HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Januari 2018

Adakah PRU14 pungutan suara untuk Najib dan Dr Mahathir?



Adakah PRU14 pungutan suara untuk Najib dan Dr Mahathir?
Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak, dua pemimpin utama orang Melayu masa kini akan bertempur pada PRU14 yang boleh dianggap pilihan raya paling penting dalam penentuan arah tuju bangsa Malaysia. Keduanya punya kelebihan dan kelemahan, siapakah yang akan diangkat rakyat, siapa pula yang akan dijatuhkan dalam kertas undi nanti. – Gambar EPA
 
NAJIB Razak atau Dr Mahathir Mohamad.

Salah silap yang baru oleh perdana menteri yang keenam atau salah silap masa lalu oleh perdana menteri keempat, juga yang paling lama berkuasa.

TN50 atau Wawasan 2020.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan sebelum Ogos ini mula ternampak akan jadi pungutan suara ke atas mahaguru politik dan anak muridnya.

Ketika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang giat menyiapkan manifesto pilihan raya masing-masing dan Umno mahu mengingatkan tentang cinta kepada negara dan nostalgia untuk meraih undi, pemerhati dan ahli politik berkata pada akhirnya PRU14 ini adalah tentang siapa yang lebih pengundi percaya: Najib atau Mahathir.

Itu sebabnya PH membidik sasaran pada Najib dan mengangkat cerita kejayaan pengurusan ekonomi Dr Mahathir. Pembangkang yakin kos sara hidup yang meningkat adalah kelemahan utama Najib.

Di seberang padang politik sana, Umno dan BN pula percaya rekod buruk Dr Mahathir melawan semua penggantinya dalam Umno, usaha melawan rasuah yang tidak bersungguh-sungguh dan kecenderungan menyerang tokoh Islam tidak akan menguntungkan beliau di peti undi.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi berkata kajian sosio politik yang dijalankan tahun lalu di beberapa tempat dan negeri mendapati terdapat keluhan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup seharian mereka.

“Ada responden yang ditemui mengatakan mereka hanya mampu bersabar dan tidak ada tempat untuk mengadu. Hanya pada PRU akan datang 'aduan' mereka akan dibuat dalam bentuk ini.

“Ini menunjukkan PRU14 akan dijadikan sebagai referendum terhadap pentadbiran Najib,” kata Awang Azman kepada The Malaysian Insight.

Awang Azman berkata isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda akan memberikan kesan yang sedikit, namun isu seperti pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kemudiannya kenaikan harga barang dan perkhidmatan, akan memberikan tamparan hebat.

PRU14 akan menjadi titik tolak perubahan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup, salah tadbir kerajaan dan pelbagai lagi isu yang membebankan. Antara Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad, siapakah pilihan mereka? – Gambar EPA, 27 Januari, 2018.
PRU14 akan menjadi titik tolak perubahan kepada kehidupan rakyat 
Malaysia yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup, 
salah tadbir kerajaan dan pelbagai lagi isu yang membebankan. 
Antara Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad, siapakah pilihan 
mereka? – Gambar EPA
“Dan pengundi cenderung menyalahkan kerajaan walaupun isu kenaikan harga barang misalnya tetap berlaku pada mana-mana era pentadbiran dan tak semestinya era perdana menteri Najib sahaja,” katanya.

Ahli strategi PH, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata apabila semua ruang demokrasi seperti institusi Parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jabatan Peguam Negara, polis dan mahkamah tidak lagi dapat digunakan untuk mengheret “kleptokrat” skandal 1MDB ke muka pengadilan, pilihan raya merupakan satu-satunya jalan yang tinggal.

“Jadi, Pakatan Harapan akan mengajak rakyat Malaysia untuk menggunakan PRU14 sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Najib dan penguasaan Umno selama lebih 60 tahun.

“Ini kerana sudah tiada jalan lain untuk keluar daripada kesusahan hidup yang disebabkan oleh kegagalan tadbir urus pentadbiran Najib,” kata pengarah strategi Amanah itu kepada The Malaysian Insight.

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, PRU14 merupakan medan terbaik untuk rakyat Malaysia menyingkirkan Najib dan menamatkan pemerintahan lebih 60 tahun Umno.

Rakyat lawan Najib

Sementara pemikir strategi PH dari DAP Liew Chin Tong berkata, PRU14 merupakan pertembungan rakyat melawan Najib dan BN.

“Pakatan Harapan perlu meyakinkan rakyat yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Najib bahawa perubahan akan memberikan kehidupan lebih baik kepada mereka."

Awang Azman dari UM menambah, faktor Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan juga mampu menggugat BN pada PRU14.

“Kerana Dr Mahathir sebagai lambang negarawan yang sudah berumur sanggup turun ke padang melawan kekuasaan yang dianggapnya berlakunya banyak penyelewengan."

Najib Razak kontroversi kerana terpalit skandal, tetapi timbul persoalan adakah ini cukup kuat menghilangkan undi terutamanya undi Melayu kepadanya? – Gambar EPA, 27 Januari, 2018.
Najib Razak kontroversi kerana terpalit skandal, tetapi timbul 
persoalan adakah ini cukup kuat menghilangkan undi terutamany
undi Melayu kepadanya? – Gambar EPA
Katanya, Umno dan BN tidak boleh memandang rendah kepada faktor Dr Mahathir kerana pengalaman beliau 22 tahun jadi perdana menteri mampu menggugat sokongan kepada pemerintah.

Tempoh 22 tahun Dr Mahathir berkuasa itu juga jadi bahan serangan oleh Najib dan menteri kabinet seperti Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Dahlan.

Mereka cuba menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang membenarkan salah laku dan rasuah bermaharajalela semasa pemerintahannya sebagai perdana menteri. Di kawasan Melayu, Umno dan media arus perdana menggambarkan Dr Mahathir sebagai pengkhianat Melayu.

Rakyat lawan Dr Mahathir

Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat PRU14 merupakan referendum rakyat kepada pemimpin Umno masa kini dan “bekas pemimpin parti itu yang mahu kembali berkuasa”.

“Isu 1MDB dan Felda merupakan isu orang bandar dan luar bandar kelas menengah yang banyak memberi pandangan namun belum pasti ada kekuatan sebagai pengundi serta sambutan majoriti pengundi.

Walau terpalit pelbagai kontroversi sepanjang 22 tahun memerintah, ramai rakyat berpendapat kehidupan di bawah pentadbiran Dr Mahathir makmur. Adakah ia cukup untuk mereka beri peluang kedua kepadanya? – Gambar EPA, 27 Januari, 2018.
Walau terpalit pelbagai kontroversi sepanjang 22 tahun memerintah, 
ramai rakyat berpendapat kehidupan di bawah pentadbiran Dr Mahathir 
makmur. Adakah ia cukup untuk mereka beri peluang kedua kepadanya? – Gambar EPA,
“Dr Mahathir sendiri tergugat dalam PH terutama daripada  penyokong  akar umbi yang masih tetap
 tak puas hati dgn 'dosa-dosa politik' beliau masa lepas," katanya kepada The Malaysian Insight.

“Bagaimana nak gugat BN kalau beliau sendiri bergantung di dahan yang rapuh?

Tiada ulasan: