KUANTAN: Enam keluarga dari Kampung Kuala Semantan, Raub yang terpaksa
dipindahkan petang semalam selepas kampung itu sekali lagi dilanda
banjir kilat masih berada di pusat sementara sehingga jam 1 tengah hari
tadi.
Pusat pemindahan di Masjid Kampung Kuala Semantan dibuka jam 7 petang
semalam menempatkan 18 mangsa setelah rumah mereka dinaiki air akibat
limpahan air Sungai Lipis berikutan hujan lebat berterusan.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA)
Zainal Yusof berkata, paras air Sungai Lipis di Batu Malim, Raub
bagaimanapun menunjukkan penurunan namun masih berada paras amaran
114.31 meter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan