HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Januari 2018

Tinggal parti, jangan tinggal kawan, pesan Mahfuz



Tinggal parti, jangan tinggal kawan, pesan Mahfuz



Anggota parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutama yang baru berhijrah dari parti lama ke parti baru dalam PH dinasihatkan meneruskan persahabatan dengan kawan-kawan lama sebagaimana biasa.

“Tinggal parti, jangan tinggal kawan,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sesi Dialog Kedai Kopi di hadapan masjid Kebakat, Tumpat pagi tadi.

Menurutnya. dalam proses demokrasi seramai mungkin kawan diperlukan untuk membantu kemenangan dalam pilihan raya.

Mahfuz Omar bersama penduduk tempatan dalam sesi Dialog Kedai Kopi di hadapan masjid Kebakat, Tumpat pagi tadi.

“Saya sendiri begitu lama bertahan dalam Pas walaupun sudah pasti saya tidak akan undi parti itu jika ia terus berada di luar PH.

“Saya satu-satunya ahli parlimen Pas yang hadir sama di majlis penubuhan PH dan pendirian saya sejak itu hanya untuk PH.

“Saya terus-menerus menyatakan dalam ceramah saya bahawa ahli Pas boleh terus jadi ahli parti itu tetapi bila tiba pilihan raya mereka mesti undi PH jika benar mahu menjatuhkan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN).

Sebab itu katanyam jangan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang dulunya kita bersahabat atas niat dan tujuan yang sama untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang memihak kepada rakyat dan bersikap adil.

Mahfuz mengisytiharkan keluar Pas pada tengah malam 31 Disember tahun lalu selepas 34 tahun menyertai parti itu.

Sehingga ini beliau belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Turut hadir di majlis itu adalalah Setiausaha Jentera Pilihan Raya PH Kelantan, Khir Zahari Abdul Ghani, Ketua AMANAH Tumpat Wan Johari Wan Omar dan Ketua bahagian Bersatu Tumpat, Datuk Nordin Salleh.

Tiada ulasan: