : Perhatikan pergerakan bayang-bayang umbra merentasi permukaan Bulan sedikit demi sedikit. Sama juga ketika dalam fasa keluar bayang-bayang umbra, dari jam 10:07 - 11:11 malam.Bermula sekitar 8:20 hingga 8:51 malam. Perhatikan warna kemerahan yang muncul pada bahagian gelap umbra. Bilakah ia boleh dilihat dengan mata kasar? Menerusi kamera, seawal bilakah ia sudah boleh dirakam? Ketika fasa bayang-bayang umbra keluar, bilakah kali terakhir anda dapat lihat warna ini?Tips astrofoto .Panjangkan waktu dedahan dan biarkan bahagian cerah Bulan ‘overexpose’Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Cuba perhatikan warna turquoise (biru kehijauan) pada sisi Bulan yang lebih cerah. Adakah ia mudah dilihat dengan mata? Atau perlukan teleskop? Kamera?Tips astrofoto: Pastikan tiada bahagian Bulan yang ‘overexpose’ ketika merakam warna ini.Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan warna kemerahan Bulan. Adakah ia merah pekat atau merah terang? Adakah masih dapat lihat ciri-ciri di permukaan Bulan pada ketika ini?Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan kawasan langit sekitar Bulan. Bandingkan jumlah bintang yang dapat dilihat sebelum gerhana, ketika gerhana dan selepas ia tamat. Adakah bilangan bintang semakin banyak kelihatan? Jika ya, kenapa? Bincangkan!Tips astrofoto: Cuba rakamkan bintang-bintang berhampiran bulan ketika ia dalam fasa gerhana penuh dengan panjangkan waktu dedahan.Sumber: Falak Online
HALAMAN SANTAI
Rabu, 31 Januari 2018
Kronologi gerhana bulan penuh
FALAK ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan