KUANTAN: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliaulah yang
paling terkesan, terguris dengan segala tingkah laku Tun Dr Mahathir
Mohamad terhadap keluarganya selama ini.
Namun demi perjuangan menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN), beliau
sanggup 'move on' dan menerima pencalonan Dr Mahathir sebagai calon
perdana menteri Pakatan Harapan (PH).
Justeru Wan Azizah berkata penyokong PH juga harus berbuat demikian.
“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk.
“Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan
negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan
Konvensyen PH Pahang 2018.
Wan Azizah berkata demikian mengulas Kempen #UndiRosak yang dilancarkan
di laman internet sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai
calon perdana menteri pembangkang jika menang pilihan raya kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan