HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Januari 2018

Dr Mahathir sindir tindakan gugurkan Siti Hasmah dari persatuan tenis



mahathirfb


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan tindakan Persatuan Tennis Kerusi Roda Malaysia (WTM) menggugurkan isterinya Tun Dr Siti Hasmah sebagai penaung.

“Saya percaya kegugurannya akan memberi kemenangan yang besar pada Najib pada PRU14 kerana dia adalah orang yang cukup penting dalam politik Malaysia,” kata Dr Mahathir yang terkenal dengan sindirannya, merujuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sehingga kalau jadi penaung mana-mana pertubuhan pun, dia begitu berkesan untuk mempengaruhi keputusan rakyat pada PRU nanti,” katanya dalam komen menerusi video di Facebook.

Semalam, anak sulung pasangan itu, Datin Paduka Marina Mahathir mengumumkan ibunya digugurkan sebagai penaung WTM.

“Kami terima surat daripada mereka baru-baru ini memaklumkan mereka meluluskan resolusi meminta beliau berundur sebagai penaung. Beliau akan akur,” kata Marina kepada FMT.

Berita pengguguran itu tersebar 2 hari selepas Siti Hasmah ditemui polis pada Jumaat lalu, atas penglibatannya dalam sebuah perhimpunan wanita di Kuala Lumpur, tahun lalu.

Dr Mahathir berkata beliau dan isteri menghormati undang-undang negara dan sedia menerima keputusan itu, tetapi berkata undang-undang sama tidak terpakai ke atas individu tertentu.

“Keadaan sekarang di Malaysia, undang-undang sudah diketepikan, sebaliknya undang-undang disalah gunakan,” katanya yang menambah beliau dan isteri tidak gentar dengan sebarang tindakan.

“Kami saling berkongsi apa jadi pada kami, tapi kami tidak merasa gentar atau takut dengan ugutan seperti itu.”
Marina: Siti Hasmah digugurkan sebagai penaung persatuan tennis kerusi roda

Tiada ulasan: