HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Januari 2018

DAP desak perjelas status kes skandal KP SPRM

Muhamad Izwan Mohd Zubit
Dzulkifli Ahmad

DAP desak perjelas status kes skandal KP SPRM
Gobind Singh Deo.


KUALA LUMPUR – DAP mendesak pihak polis memberikan penjelasan berhubung status siasatan skandal kes Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo nampaknya tidak berpuas hati dengan perkembangan siasatan kes tersebut, malah tidak menolak akan membawa isu tersebut dalam sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Mac depan.

“Ketua Polis patut maklumkan, beritahu perkembangan terkini membabitkan beberapa klip video melibatkan pegawai tertinggi SPRM di Bali tahun lalu.

“Tapi nampaknya semua senyap sahaja. Saya mahu tahu kenapa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kali terakhir kes membabitkan Dzulkifli ini dikemaskini adalah pada 6 Disember tahun lalu di mana Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

Kertas siasatannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebanyak tiga kali, tetapi semuanya ditolak dan dihantar kembali.

Dzulkifli disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang ekoran tersebarnya tiga video beliau dan beberapa individu ketika berada di Bali.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: