HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Januari 2018

“Berpakaian Seksi, Tidak Maksud Sikap Saya Buruk”



 

MYNEWSHUB


MULA dikenali sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, pemilik nama Nana Al-Haleq kini kian mendapat tempat di layar kaca.

 

Tambahan pula, baru-baru ini wanita ini diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pengacara bagi mengendali salah sebuah program di siaran ntv7.

Meskipun rutin kesihatannya menjadi inspirasi orang ramai namun Nana mengakui tidak terlepas berdepan pelbagai tohmahan termasuk pertikaian mengenai pegangan agama ekoran wanita ini dilihat sering tampil seksi.



“Sebagai manusia, saya ada juga “search” nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya. 

“Sukar juga untuk menerimanya pada peringkat awal, namun memilih untuk tidak mengendahkan perkara yang dirasakan tidak memberikan manfaat kepada saya.

“Misi saya adalah untuk menyebarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk.

“Siapa tahu saya sudah khatam Al-Quran sebanyak 15 kali?” katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Ditanya mengenai pembabitan dalam bidang pengacaraan, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui beliau perlu mengatuh jadual kerja dengan lebih sempurna.



“Saya cuba sebaik mungkin untuk susun jadual, bersama tanggungjawab baharu sebagai pengacara. Tidak salah rasanya saya memberikan peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu berbeza.

“Paling tidak, saya berani keluar daripada zon selesa,” ujarnya.

Sementara itu menyifatkan aktiviti membentuk susuk badan berotot seperti ‘kerja seni’, Nana mengakui seronok untuk berbuat demikian. Ia pada masa sama beliau boleh menyebarkan amalan kehidupan sihat. MYNEWSHUB.CC/AM

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Tiada ulasan: