HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Januari 2018

Kalau Dr Mahathir tak boleh, siapa pun tak boleh, kata Kit Siang

 
Jika hanya penduduk bandar yang menyokong Pakatan Harapan, keputusannya sama seperti pilihan raya lalu, katanya.


lim-kit-siang_mahathir_600_1

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata hanya Tun Dr Mahathir Mohamad layak melakukan “mission impossible” (misi mustahil) dalam membantu pembangkang mendapatkan sokongan pengundi Melayu di luar bandar pada pilihan raya akan datang.

“Kalau Mahathir tidak boleh membawa gelombang perubahan di kalangan pengundi Melayu luar bandar pada pilihan raya umum ke-14 dalam masa 100 hari akan datang, tidak ada satu pun pemimpin lain boleh melakukan ‘mission impossible’ ini,” katanya berucap di Batu Pahat malam tadi.

Lim berkata sokongan kepada pembangkang di kalangan pengundi bandar tidak memadai dalam menukar kerajaan.

Menurutnya, sekiranya pengundi bandar menyokong Pakatan Harapan sedangkan pengundi di luar bandar masih belum menerima arus “tsunami politik”, ia akan berakhir seperti pilihan raya umum yang lalu di mana “Datuk Seri Najib Razak akan terus menjadi perdana menteri minoriti”.

Katanya, hanya tsunami politik yang serentak di bandar dan luar bandar boleh menjamin perubahan tetapi ia bergantung kepada “mobilisasi sosial”.

“Tsunami politik luar bandar tanpa tsunami politik bandar kerana pengundi bandar sudah putus harapan mengenai perubahan melalui demokrasi… juga akan menguntungkan Najib, Umno dan Barisan Nasional,” kata Lim.

Tiada ulasan: