KEPALA BATAS: Ketua Menteri, Lim Guan Eng disyorkan melakukan audit
terbuka berhubung projek terowong dasar laut yang mencetuskan
kontroversi di negeri ini berbanding mengambil sikap melepaskan
kemarahan terhadap media tertentu yang melaporkan isu berkenaan.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,
beliau perlu melaksanakan langkah berkenaan selepas timbulnya unsur
mencurigakan dalam projek mega tersebut.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah
mengarahkan audit dilaksanakan selepas 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) berdepan pelbagai tuduhan.
“Jika beliau mengalami kesulitan sehingga ada unsur mencurigakan, lebih
baik buat audit secara terbuka sekali gus dapat tepis fitnah yang
beliau dakwa dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media,” katanya di
sini hari ini.
Reezal Merican berkata demikian sebagai mengulas ‘amarah’ Guan Eng
terhadap media dengan melabelkan laporan berita siasatan penyelewengan
projek terowong dasar laut sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.
Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas
berkata, 1MBD menyerahkan isu itu kepada Jabatan Audit Negara untuk
mengaudit dan membuat penelitian sekiranya terdapat perkara
mencurigakan, malah ahli Parlimen pembangkang turut menganggotai
jawatankuasa berkenaan untuk memantau.
“Pada masa sama, beliau perlu faham perkara yang dilaporkan media
merupakan kenyataan dalam sidang DUN, sidang akhbar beliau atau
kenyataan daripada pegawainya sendiri, jadi mengapa perlu beremosi,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid
berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Guan Eng seharusnya
berlapang dada dan tidak perlu takut jika berasakan tidak bersalah.
Bagaimanapun, Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar berkata, beliau
tidak terkejut dengan cara Guan Eng menangani isu berkenaan.
“Itulah sikap Ketua Menteri, kalau ada laporan yang tidak memihak kepadanya, beliau akan melenting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan