HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Januari 2018

2 lelaki ditahan bantu siasatan kenderaan pegawai Kastam terbakar

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki di ibu negara semalam bagi membantu siasatan berhubung kes empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di hadapan kuarters yang didudukinya di Presint 11, Putrajaya pada 23 Jan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua lelaki berusia 48 dan 49 tahun itu berkerja sendiri.

“Kita mengesan dua lelaki itu melalui CCTV (rakaman kamera litar tertutup) ketika mereka berpusing (sekitar kawasan berkenaan) sambil menunggang sebuah motosikal pada hari kejadian…motif kejadian masih disiasat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Difahamkan, seorang daripada suspek dikenal pasti terlibat ugutan secara lisan melalui penggailan telefon kepada pegawai kastam yang lain pada April tahun lepas.–Bernama

Tiada ulasan: