HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Januari 2018

Daim tidak setujui Dr Mahathir jadi PM kali kedua?

DETIK DAILY

 
Oleh  Mohd Sayuti Omar

Mungkin tidak ramai yang berfikir dan bertanya untuk apa Daim Zainuddin, 79 tahun mengaktifkan semula keahliannya sebagai peguam. Beliau katanya mengakitfkan keahlian 12 Januari lalu.

Setelah bergelar ahli korporat kemudian menjadi menteri keewangan dianggap kemuncak kejayaanya, tiba2 beliau mahu menjadi peguam semula. Tentu ada motifnya.

Sebelum ini saya mendapat tahu tujuan Daim kembali dalam profesyen yang sudah lama ditinggalkan itu ada sebab tertentu. Apa yang saya dengar beliau sanggup memperbaharui keahliannya sebagai peguam yang aktif semata-mata ingin berjumpa dengan Anwar Ibrahim. 

Dengan lesen yang ada itu membolehkan beliau dapat berjumpa dengan Anwar dalam penjara.

Soalnya untuk apa? Yang kena fikir baru2 ini beliau ada mengeluarkan pendapat Malaysia memerlukan pemimpin muda, yang disifatkan ia sebagai menyindir Dr Mahathir yang ingin menjadi PM semula.

Apakah Daim tidak setujui Dr Mahathir jadi PM kali kedua? Kenapa?

Apakah tujuan Daim ingin berjumpa Anwar kerana ingin merangka pemimpin muda untuk Malaysia dengan persetujuan Anwar? Jika desas desus ini benar ia membuka satu lagi polemik menarik untuk sama-sama kita bahas dan meninjaunya. Ingat Daim seorang yang melakukan tindakan politiknya secara diam. Trins.

Tiada ulasan: