DETIK DAILY
BEGINI halnya: Mungkin lebih tepat jika dikatakan kumpulan duta
Kesatuan Eropah (EU) itu yang mahu bertemu Dr Mahathir Mohamad dan bukan
sebaliknya.
Mengapa? Sebab mereka mungkin mahu mengetahui sisi berbeza ke atas
isu yang berlaku di Malaysia. Satu cerita yang mereka tidak dapat
perolehi dari kertas perca yang dipanggil akhbar di sini.
Lalu, Anifah Aman, Hishammuddin Hussein dan yang lain tidak perlu
bimbang mengenai campur tangan dalam hal ehwal Malaysia. Eropah tidak
akan menghantar flotila kapal untuk menyerang Malaysia.
Kita tidak perlu bimbang apabila rakan perdagangan Malaysia yang
paling besar ini menunjukkan minat dalam senario politik semasa –
sepertimana sikap kita ke atas isu kedaulatan negara apabila China
mendominasi projek infrastruktur dan betapa Putrajaya begitu mudah
mendapat dana untuk menimbus hutangnya.
Tapi hal yang paling membingungkan begini: Najib dan konco-konconya
dalam Umno giat mencemuh tokoh berusia 93 tahun yang kini memimpin
Pakatan Harapan.
Mereka kata dia sudah tua. Tiada daya lagi. Sudah lapuk.
Namun kata-kata dan tindakan pemimpin ini menunjukkan mereka gerun pada Dr Mahathir Mohamad.
Kenapa bimbang jika Dr Mahathir dan pasukannya bertemu sekumpulan
duta? Dia hanyalah pemimpin lapuk, menurut anggapan Putrajaya dan
usahanya akan sia-sia, jika melihat kepada apa yang ditulis dan
dilaporkan media arus perdana.
Dan akhir sekali, tolonglah jangan arahkan akhbar bercakap tentang
prinsip atau prinsip yang dicabul. Kata-kata ini bunyinya lompong dan
tidak membawa apa-apa makna.
Lebih kurang seperti Ali Baba dan 40 penyamunya memberi syarahan mengenai etika.-themalaysianinsight.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan