HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Januari 2018

Kalau PPBM hanya menang dua atau empat kerusi macamana?, soal Ku Li

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad tetap akan dilantik menjadi perdana menteri Pakatan Harapan (PH) jika PPBM hanya menang dua atau empat kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), soal Tengku Razaligh Hamzah.
 
Tokoh veteran Umno itu juga bertanya adakah parti komponen PH yang lain tidak kisah jika calon perdana menteri datangnya daripada parti yang tidak banyak menyumbang kerusi?
 
"Ada empat parti (dalam PH) dan jika parti Mahathir menang paling banyak kerusi, mereka akan berpeluang untuk mencalonkan pemimpin mereka, iaitu Mahathir.
 
"Tetapi jika mereka hanya menang dua atau empat kerusi? Kemungkinan besar beliau tidak akan mendapat sokongan," katanya dipetik sebuah portal.
 
PPBM walaupun baru mencapai umur setahun diberikan kepercayaan bertanding di 52 kerusi - paling banyak di Semenanjung, diikuit PKR (5), DAP (35) dan Amanah hanya 27 kerusi.
 
PH belum mengumumkan agihan kerusi di Sabah dan Sarawak dan menyatakan proses rundingan masih sedang berlangsung.
 
Tengku Razaligh atau lebih dikenali Ku Li turut mengulas berkenaan sama ada pencalonan Dr Mahathir bakal memberi impak negatif kepada kebebasan bersuara dan badan kehakiman.
 
"Sepanjang 22 tahun itu beliau telah tunjukkan wajahnya. Usianya akan masuk 9 tahun, adakah beliau akan berubah? Ini persoalan besar bagi sesetengah pihak.
 
"Mungkin beliau akan berubah, dengan dipandu oleh pemimpin daripada parti (PH) yang lain," katanya lagi.
 
Sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang, semakin banyak protes dilaporkan yang kebanyakannya mempersoalkan kewajaran ahli politik veteran berumur 92 tahun kembali dilantik ke jawatan itu.
 
Ini berikutan banyak pihak melihat Dr Mahathir sebagai liabiliti kepada PH sementelah terpaksa menepis, menjawab serta mempertahankan Pengerusi PPBM itu yang sebelum ini menerima jolokkan 'pemimpin kuku besi', 'Mahazalim', 'Mahafiraun' dan juga 'diktator'.
 
 

Tiada ulasan: