HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Januari 2018

Azmin Ali sengaja ke luar negara lama-lama? Soal Awang Selamat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenapa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk menyertai lawatan kerja ke luar negara dan tidak membiarkan exco-exco yang berbuat demikian, soal Awang Selamat.
 
Penulis Analisis Minggu Mingguan Malaysia itu berkata beliau pelik dengan tingkah laku Azmin kini yang seolah-olah 'sengaja' mahu berada di luar negara ketika negeri, PKR dan Pakatan Harapan (PH) sedang melalui saat sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ujar Awang, Azmin akan menyertai lawatan misi pelancongan ke Madrid, Sepanyol dari 13 Januari sehingga 22 Januari (10 hari) dan sekembalinya ke tanah air, timbalan presiden PKR itu akan berangkat ke Jepun untuk misi pelaburan bermula 24 hingga 27 Januari (4 hari).
 
"Apakah lawatannya walaupun atas nama misi pelancongan dan pelaburan begitu penting yang mesti dilakukan sekarang, sedangkan rakyat yang harus diutamakan.
 
"Azmin boleh mewakilkan kepada exco kanan untuk kedua-dua lawatan itu jika beliau mahu. Prioriti perlu betul," tulisnya.
 
Awang berkata, ketika ahli politik baik kerajaan mahupun pembangkang sedang sibuk bersiap sedia untuk menghadapi PRU14, yang boleh diadakan pada bila-bila masa, Azmin lebih memilih untuk berkunjung ke luar negara.
 
"Beliau sepatutnya lebih banyak turun padang apatahlagi  pada awal tahun dan menjelang PRU14 yang semakin hampir.
 
"Anehnya Azmin lebih memilih untuk mengadakan lawatan ke luar negara berbanding memberi tumpuan kepada urusan dalam negeri dan menyelesaikan segera masalah rakyat," kata Awang.
 
Beliau menambah negeri Selangor setakat ini paling banyak memelukan perhatian pemimpin kerajaan negeri memandangkan terlalu banyak masalah rakyat.
 
"Aduan dan isu rakyat bertimbun-timbun berdasarkan apa yang diluahkan penduduk termasuk menerusi laman sosial.
 
"Rata-rata rakyat mengharapkan perhatian dan tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali.
 
"Apa makna slogan peduli rakyat yang beliau jaja menerusi papan-papan iklan di seluruh Selangor tetapi hakikatnya tidak prihatindan tidak mendahulukan rakyat," katanya.
 
Hakikatnya, banyak isu yang perlu diselesaikan Azmin umpamanya agihan kerusi di Selangor - yang sehingga kini tiada keputusan muktamad.
 
 

Tiada ulasan: